Posts

Showing posts from 2009

hijau, kekasihku!

Image
Wahai kekasihku yang menghijau, Katamu sungguh sayu kedengaran, Erti pengorbanan dan perjuanganmu senyap, Tiada penulisan zaman yang mengtafsirkannya, Sesungguhnya rupamu mewarnai lanskap, Pengindah kota dan bandar di jalanan, Tanpamu umpama tanah tandus kering, Penuh dengan kepanasan dan kehancuran, Mengapakah ilmu pengetahuanmu tidak dihargai? Corak dan warna perubahan tidak dinilai, Bunga dan buah hasil penghasilanmu diabaikan… Wahai kekasihku yang menghijau, Ingin aku mendampingi erti pengenalan kita, Tidak aku leka terhadap keistimewaaanmu, Keindahanmu mencorak penglihatan zahir dan batinku, Naluriku berdenyut panggilan terhadap suaramu… Wahai kekasihku yang menghijau! Usah digusarkan peredaran zaman yang melupakanmu, Berkata aku disini berjanji setia, Memperjuangkan keharmonian dan keamanan bersamamu, Menuliskan pentafsiran berdasarkan kepintaranmu, Yang amat baru pada peredaran duniawiku, Aku akan cuba untuk membawa perubahan ini sewajarnya, Penuh dengan dedikasi dan keikhlasan

bahasa

Image
Bahasa itulah jiwa bangsa kerana melalui bahasalah kebebasan untuk bersuara dengan rentak dan kata serta ritma yang tersendiri dapat dilafazkan tanpa perlu untuk kita memperdulikan tekanan dan perubahan yang terdapat diluar sana. Bahasa adalah medium asas kemerdekaan sesebuah negara dan juga medium pemeliharaan sesuatu bangsa untuk mengharungi perubahan zaman dan peredaran masa. Bahasa tersangat penting untuk dijaga oleh segenap masyarakat disebabkan kebolehannya untuk merubah dan menyampaikan matlamat dan cita-cita sesebuah negara kerana dari bahasalah komunikasi itu bermula. Renungkanlah kedudukan bahasa kita sekarang ini dan percayakan diri kita bahawa ada tempat yang lebih tinggi untuknya disanjung dan betapa kita perlu untuk mencari jalan supaya pengekalan bahasa kita ini tidak dipersiakan. Jangan disebabkan peredaran zaman dan kebangkitan tamadun luar menyebabkan kita terlampau daif untuk meningkatkan status kedudukan bahasa yang telah mendirikan bangsa kita sejak azali lagi. K

wajah

Image
Mengenali,dikenali,mengenalkan dan dikenalkan memang peristiwa yang amat berbeza dan berbagai. Dalam proses ini semua fakta mungkin dilupakan ataupun diingati dengan penuh detail sekali walaubagaimana pun sesuatu yang akan sentiasa berlegar diminda semua insan yang melaluinya adalah wajah insan yang kita kenali, mengenali, mengenalkan dan dikenalkan. Wajah amat senang dibaca dan amat mudah pula diramal jika seseorang itu mengambil masa untuk memperlajari ilmu ini yang amat sukar untuk dikuasai. Wajah adalah milik setiap insan dan boleh berubah sentiasa seumpama perwatakan dan emosi seseorang. Tiada insan yang akan kehilangan wajahnya walaupun tiada wajah untuknya pertontonkan kepada sekalian alam ini. Wajah membentuk kita, membina kita dan mengajar kita untuk membuat sesuatu terhadap perkembangan diri kita. Ada yang menpunyai wajah yang hodoh dan itu perlu ditukar kepada yang lebih cantik dan diterima umum dan terdapat pula wajah yang menjadi pujaan ramai yang terpaksa disembunyi untuk

