Pemegang Ulung Demokrasi

Najid bukannya sempurna, Mahathir bukanlah perwira bangsa yang abadi dan perkara hakiki sekarang adalah dimanakah wadah Malaysia apabila pemimpin kita sendiri tidak pernah mempercayai satu sama lain.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya sedar bahawa bukan semua pemimpin kita adalah individu yang arif dan pakar dalam bidang kepimpinannya, tetapi kejayaan pemimpin itu adalah daripada nilai kepercayaan yang kita letak padanya.

Najid banyak merancang dan bukan semua rancangannya diperhalusi dengan bagus dan melihat keadaan sekarang kita jelas bahawa yang memberikan Najid nasihat merupakan golongan yang hipokrit dan itulah kesilapanya.

Bagi menilai Najid, kita harus melihat siapakah rakannya dan siapakah yang sedang dan telah membimbingnya untuk berada pada tahap sekarang. Kejayaan yang dicipta untuk menjadi perdana menteri bukannya selangkah pangkat setahun..ia merupakan satu perjuangan yang memerlukan usaha dan keyakinan yang tinggi.

Bagi Mahathir untuk menyeru jawatan itu ditukarkan juga bukankanlah pertimbangan sebulan dua, ianya haruslah dilaksanakan dengan sepenuh pertimbangan dan apabila sudah cukup pemerhatian dan dapatan dibuat barulah seruan itu wajar disuarakan jika masih terdapat kecacatan yang nyata.
Secara peribadi saya tidak terkejut apabila hal ini berbangkit menjadi isu, dan tidak pernah pula saya merasakan polimik politik Negara akan berubah.

Untuk setakat ini dan untuk sekadar ini, kita melihat Negara sedang melalui proses pematangan pemikiran penduduknya..

Adakah Negara sudah mencapai kematangan untuk mengubah pentadbiran Negara dan tetap dasar serta kepentingan rakyat terpelihara ataupun kita akan lalui detik apabila semua berubah maka tiada langsung tunjang asas untuk kita berpegang.

Ramai yang berpesan, kejatuhan kota Melaka bukanlah disebabkan kedatangan Portugis semata tetapi disebabkan oleh polimik pentadbiran yang telah berubah di Melaka.

Biarlah Najib dan Mahathir berbalah, biarlah mereka bersoal siapa yang lebih arif dalam pentadbiran kerana kita pemegang mandat yang lebih besar dari mereka.

Rakyat adalah pemegang ulung demokrasi, apabila sampai tempohnya – buktikan hak anda. Undilah mengikut nilai kepercayaan anda dan kekuatan anda untuk menyokong calon itu…

Jangan percaya cakap A dan B.. percaya kepada pemimpin itu! Jangan percaya pada parti dan perjuangan.. percaya pada diri dan undi pemimpin yang kita ingin ekori dan percaya serta senang berkerja bersamanya.


Jadilah rakyat berdemokrasi yang matang…

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku