Posts

Showing posts from 2010

indah hidup dengan kemaafan dan tanpa penipuan

Image
Menipu-ramai yang tak suka untuk ditipu tetapi ramai plak yang memilih untuk hidup dalam penipuan. Hey aku pun tidak terkecuali tapi tidakla plak diriku ini menjadikan penipuan sebagai tunjang kehidupan. Kadang kala kita memilih untuk menipu kerana kebenaran itu pahit dan menyakitkan. Tapi ada sesetengah diantara kita yang gemar menipu; mungkin disebabkan kehidupan mereka sudah sebati dengan penipuan. Mereka sering berasa lebih senang untuk menipu dari memberi tahu kebenaran. Apa jua alasan yang dilontarkan tipu adalah perkara yang salah. Lebih-lebih lagi kalau dalam alam percintaan. Janganlah menipu ketika bercinta-kerna cinta yang wujud diatas permulaan penipuan itu sukar untuk berkekalan seumur hidup. Kejujuran itu perlu kalau ingin rasa dihargai dalam cinta. Kembali kepada persoalan menipu—tipu itu adalah penafian ataupun kata-kata yang tidak benar terhadap kenyataan ataupun ketetapan yang telah berlaku. Percayalah bahawasanya ada insan yang sanggup menipu sehinggakan sanggup b

KU CINTA PADAMU

Image
Cinta itu mudah untuk ditemui, Cinta itu hanyalah perasaan yang lahir, Cinta itu sentiasa terzahir, Kala insan yang mencari tahu menemui. Cinta hakiki itu sempurna ertinya, Tetapi makna kasih adalah satu misteri, Penjelasan cinta tak perlu dinyata, Kerna hati bisa mengerti hakiki cinta. Cinta yang luhur adalah sejati, Cinta itu memudahkan erti, Cinta yang bermakna sentiasa abadi, Cinta yang satu adalah kepada yang Maha Mengetahui…

aku adalah hanya satu bahasa

Image
Kisahku ini tertulis diatas bahu yang memikul diri, tertulis dalam hati yang disulam darah, tertulis dalam jiwa yang ditutupi jasad. Aku adalah seorang insan yang cuba merungkai kata dalam mencari makna. Erti dan pendoman yang mampu untuk menceraikan realiti diantara fantasi. Aku adalah dakwat yang mencoret kertas untuk menegaskan bahawa kata-kataku ini adalah satu luahan akal dan hati insan yang telah mampu untuk menzahirkan pengertian dalam bentuk tulisan. Mungkin kewujudanku menjadi tanda tanya kepada mereka yang cuba untuk memahami ataupun menjadi persoalan kepada mereka yang gagal melihat. Aku bukanlah disini untuk menjelaskan- aku hanya wujud untuk menberitahu dan juga untuk menerangkan apa yang telah sekian lama menjadi pendoman. Aku wujud dengan jiwa, dengan hati dan juga dengan lengkapnya. Maknaku berbeza dan tidak sama tetapi aku mampu membawa kepada kesamaan. Aku mampu untuk menzahirkan serta menyembunyikan sesuatu. Aku wujud dalam konteks yang penuh misteri, aku wujud d

Durjana Akal Utk Erti Masa dan Cinta

Image
Durjana sungguh akal dalam memikirkan hal yang berkaitan cinta yang abadi tanpa mempedulikan perjalanan masa. Kekuatan masa itu adalah pada ketetapan yang menjadikannya setia kepada waktu yang menjadikan segala yang berlaku tika ia beredar adalah sesuatu yang bermakna dan harmoni. Jika ingin bercinta maka hormatilah masa dan berjanjilah pada kekuatan masa untuk bergerak dengan ketetapan dan meninggalkan semuanya demi sesuatu yang lebih bermakna dari masa itu sendiri. Jangan sesekali berkata bahawa perjuangan itu bermula dan berakhir apabila sesuatu yang indah itu tercapai. Akhirnya cinta bukannya perkahwinan dan tamatnya kasih bukanlah kematian tetapi bermulanya cinta itu adalah ketetapan dan akhirnya kasih itu ialah kesetiaan yang berkekalan. Payah untuk kita memahami dan gusar hati ini untuk mentafsirkannya tetapi itulah durjananya akal. Perbezaan kita adalah sesuatu yang menjanjikan keindahan dan seperti masa itu jua kita sentiasa berbeza dalam persamaan. Hanya dengan ketelitian s

