Posts

Showing posts from August, 2020

KU YAKIN INILAH WAKTUNYA!

Politik, ideologi dan populariti. Adakah wajar untuk kita mengatakan ini penting dalam kehidupan?   Populariti; Hari ini jika anda tidak popular - tiada siapa mahu mendengar, melihat dan mengetahui. Guru lebih mudah diterima jika mempunyai rupa, penyanyi lebih mudah dijual jika mempunyai cerita dan pelakon lebih senang difahami jika mampu petah berkata-kata. Bukan ilmu, bakat dan minat menjadi ukuran. Cukup sekadar tontonan ribuan, cukup sokongan “like” jutaan dan cukuplah sekadar setua jagung dalam berkata-kata maka berilmu, berakal dan berakhlak lah sudah untuk dijadikan pejuang, pemimpin dan pewakilan dalam masyarakat. Kuasa, pengaruh dan suara hanyalah hiburan kepada mereka yang leka. Mereka berfikir cukuplah jika yang indah, cukuplah yang gagah dan cukuplah yang petah berdiri menjadi pemimpin. Sedangkan perancangan, kesabaran dan kesetiaan amatlah penting untuk mewujudkan kestabilan dalam masyarakat. Jika kita terus bersenang dengan pendekatan populariti - maka janganlah terkejut