Posts

Showing posts from May, 2010

pandangan kebenaran penulis

Image
Kita boleh mengkaji 5000 tahun sejarah manusia dan memahami semuanya tetapi mampukah kita mengatakan semua yg tertulis itu salah, mampukah kita melihat sejarah dan menyaksikan setiap patah peredaran masa itu merupakan suatu kesilapan yang disengajakan utk memastikan kita berada dimana kita berada sekarang. Adakah kita membentuk pengetahuan ataupun hanya sekadar mengingati ilmu yang terbentang dihadapan kita. Lihatlah dipersekitaran apa yang tiada dan apakah yang ada? Kita tidak lagi mampu utk bertegang lidah hanya utk keseronokan kerana kebenaran itu tidak menghiburkan. Kebenaran adalah kebenaran oleh itu terimalah kebenaran seadanya. Kata-kata inilah yang memusnahkan pengetahun kita kerana tiada kebenaran yang benar kalau tiada yg tidak membenarkan kebenaran. Hanya kerana pengetahuan itu berkaitan kita menyambungnya diantara satu sama lain- kita bentuk satu gambaran yang hanya kita dapat melihatnya dan kita bentangkan gambaran kita itu kepada generasi mendatang, gambaran pengetahun y

ku setitik air!

Image
Kejatuhan ku keatas cinta terhadap diri mu adalah tidak dirancang bahkan ianya umpama air yang mengalir dalam terusan sungai dimana ku terperangkap dalam tasik-tasik kecil yang ku umpamanya cinta sebelum ku menemui cinta sejati seluas lautan yang meluas! Nodaan cinta tidak dapat dielakkan dan tidak dapat pula di jangka kedalaman cinta yang terbentuk! Kekeliruan dan kesedihan menyulam jiwa apabila ku mula merasai kesesuaian hidup dalam kawasan tasik yang sungguh sempurna. Tetiba air hujan melimpah, tasik pecah dan ku mengalir dalam sungai bersama yang lain. Ku mengenali cinta hidupan lain- ku menghargainya tapi hakikinya nyawaku mula tersejat hari demi hari. Masa berlalu dan waktu ku mula menipis, ku teruskan jua khalimah pergolakan hidupku demi menemui lautan cinta yang meluas! Ku yakin kehidupan ku penuh bererti dan penuh dgn kegembiraan bersama keharmonian alam. Ku gagal! Lautan yang dicari ku ketemui tetapi walaupun pada awal semuanya seperti mana ku sangka kan- ku salah. Dlm lautan