kesunyian dalam diriku

Aku paling benci kesunyian.  Tapi ketenangan dalam jiwa selalu memberi aku erti yang kuat bahawa setiap hari tika aku berjalan adalah satu lagi langkah untuk memecahkan kesunyian itu, entah kenapa pada malam ini dan saat ini aku cemburukan rakanku yang telah berteman ketika tidur, yang sedang bertiup sayang untuk insan yang menghargai dan kepada kawanku yang tersenyum dalam mimpi kerana pasti hari esok ketenangan itu bisa dikongsi bersama seseorang yang amat penting sekali.

Aku benci kesunyian ini kerana didalamnya ada butir-butir kesedaran yang membuatkan aku terlalu peka dengan realiti alam nyata. Aku terlalu berfikir dan di dalam mimpi sekalipun aku tetap pasti berfikir, seolah ritma pemikiranku tidak pernah berhenti seketika. Jantungku pernah berdenyut perlahan tapi tidak pemikiranku. Tidak ia penat untuk berehat dan aku kagum kerana satu organ sahaja dalam badanku yang amat mengerti aku dan itu berada diatas kepadaku tapi walaupun begitu ia tetap tidak menyukaiku.

Aku hidup kerana akal dan aku pasrah kerana hati; tidak pernah aku rasa kecewa walaupun telah dikecewakan, tidak pula aku rasa gelisah tika bahagia itu semakin pudar dimakan masa dan tidak pula rungutan aku ini menjadi nanah luka kerana hati ku sentiasa memujuk untuk aku fahami bahawa keikhlasan berada dalam kesunyian itu adalah rahmat untuk mengenali diri.

Aku cinta akan dirimu dan aku sentiasa perjudikan kisah hidupku untuk diperlakukan sebegini dan zahirnya tubuhku amat memalukan. Dosa terpalit disana dan disini, penuh dalam rekod peredaran masa dan sentiasa ditulis tanpa henti bahkan lebih daripada bilangan kerlipan mataku. Tapi lazim mengetahui tunas pertimbangan kepunyaan yang menciptakan.

Aku sayang dan hormat kepada ke semua benda yang ada di fikiranku dan di hatiku; benci, hina, caci, indah, cantik dan permai itu semua hanyalah wajah-wajah kehidupan. Aku berada diatas ketika ini dan aku pernah jatuh dibawah, dihina dan di caci dan pernah dipuja dan di cemburui. Akulah drama dan semua ini tayangan filem belaka.


Karpet merah aku lalui dengan gah, tangisan belakang pentas aku sembunyikan dengan lara. Berjenaka tentang lumrah kehidupan itulah pentas ku untuk berseloka. Esok akan pasti datang dan aku hanya pula sebatang pohon tidak berdaun dan berakar yang hanya menunggu terbakar dalam kesunyian hening masa.

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku