Posts

Showing posts from 2015

UMNO DI PENGHUJUNG REALITI

Image
Betul ke tanggapan umum sekarang nie yang mengatakan corak pemerintahan Barisan Nasional dan jugak UMNO secara umumnya makin mundur ke belakang dan menghampiri gaung sebelum jatuh berderai. Sebenarnya para sahabat dan pembaca yang setia, UMNO telah lama berada pada landasan ini dan kini yang menjadi nyata adalah apabila tiada lagi ruang dan peluang untuk mereka mengaburi mata masyarakat dengan permainan politik ini. Beberapa peristiwa lepas dari seawal kemunculan parti ini, drama politik dan kepincangan pemimpinnya menjadi wadah untuk semua tetapi kita tetap terpaksa akur dengan parti ini dengan alasan tiada lagi calon yang berkelayakan untuk memimpin. Dunia telah berubah dan aliran pemahaman juga turut berubah dan kini ternyata sudah pemimpin lama yang masih tegar berlegar dalam parti UMNO adalah tidak lagi relevant dan tidak mungkin dapat menggariskan kehendak masyarakat yang selari dengan tuntutan semasa. Saya sebagai pengundi dan juga sebagai rakyat Malaysia be

Guru Kencing Berdiri, Murid Kencing Berlari

The future of Malaysian educational system is changing and there is never a dull moment in that process. The most recent argument touches about the split concept between what is PBS and the need of all the web related works that congested the main frame of teacher roles in school. We are in need of changes, we can’t runway from the facts that education today is differ from what it supposed to be ten years ago and teachers today can’t say that the very foundations of the traditional methods of teaching is the best formulated remedies to help us today. Education is about knowledge and with knowledge it empower people to develop and development does not happen in one day and can’t cater for the need of one specific group of people. PBS may not be relevant to us because we are the beginner as the same goes during the first introduction of KBSR, who would thought that Malaysia would run away from its adopted foreign policies in educations and develop a curriculum that is circular t

Merah Jua Darah Melayu Ku

Menjelang 16 September-kearah pembentukan Malaysia marilah kita mengimbas kembali 4 sifat Melayu yang tercatit dalam sejarah rakyat/ masyarakat Melayu. 1)       Mahsuri -  Berlaku di sebuah pulau di kawasan pmerintahan kesultanan Melayu Kedah ( Langkawi ). Kisah bagaimana seorang perempuan yang telah pun bersuami difitnah dan dibunuh oleh penduduk kampong dan akhirnya sumpahannya menjadi keramat yang menghukum keturunan dan segala penduduk yang terlibat. ·          Fitnah , bukan perkara baru dalam hidup orang Melayu dan itulah makanan racun yang merosakkan bukan hanya masyarakat, tetapi seluruh ketamadunan Melayu tetapi kita kini lebih suka melayari bahtera fitnah daripada menunggu kepada cahaya kebenaran. Terjadi kepada Mahsuri, di ceritakan sejak berzaman dahulu tetapi dimana kita sekarang ini… masih lagi berfitnah dan tuduh menuduh… 2) Puteri Gunung Ledang - Berlaku semasa zaman kemuncak kegemilangan empayar Kesultanan Melaka. Puteri Jawa yang mempunyai intelek dan k

Pemegang Ulung Demokrasi

Najid bukannya sempurna, Mahathir bukanlah perwira bangsa yang abadi dan perkara hakiki sekarang adalah dimanakah wadah Malaysia apabila pemimpin kita sendiri tidak pernah mempercayai satu sama lain. Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya sedar bahawa bukan semua pemimpin kita adalah individu yang arif dan pakar dalam bidang kepimpinannya, tetapi kejayaan pemimpin itu adalah daripada nilai kepercayaan yang kita letak padanya. Najid banyak merancang dan bukan semua rancangannya diperhalusi dengan bagus dan melihat keadaan sekarang kita jelas bahawa yang memberikan Najid nasihat merupakan golongan yang hipokrit dan itulah kesilapanya. Bagi menilai Najid, kita harus melihat siapakah rakannya dan siapakah yang sedang dan telah membimbingnya untuk berada pada tahap sekarang. Kejayaan yang dicipta untuk menjadi perdana menteri bukannya selangkah pangkat setahun..ia merupakan satu perjuangan yang memerlukan usaha dan keyakinan yang tinggi. Bagi Mahathir untuk menyeru jawatan i

Kemunculan Hudud adalah tuntutan Penyatuan Ummah!

Kenapa orang bukan Islam menentang Hudud..bukankah undang-undang itu untuk orang Islam sahaja dan mengapakah mereka perlu berlebih-lebih? Adakah benar Hudud hanya untuk orang Islam sahaja; dan jikalau begitu dimanakah ertinya mewujudkan sebuah Negara jika dalam perlaksanaan perundangan kita mempunyai pecah yang hakiki tentang hukuman dan sesetengah pihak akan melihat hal ini sebagai ketidak adilan. Cuba bayangkan.. hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah Islam adalah berbeza dengan pesalah bukan Islam…bukan sahaja cara hukuman tetapi kaedah keadilan dan perhakiman juga berbeza.. ini adalah ketidak seimbangan dari segi perlaksanaan perundangan…dan kemungkinan besar komuniti Islam tidak akan menjalinkan kerjasama dengan komuniti bukan islam disebabkan terdapat pecahan dalam perundangan.. Implikasi perlaksanaan undang-undang Hudud jika tidak dilakukan secara menyeluruh adalah perpecahan mengikut agama dan hal ini akan membawa dimensi baru terhadap kefahaman kehidupan beragama

GST : Tunjukkan bukti anda cintakan Negara!

