Posts

Showing posts from May, 2014

kesunyian dalam diriku

Aku paling benci kesunyian.  Tapi ketenangan dalam jiwa selalu memberi aku erti yang kuat bahawa setiap hari tika aku berjalan adalah satu lagi langkah untuk memecahkan kesunyian itu, entah kenapa pada malam ini dan saat ini aku cemburukan rakanku yang telah berteman ketika tidur, yang sedang bertiup sayang untuk insan yang menghargai dan kepada kawanku yang tersenyum dalam mimpi kerana pasti hari esok ketenangan itu bisa dikongsi bersama seseorang yang amat penting sekali. Aku benci kesunyian ini kerana didalamnya ada butir-butir kesedaran yang membuatkan aku terlalu peka dengan realiti alam nyata. Aku terlalu berfikir dan di dalam mimpi sekalipun aku tetap pasti berfikir, seolah ritma pemikiranku tidak pernah berhenti seketika. Jantungku pernah berdenyut perlahan tapi tidak pemikiranku. Tidak ia penat untuk berehat dan aku kagum kerana satu organ sahaja dalam badanku yang amat mengerti aku dan itu berada diatas kepadaku tapi walaupun begitu ia tetap tidak menyukaiku. Aku hid

berhenti menjadi boneka politik dan berhenti menjadi manusia yang hanya mengejar kenikmatan dunia!

Aku kecewa! Serius bro! dan kekawan yang baca nie.. aku memang kecewa. Bukan kecewa kepada kerajaan ke ataupun apa pun sangat.. Cuma aku kecewa pada korang yang terlalu mendesak satu-satu pihak untuk melakukan sesuatu. Kita tak suka sesuatu itu berlaku, kita ubah diri kita dahulu. Hari ini aku bukak website dan lihat ramai berbaris dan berhimpun utk hentikan GST.  Aku tanya diri aku sendiri kalaulah cukai itu untuk rakyat apa salahnya yang mampu bayar lebih dan kalau misalnya ada pihak yang kata kita boleh hidup tanpa GST maka lakukannya. Bukannya kerajaan yang mengawal kedai dan gerai makan setiap peniaga, kerajaan tak akan tutup kedai yang menjual dengan harga yang murah dan berpatutan. So kalau di antara kamu rasa boleh laksanakan harga murah dan tidak membebankan maka BUAT LA!. Jangan nak memaksa mana-mana pihak untuk melakukan sesuatu kalau kita sendiri tidak pernah terfikir untuk mulakannya dahulu. Mungkin ramai yang melenting cakap cikgu dalam hutan tu boleh la cakap begitu,