harapan

Image
Persoalan demi persoalan mengaburi fikiran ini tentang kesempurnaan dunia rekaan Ilahi dan ternyata bertapa kecilnya harapan kita dan berapa lamakah mampu untuk kita terus mempertahankan perjuangan kehidupan ini. Terlalu banyak insan yang tidak mengetahui, terlalu banyak yang tidak mengambil peduli, terlalu banyak yang berfikiran semuanya akan berlalu pergi dan terlalu banyak yang hanya menanti pengakhiran yang terlalu pasti; inilah harapan untuk dunia kita, perjuangan yang sering diperkatakan dan pemikiran semua yang terlibat dalam membentuk dunia ini? Harapan hanya disuarakan dan terlalu lewat untuk direalisasi seperti mana penulisan-penulisan ini yang hanya dibaca oleh insan yang mencari keseronokan disebalik kebosanan. Tiada yang memandang serius semuanya yang berlaku, mereka hanya menunggu untuk satu bentuk revolusi terjadi; hanya menjadi pengikut peredaran zaman dengan tidak mempunyai sebarang bentuk pemikiran yang tersendiri. Semua hanyalah pengecut terhadap kata-kata sendiri!

Benci

Image
Mungkin untuk memahami sesuatu yang tersirat itu amat susah dan mungkin juga sesuatu yang tersurat itu kurang jelas untuk dinilai, walaupun begitu amatlah senang untuk kita memahami kebencian setiap insan terhadap sesuatu yang lain. Kebencian adalah pendaman perasaan yang diselaputi dendam, cemburu dan kurangnya perhatian terhadap sesuatu yang lazim dengan diri sendiri tanpa memahaminya. Secara terus terang, ini adalah topik paling susah untuk diulas kerana telah banyak perkara yang insan ini lalui disebabkan kebencian dan menulis tentangnya umpama mengimbau kembali kenangan lama. Apa yang lazimnya mencetuskan kebencian tidak pula diketahui kerana hampir semua sebabnya berkaitan dengan isu yang dilihat seakan-akan kebudak-budakan untuk dinilai sebagai sesuatu yang teramat penting untuk membenci insan yang lain. Dendam terhadap perbezaan yang wujud di antara kita, perasaan cemburu terhadap rezeki Ilahi yang sememangnya di luar kuasa kita dan tidak mempedulikan insan yang sentiasa peka t

revolusi

Image
Perubahan merupakan satu titik yang membezakan lama dan baru dimana perubahan ini dilihat sebagai penambah baikkan terhadap sesuatu yang telah tersedia ataupun ia merupakan satu penambahan terhadap sesuatu yang kurang dan amat diperlukan. Perkataan yang lebih cenderung digunakan bila mengatakan tentang perubahan yang menyeluruh adalah revolusi. Pada detik kini sehingga suatu masa yang akan datang, istilah ini amat perlu untuk diamati dan diterjemahkan kerana negara sekarang berada pada permulaan kearah perubahan atau revolusi yang bakal membuatkan semua insan tidak kepenatan dalam mencari keinginan yang diidamkan selama ini. Revolusi yang diperkatakan ini merangkumi segala skop kehidupan iaitu dari segi ekonomi, politik, agama, fahaman dan sejarah. Hal ini mungkin dilihat remeh pada generasi sekarang dan mungkin menjadi perdebatan yang hebat dikalangan generasi yang lepas akan tetapi semua yang terlibat haruslah peka terhadap impian yang datang bersamanya. Perubahan merupakan sesu