Image
GST dan salah siapa? Sebenarnya untuk menyalahkan kerajaan dalam gagal merancang dalam memperbaiki sistem percukaian sebelum ini supaya perlaksanaan GST tidak dilaksanakan. Dan menghentikan niat untuk tidak melakukan GST adalah sesuatu yang diluar kemampuan. Negara mempunyai cita-cita dan kemajuan ekonomi kita adalah berdasarkan kemampuan Negara dalam mengolah sumber pendapatannya bagi menyokong dasar-dasar ekonomi yang dilaksanakannya. Dalam hal GST—ianya bukan 100% salah Kerajaan. Mahu mengatakan terdapat pembaziran yang dilakukan selepas beberapa tahun oleh kerajaan merupakan penyebab kepada terjadinya GST adalah seperti lagu bangau oh bangau! Malaysia yang ku sayangi! Sedarkah anda! Anda menentang segalanya! Anwar ditangkap—ramai diantara anda bangun dan menentang, Altantuya dibom-wow! Ada juga yang menentang.. Tun Abdullah berdiam diri pun ditentang, MH370 dan MH17 hilang jatuh turut menjadi tentangan anda… Malunya saya, seumpama peratusan rakyat Malaysi

hudud bukan sekadar hijab di kepala

Kita bercakap tentang hudud….. kita rasa itulah undang-undang yang mampu kita laksanakan tetapi kesempurnaan undang-undang itu telah tertulis cuma adakah kita benar-benar bersedia. Kenapa ada golongan sanggup membuat ugutan terhadap mereka yang menentang hudud dan menjatuh hukum kepada mereka yang bersalah dengan sepenuh kekejaman.. adakah itu tanda-tanda masyarakat yang bersedia untuk melaksanakan undang-undang yg ditulis dan di olah oleh Tuhannya sedangkan undang-undang yang dirungkai oleh nenek moyangnya masih lagi dia gagal untuk praktikkan sepenuhnya. Kita mungkin telah bersedia untuk melihat hudud sebagai undang-undang rasmi tetapi berbicara tentang kita-siapakah kita sebenarnya dalam konteks sekarang ini? Hudud itu sempurna dan kecacatannya adalah kita; jangan disebabkan kecacatan kita—hukum Tuhan ini akan dipandang hina dan dicaci sebagai satu bentuk penindasan. Dunia sudah cukup melihat Islam sebagai komuniti yang lemah kerana tidak berjaya bersatu hati, Dunia sudah mel

20 FaKtA mEnArIk DiRiKu

Image
Nama panggilan nya adalah ATAN dan dia hanya tahu nama sebenarnya ketika berumur 6 tahun. Semasa kecil pernah membela semut, ketam dan ulat gonggok sebagai haiwan peliharaan. Mempunyai “tree house/ tree-club” yang mempunyai projek rahsia di bahagian paling atas pokok iaitu “projek fountain of youth”. Sering dirasuk dan amat sensitive terhadap makhluk ghaib dan bunian semasa kecil. Hobi memancing dalam longkang besar dan pernah duduk di dalam longkang sepanjang hari. First time couple semasa berusia 6 tahun dan sehingga sekarang tidak pernah menjadi single lebih dari 3 bulan. Mula tahu membaca pada umur 10 tahun; mula belajar English pada usia 14 dan mempunyai daya imaginasi yang amat melampau… Mempunyai tutor peribadi untuk bahasa English bernama Lucas Mitchell (guru math untuk sekolah pendidikan khas di Bath – England) yang kemudian menjadi pen-pal sejati . Pernah gagal dlm ujian percubaan PMR utk paper Sejarah dan kemudian membaca buku Hikayat-hikayat Melayu Klasik sepert

Putusnya Cinta

Image
Tak kira berapa lama bercinta dan tak kira sudah berapa kali bertukar pasangan; reality percintaan itu apabila berputus sahaja perhubungan maka hati tetap rasa pilu; remuk dan yang paling penting sekali rasa mcm nak hempuk jea muka ke dinding supaya rasa sakit itu jadi nyata dan boleh dirawat daripada terpendam jauh di sanubari. Ini bukanlah first time; ini dah mcm thousand time dan tipulah kalau tak berharap untuk menjadikan ini yang terakhir. Aku letih. Semudah itu. Bukan letih untuk mencari cinta tapi letih untuk melalui ini. Ada kawan aku yang cakap kepadaku bahawa aku move on cepat sangat tapi itulah soal hati aku. Cepat sangat jatuh bila dah pecah..maklumlah aku insan yang lemah . Aku benci ada perasaan ini dan aku benci dengar alasan yang selalu aku dengar. Awak baik; saya sayang awak, tapi kita kawan jea k. yang lebih benci bila dengan mudahnya aku dilepaskan; seolah-olah tak pernah bercinta-esoknya aku sahabat baik dia . Apa masalahnya… memanglah aku baik seba