Posts

Showing posts from April, 2019

Kisah Remaja - Remaja S (siri 2)

Kisah ini menceritakan tentang penghijrahan Salman ke kota raya.  Setelah mendengar berita tentang kematian Siti (rujuk siri pertama cerita ini),  Salman berhasrat untuk meneruskan cita-cita sebagai usahawan burger yang berjaya.  Dengan ini Salman berhijrah ke kota raya bagi mempelajari perkembangan semasa dunia perniagaan.  Salman berkawan dengan seorang lagi orang kampung tersebut yang bernama Shah.  Shah dan Salman bersama-sama tiba di kota dan kini mereka menyewa rumah bersama.  Shah telah lebih awal mendapat pekerjaan sebagai kerani di salah satu syarikat swasta di bandar ini.  Salman dijangka akan mula beroperasi perniagaan burgernya dalam bulan pertama setelah berpindah ke kota. Setelah sebulan maka perniagaan Salman pun berjaya.  Shah dan Salman merupakan kawan yang baik.  Tetapi semua itu berubah apabila Salman sudah mula beroperasi untuk bulan yang pertama.  Shah mula bermalasan untuk membayar sewa rumah dan terpaksa Salman untuk menjelaskan sewa rumah.  Salman yang baru tib