ku setitik air!



Kejatuhan ku keatas cinta terhadap diri mu adalah tidak dirancang bahkan ianya umpama air yang mengalir dalam terusan sungai dimana ku terperangkap dalam tasik-tasik kecil yang ku umpamanya cinta sebelum ku menemui cinta sejati seluas lautan yang meluas! Nodaan cinta tidak dapat dielakkan dan tidak dapat pula di jangka kedalaman cinta yang terbentuk! Kekeliruan dan kesedihan menyulam jiwa apabila ku mula merasai kesesuaian hidup dalam kawasan tasik yang sungguh sempurna. Tetiba air hujan melimpah, tasik pecah dan ku mengalir dalam sungai bersama yang lain. Ku mengenali cinta hidupan lain- ku menghargainya tapi hakikinya nyawaku mula tersejat hari demi hari. Masa berlalu dan waktu ku mula menipis, ku teruskan jua khalimah pergolakan hidupku demi menemui lautan cinta yang meluas! Ku yakin kehidupan ku penuh bererti dan penuh dgn kegembiraan bersama keharmonian alam. Ku gagal! Lautan yang dicari ku ketemui tetapi walaupun pada awal semuanya seperti mana ku sangka kan- ku salah. Dlm lautan cinta yang meluas ini ku tetap keseorangan. Ku tetap bergerak bersendirian, tetap bertemu makhluk-makhluk cinta yang lain cuma kini mereka tidak serapat dulu. Kini semuanya masin dan penuh dengan kepura-puraan. Banyak wajah dan wadah ku lihat- banyak orang ku temui dan ku masih mencari cinta yang sepatutnya terbentang di hadapan ku. Ku di tipu dengan harapan bahawa dunia hadapan penuh dengan harapan sehinggakan ku tidak sedar bahawa hadapan ku tiada bezanya dengan peninggalan masa ku yang lampau. Kehidupan yang penuh kejernihan dan tanpa sebarang rasa ku tinggalkan dalam cita-cita mencari kehidupan yang masin dan penuh dengan konflik ini. Ku kini tidak lagi singgah di tasik-tasik kecil. Ku sentiasa hanyut dibuai ombak yang membawa ku ke tempat yang sentiasa tiada bezanya. Ku kecewa kerana tiada lagi keunikan dan kesempurnaan dalam sesuatu yang sungguh kecil dan harmoni seperti kehidupan ku di tasik. Kini ku di lautan dengan penuh persamaan dan penuh kepuraan yang ku sendiri kian hilang ditelannya. Akhirnya ku mati tanpa mengapai cinta!

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku