Posts

Showing posts from December, 2013

Memahat Keadilan Dalam Pembentukan Baru 2014

Istilah War On Terror, pemberontakan dan freedom of speech serta hampir segalanya tentang konflik dalaman masyarakat yang kita nilai dan hadapi sekarang adalah kesan daripada globalisasi yakni perkongsian global maklumat dan agihan kuasa serta kepercayaan. Untuk menyatakan bahawa semua ini berlaku adalah kebetulan dan kita adalah masyarakat yang berbeza dengan dunia Barat adalah satu bentuk pengakuan yang kurang bijak. Kita hampir sama dengan mereka dan apa yang terjadi pada kita kini adalah akibat globalisasi yang memungkinkan perkongsian daripada apa yang mereka lakukan. Dunia kini lebih terikat dengan satu sama lain, dan kewujudan persamaan ini sedang berlaku dengan pantas sehinggakan kita sering dilihat sedang berlawanan antara satu sama lain dalam membentuk realiti masyarakat dunia sebenar. Pada tahun 2014, lebih banyak benih-benih konflik antarabangsa yang akan tumbuh dan kita dipersaksikan dengan kebangkitan nilai diri di atas tanah air sendiri. Sebenarnya seper

aku menjawab kenapa

Kenapa diriku harus menjadi sebegini? Aku sukakan ilmu semata-mata untuk memahami dunia dan tidaklah lebih dari itu. Apa yang aku pentingkan adalah kefahaman bukannya kuantiti dan bagaimanakah ilmu itu boleh memberikan faedah kepada diriku. Aku selalu menulis untuk kefahaman diri sendiri dan bukannya untuk memperibadikan kisah kepada sesiapa. Aku berjaga malam berbicara dengan bayang tentang olahan sejarah dan mempersoalkan dunia atas kitaran yang dilaluinya. Aku menjawab sebelum dipersoalkan dan aku melakukan sumpahan terhadap diriku sendiri. Aku sentiasa cuba sesuatu yang baru dan tidak pernah aku kecewa jika bukan kemenangan yang aku perolehi. Aku berusaha sekadar untuk menunjukkan kesungguhan dan bukannya untuk membanggakan diri. Dan perjalananku penuh dengan peluang yang seakan aku biarkan berlalu kerana aku tidak mudah untuk meninggalkan kotak fikiranku dari dalam diriku. Kebenarannya aku sentiasa membenarkan diriku diperlakukan seperti mana takdir mahu diperlakukan ta

Pengakhiran Wawasan Negara...

Cita-cita walaupun saat dan masanya telah tiba jika kita masih belum mampu berkata-kata, seribu ucapan pun akan dimakan masa dan dilupai juga. Suatu ketika kita masih berusaha untuk melahirkan cita-cita menjadi bangsa yang berjaya,benua dijelajah, anugerah dipertaruhkan, lautan direnangi, gunung didaki, keikhlasan itu diperbudikan dan angkasa raya menjadi saksi. Perhitungan semalam mencipta kita di hari ini tapi kelak pasti gelap segala yang diharapkan. Kelak kita akan gundah gelana kerna kita kejam pada mereka sang pendita. Bukan hamba yang perbodohkan diri di dalam gua dan juga bukan pemain asap untuk himpunan sejuta  patah karut, sang pendita yang hanya menjelaskan tanpa jemu lurah dan daki segala kenyataan bahawa kata dan ucapan adalah senjata yang perlu dibaca.  Mempunyai impian dan mengotakan harapan adalah kunci kejayaan tetapi untuk membawa sebuah impian mencapai kebenaran dan untuk memperbetulkan kesalahan dengan hanya bertahun perkhidmatan bukanlah saat yang mudah bagi

Sisipan Mutiara Pulau

Pulau Pinang , my beloved Penang. Sesungguhnya diantara semua negeri di Malaysia ini adalah satu-satunya negeri yang amat bermakna kepada diriku kerana aku jugak anak pulau ini. Pencapaian Pulau Pinang boleh dibanggakan, menjadi pulau yang termaju dinegara ini dan merupakan di antara destinasi yang menarik untuk dilawati oleh semua pihak. Banyak aktiviti sosial bercorak hiburan dan juga kebajikan yang sering dianjurkan sepanjang tahun. Banyaknya pusat membeli belah dan organisasi kebudayaan serta keagamaan yang  tidak pernah berdiam diri daripada melaksanakan tugas-tugas mereka dalam menyemarakan semangat kemasyarakatan penduduknya. Pulau ini mempunyai simpanan sejarah yang amat mendalam. Selangkah dalam menghayati sejarah Malaysia, anda tidak akan terlari dari mendengar jeritan nostalgia Pulau Pinang. Dari sejarah hiburan sehinggalah ke detik sejarah perpecahan perkauman 13 Mei – Pulau Pinang tetap mempunyai peranan dalam sisipan kejadian sejarah ini. Pulau rebutan dan pulau

