Posts

Showing posts from December, 2010

indah hidup dengan kemaafan dan tanpa penipuan

Image
Menipu-ramai yang tak suka untuk ditipu tetapi ramai plak yang memilih untuk hidup dalam penipuan. Hey aku pun tidak terkecuali tapi tidakla plak diriku ini menjadikan penipuan sebagai tunjang kehidupan. Kadang kala kita memilih untuk menipu kerana kebenaran itu pahit dan menyakitkan. Tapi ada sesetengah diantara kita yang gemar menipu; mungkin disebabkan kehidupan mereka sudah sebati dengan penipuan. Mereka sering berasa lebih senang untuk menipu dari memberi tahu kebenaran. Apa jua alasan yang dilontarkan tipu adalah perkara yang salah. Lebih-lebih lagi kalau dalam alam percintaan. Janganlah menipu ketika bercinta-kerna cinta yang wujud diatas permulaan penipuan itu sukar untuk berkekalan seumur hidup. Kejujuran itu perlu kalau ingin rasa dihargai dalam cinta. Kembali kepada persoalan menipu—tipu itu adalah penafian ataupun kata-kata yang tidak benar terhadap kenyataan ataupun ketetapan yang telah berlaku. Percayalah bahawasanya ada insan yang sanggup menipu sehinggakan sanggup b

KU CINTA PADAMU

Image
Cinta itu mudah untuk ditemui, Cinta itu hanyalah perasaan yang lahir, Cinta itu sentiasa terzahir, Kala insan yang mencari tahu menemui. Cinta hakiki itu sempurna ertinya, Tetapi makna kasih adalah satu misteri, Penjelasan cinta tak perlu dinyata, Kerna hati bisa mengerti hakiki cinta. Cinta yang luhur adalah sejati, Cinta itu memudahkan erti, Cinta yang bermakna sentiasa abadi, Cinta yang satu adalah kepada yang Maha Mengetahui…

aku adalah hanya satu bahasa

Image
Kisahku ini tertulis diatas bahu yang memikul diri, tertulis dalam hati yang disulam darah, tertulis dalam jiwa yang ditutupi jasad. Aku adalah seorang insan yang cuba merungkai kata dalam mencari makna. Erti dan pendoman yang mampu untuk menceraikan realiti diantara fantasi. Aku adalah dakwat yang mencoret kertas untuk menegaskan bahawa kata-kataku ini adalah satu luahan akal dan hati insan yang telah mampu untuk menzahirkan pengertian dalam bentuk tulisan. Mungkin kewujudanku menjadi tanda tanya kepada mereka yang cuba untuk memahami ataupun menjadi persoalan kepada mereka yang gagal melihat. Aku bukanlah disini untuk menjelaskan- aku hanya wujud untuk menberitahu dan juga untuk menerangkan apa yang telah sekian lama menjadi pendoman. Aku wujud dengan jiwa, dengan hati dan juga dengan lengkapnya. Maknaku berbeza dan tidak sama tetapi aku mampu membawa kepada kesamaan. Aku mampu untuk menzahirkan serta menyembunyikan sesuatu. Aku wujud dalam konteks yang penuh misteri, aku wujud d

Durjana Akal Utk Erti Masa dan Cinta

Image
Durjana sungguh akal dalam memikirkan hal yang berkaitan cinta yang abadi tanpa mempedulikan perjalanan masa. Kekuatan masa itu adalah pada ketetapan yang menjadikannya setia kepada waktu yang menjadikan segala yang berlaku tika ia beredar adalah sesuatu yang bermakna dan harmoni. Jika ingin bercinta maka hormatilah masa dan berjanjilah pada kekuatan masa untuk bergerak dengan ketetapan dan meninggalkan semuanya demi sesuatu yang lebih bermakna dari masa itu sendiri. Jangan sesekali berkata bahawa perjuangan itu bermula dan berakhir apabila sesuatu yang indah itu tercapai. Akhirnya cinta bukannya perkahwinan dan tamatnya kasih bukanlah kematian tetapi bermulanya cinta itu adalah ketetapan dan akhirnya kasih itu ialah kesetiaan yang berkekalan. Payah untuk kita memahami dan gusar hati ini untuk mentafsirkannya tetapi itulah durjananya akal. Perbezaan kita adalah sesuatu yang menjanjikan keindahan dan seperti masa itu jua kita sentiasa berbeza dalam persamaan. Hanya dengan ketelitian s