pandangan kebenaran penulis

Image
Kita boleh mengkaji 5000 tahun sejarah manusia dan memahami semuanya tetapi mampukah kita mengatakan semua yg tertulis itu salah, mampukah kita melihat sejarah dan menyaksikan setiap patah peredaran masa itu merupakan suatu kesilapan yang disengajakan utk memastikan kita berada dimana kita berada sekarang. Adakah kita membentuk pengetahuan ataupun hanya sekadar mengingati ilmu yang terbentang dihadapan kita. Lihatlah dipersekitaran apa yang tiada dan apakah yang ada? Kita tidak lagi mampu utk bertegang lidah hanya utk keseronokan kerana kebenaran itu tidak menghiburkan. Kebenaran adalah kebenaran oleh itu terimalah kebenaran seadanya. Kata-kata inilah yang memusnahkan pengetahun kita kerana tiada kebenaran yang benar kalau tiada yg tidak membenarkan kebenaran. Hanya kerana pengetahuan itu berkaitan kita menyambungnya diantara satu sama lain- kita bentuk satu gambaran yang hanya kita dapat melihatnya dan kita bentangkan gambaran kita itu kepada generasi mendatang, gambaran pengetahun y

ku setitik air!

Image
Kejatuhan ku keatas cinta terhadap diri mu adalah tidak dirancang bahkan ianya umpama air yang mengalir dalam terusan sungai dimana ku terperangkap dalam tasik-tasik kecil yang ku umpamanya cinta sebelum ku menemui cinta sejati seluas lautan yang meluas! Nodaan cinta tidak dapat dielakkan dan tidak dapat pula di jangka kedalaman cinta yang terbentuk! Kekeliruan dan kesedihan menyulam jiwa apabila ku mula merasai kesesuaian hidup dalam kawasan tasik yang sungguh sempurna. Tetiba air hujan melimpah, tasik pecah dan ku mengalir dalam sungai bersama yang lain. Ku mengenali cinta hidupan lain- ku menghargainya tapi hakikinya nyawaku mula tersejat hari demi hari. Masa berlalu dan waktu ku mula menipis, ku teruskan jua khalimah pergolakan hidupku demi menemui lautan cinta yang meluas! Ku yakin kehidupan ku penuh bererti dan penuh dgn kegembiraan bersama keharmonian alam. Ku gagal! Lautan yang dicari ku ketemui tetapi walaupun pada awal semuanya seperti mana ku sangka kan- ku salah. Dlm lautan

perjanjian perjalanan

Image
Perjalanan ini akan sentiasa terpaksa di lalui tetapi apabila kita kesusahan , itulah masanya yang akan menentukan segalanya sama ada kita akan berjaya ataupun tunduk kepada ketentuan diri dan Ilahi. Perjalanan hari ini penuh dengan makna, tiada satu pun yang terucap dengan nada yang betul. Permulaan yang agak goyah tetapi kemudian ia termusnah sebelum bangkit semula tetapi kemudian perulangan yang sama berkekalan. Kemuncaknya adalah kemarahan terhadap perjalanan yang jauh serta panas membara. Perjalanan yang dipilih sendiri, yang dicipta sendiri dan yang diungkapkan sendiri. Memang ia adalah dugaan dan cabaran tetapi dia gagal menghadapinya. Kekecewaan mendekati jiwa semasa rentak penyelesaian di rencana, menyerah kalah dan mengorak langkah percaturan mengikut arus sungguh mengecewakan. Sampai sekarang ikatan itu masih terjalin, perjalanan ini diulit dengan ikatan janji tetapi terasa rapuh sungguh keikhlasan hati mereka yang berada di dalamnya. Sehingga mana ikatan ini kan bertaha