fikiran

Image
Pemikiran berkait rapat dengan kematangan dan pengalaman hidup yang dilalui oleh individu tertentu dalam usaha untuk mengharungi kehidupan ini. Setiap insan berhak membentuk dan menilai pemikiran sendiri tanpa dikaburi oleh pemikiran insan yang lain. Amatlah penting untuk setiap insan membentuk corak pemikiran yang tersendiri akan tetapi itu tidak bermakna pemikiran insan tersebut tidak boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor yang lain. Penggabungan pemikiran dengan faktor dalaman dan luaran kehidupan dapat membantu dalam kita mencari penyelesaian yang mutlak ke arah permasalahan yang sering berlaku terhadap kita pada masa kini. Apa yang penting adalah kita hendaklah berhenti sejenak untuk berfikir dengan tenang dan damai agar langkah pergerakan kita berjalan dengan lebih lancar. Untuk memahami penulisan ini juga memerlukan pemikiran yang matang dan terbuka. Pemikiran akan membolehkan kita membuat hubung kait terhadap penulisan ini dengan kehidupan kita yang penuh dengan cabaran dan rinta

kejayaan

Image
Kejayaan bukannya sesuatu yang susah untuk dikecapi dan ia bukanlah sesuatu yang senang untuk diambil mudah. Kejayaan hanya lahir dengan usaha dan semangat yang tinggi tanpa mengira apakah erti kegagalan. Jika kita sentiasa berfikiran positif dan melihat semua aspek kehidupan sebagai suatu peluang untuk memajukan diri nescaya kejayaan akan sentiasa berlegar dalam kehidupan ini. Kejayaan hendaklah dikira tanpa bersifat berat sebelah iaitu tidaklah perlu untuk kita menjadikan kejayaan yang besar dan diidamkan sahaja sebagai pembakar semangat untuk bergerak maju; kita haruslah sedar bahawa kejayaan untuk hidup di dunia ini melampaui hasrat hati dan logik akal. Kejayaan untuk berada disini dan menikmati semua yang tersedia haruslah diraikan dan dirahmati dengan setinggi-tingginya. Janganlah bersifat zalim dengan menafikan setiap kejayaan yang telah mengubah semuanya yang terbentang luas di hadapan kita. Janganlah sentiasa mengharapkan perubahan dan kejayaan yang belum tentu boleh dikecapi.

cerita

Image
Cerita yang berkisarkan kegembiraan, kedukaan dan ketuhanan sentiasa akan berlegar di alam ini. Cerita akan sentiasa diingati dan dipelihara seolah-olah cerita merupakan suatu bentuk idealisme yang terulung. Akan tetapi cerita tetap sebuah cerita, walau ia dibukukan, ia dinovelkan ataupun ia cuma satu cerita rakyat yang disebarkan; semua itu tidak penting kerana cerita adalah sebuah cerita. Apakah kelebihan sebuah cerita? Cerita mempunyai pelbagai watak dan setiap satunya haruslah berlainan, cerita mempunyai plot perceritaan yang menarik dan baru, akhirnya cerita haruslah mengandungi sedikit moral yang patut dicontohi ataupun dijauhi. Itulah formula cerita pada asasnya, untuk semua penulis inilah garis panduannya; akan tetapi cerita yang bagus adalah cerita yang benar, cerita yang tulen dan cerita yang dicipta untuk tujuan bercerita. Tidak pernah ada insan yang menulis, memberitahu dan mengingati sebuah cerita yang mempunyai kekosongan dalam penceritaannya. Semua cerita pada asasnya sa

kehidupan

Image
Kehidupan ini mempunyai pelbagai dugaan dan cubaan. Ada di antaranya merupakan sesuatu yang terindah dan mungkin juga ia merupakan mimpi ngeri untuk insan yang lain. Walaubagai manapun kehidupan adalah sesuatu yang semua insan perlu lalui. Inilah hakikat sebuah kehidupan. Kehidupan semua mahkluk di dunia ini adalah berperingkat dan sentiasa berubah. Tiada insan ataupun objek yang kekal abadi selamanya, semuanya akan mengalami perubahan dan hal ini akan sentiasa berterusan. Dalam kehidupan manusia juga berperingkat dan pada asasnya ia mempunyai 4 peringkat. Seumpama perkembangan hidup rama-rama; peringkat telur,ulat bulu,kepompong dan akhir sekali rama-rama dewasa. Manusia mempunyai dua peringkat asas kehidupan yang amat penting iaitu kelahiran dan kematian walaupun begitu kita semua setuju yang tiada siapa tahu dimanakah permulaan kehidupan dan pengakhiran kehidupan sebab itulah kita hanya berbincang tentang peringkat pengisian kehidupan iaitu 4 peringkat jugak dimana peringkat awal (b

kawan

Image
Berbicara tentang musuh yang sentiasa berada di samping kita semua, musuh yang akan cuba untuk memahami tindak tanduk setiap perbuatan kita, musuh yang akan menilai segala pemikiran dan budi bicara kita. Marilah kita berbicara mengenai rakan-rakan kita, kawan baik kita, teman kita dan semua yang tergolong dalam kumpulan – kumpulan yang berkaitan dengan persahabatan. dalam persahabatan kita mempunyai teman , sahabat, rakan dan kawan yang sememangnya satu kelebihan yang amat membanggakan akan tetapi sejauh manakah ia bererti buat kita. Perlukah kita mengimbau kembali masa silam untuk menghargai seorang teman ataupun kita hanya perlu untuk bangun setiap pagi untuk menghargai pengorbanan seorang teman. Adakah kata-kata yang terucap mampu difahami semuanya oleh seorang rakan ataupun biarlah ia terpendam kerana tiada sahabat mahupun teman yang akan menghargainya. Teman, rakan, sahabat dan kawan merupakan insan yang mewarnai kehidupan peribadi setiap individu. Tanpanya terasa kekosongan di da

cinta

Image
Cinta itu berlikukan kasih dan bertatahkan sayang yang amat berbeza bagi setiap insan yang memperhalusi budi pekerti keindahan cinta. Dalam memperkatakan hal cinta banyak yang ingin di kongsi dan banyak juga yang perlu di rahsiakan supaya cinta itu kekal misteri. Keunikan cinta lahir pada insan yang buta terhadapnya, insan yang berjuang dengan apa yang diperkatakan cinta, insan yang melalui perjalanan yang penuh berwarna dan bermakna. Cinta itu sungguh subjektif dan mempunyai banyak persoalan. Kaedah dan tujuan percintaan itu misteri tetapi anugerah mengecapinya adalah nikmat yang penuh dengan dugaan dan derita. Sesiapa yang ingin melarikan diri daripada cinta nescaya akan terus berlari dengan berbekalkan kebencian terhadap sesuatu yang amat susah untuk difahami. Usahlah membencikan cinta kerana kitalah kisah cinta yang terlalu agung untuk dilupakan dan kitalah punca cinta itu mekar dan musnah dengan penuh ”drama” disebabkan watak dan dialog yang kita ucapkan. Kisah cinta setiap insa

tulisan pertama...

Image
penulisan pertama dlm blog yang bercorak diari peribadi ini akan berkisarkan tentang sesuatu yang dekat pada diri setiap insan yang menginginkan perubahan dalam setiap langkah dan perbuatan yang direncanakan oleh dirinya. penulisan pertama ini akan meneroka dan menyelami jiwa serta permasalahan yang wujud dalam kelodak diri individu yang telah menghabiskan masa untuk menilai dirinya sendiri dan persekitarannya. penulisan pertama membawa maksud pergenalan diri untuk tatapan semua, diri seorang individu yang lahirnya di sebuah kampung di sebuah pulau di sebuah gagasan negara yang merdeka di samping benua yang terbesar di dunia. penulisan ini akan memperkatakan tentang kehidupannya di sekolah tertua di negara ini, perjalanannya ke sekolah menengah yang terletak berhampiran bukit dan kemudiannya telah melanjutkan pembelajaran di sebuah institut lahirnya pembina negara bangsa. penulisan ini akan mengetengahkan setiap keistimewaan yang dimilikinya seperti suka membaca, menulis, melukis dan m