Posts

Showing posts from November, 2018

MELAYU : HIDUP DALAM MATI

Saya cuba untuk menutup mata dan tidak melihat isu ini, tetapi dikala setiap media sosial berbau sentiment dan kelakuan menghina dilebihkan dari menasihati maka jejari bergerak untuk mengingati diri bahawa isu ini tidak sepatutnya dibuka kembali. Negara ini dibina atas konsep perkauman. Kita masih dikenal pasti sebagai melayu, cina, india, iban, melanau, bugis, penan dan sebagainya. Kita adalah berbilang bangsa dan agama. Akan tetapi kita juga membina garisan mutlak untuk memperlihatkan siapa yang lebih berhak dan mempunyai keutamaan yang harus dihormati. Sebab inilah perkauman di negara ini berlaku. Memang utama dan penting adalah yang unggul yakni Melayu. Tidak dapat dinafikan betapa pentingnya istilah Melayu untuk bangsa Malaysia. Akan tetapi definasi ini sering disalah ertikan sebagai hak hakiki dan pemilikan bangsa bukannya pengelasan Negara. Ramai Melayu yang berpanjikan negeri dan berpandukan susur jalur kelahiran keluarga berbanding Melayu yang ditakrifkan oleh Pelembaga