Akal Melayu

1Melayu..! Adakah ada satu sahaja melayu dalam dunia ini? Konsep 1Malaysia ada wajarannya kerana hakikat yang nyata memang dalam dunia ini ada satu sahaja imej dan wajah Malaysia tapi bila ada tokoh politik yang mahu mewajarkan konsep ini direplikasikan dan diterjemahkan atas dasar  1Melayu, kita boleh ketawa besar kerna bukan melayu itu hanya satu. Apakah yang satu? Semua orang berpendapat konsep Satu Malaysia adalah berteraskan perpaduan dan penyatuan tapi sebenarnya ianya hanyalah eksplotasi perpaduan dan penyatuan kearah komersil dengan memberikannya wajah yang lebih mudah didekati dan senang difahami. Sebab itulah mudah sangat untuk kita gunakan slogan 1Malaysia dalam semua aspek yang bermakna kepada masyarakat contohnya Klinik 1Malaysia ataupun Kedai 1Malaysia. Konsep ini diperkenalkan bukan untuk menganjurkan penyatuan yang bercorak baru dan terkini tapi ianya adalah penyambungan dan permudah bicara bagi dunia melihat konsep penyatuan itu dizahirkan. Kini kita ada entiti pe

Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor

Banyak cerita yang kita dengar dan kita sedia maklum tentang Datin Sri Rosmah Mansur tapi kita sendiri ada yang kenal diatas nama dan ada yang hanya mendengar bibik penceritaan orang lain. Oh no! saya tak akan bercerita tentang siapakah sebenarnya wanita besi ini dan kenapa kita patut memberikan penjanaan positif keatas imej beliau. Dia punya cerita biarlah dia yang bercerita. Apa yang saya ingin tarik perhatian kepada sesiapa yang membaca penulisan kali ini adalah tentang bagaimana imej seorang wanita itu dipersundalkan ataupun dalam bahasa ringkasnya “dilacurkan” sebagai entiti murahan dan keji sedangkan kelakuannya tidaklah sehina yang diperakui oleh dunia. Datin Sri Rosmah Mansor – scandal tidak mahu bertudung disuarakan dan ini telah menjadi satu wajah hina yang patut diludah kerana dia adalah wanita pertama dan dia menunjukkan aurat! Bukan ingin back up this person tapi ramai lagi kot yang tidak bertudung dan kita selamba jea menerima dan agaknya kenapa sebelum ini pun kit

kecina cinta kamal untuk sariah

Kamal dan Kecina telah mula berbibik cinta sejak saat mereka belajar dimana percintaan mereka adalah cinta yang tulus dan indah. Mungkin merpati berdua ini ditakdirkan untuk mengabadikan kisah mereka dalam bingkai cinta-cinta yang kekal abadi. Tetapi perjalanan alam menceritakan kisah yang penuh dongengan. Kamal dan Kecina pernah terlibat dalam aktiviti amal dimana mereka berjumpa dan berkumpul dengan pelbagai jenis kelompok masyarakat dan secara tidak sengaja disitulah Sariah pertama kali memandang si Kamal dan telah menulis dalam diari peribadinya bahawa pria Kamal adalah dambaannya dan tiada siapa yang dapat menyangkal jika jodoh mereka berpeluang terikat tanpa halangan di masa hadapan. Ajaibnya itulah yang berlaku setelah 5 tahun berlalu. Kamal dan Sariah diperjodohkan untuk bertugas dalam bangunan yang sama. Cita-cita lama berputik kembali dan harapan lama bersinar sejenak di mata Sariah, tatkala hati menunjukkan jalan dan minda mula memulakan perancangan. Langkah per

keselesaan dunia tanpa Islam

World Without Islam, Dunia tanpa Ketamadunan Islam – sesuatu yang tidak pernah dijangka oleh seluruh masyarakat dunia tapi itulah olahan yang cuba diketengahkan oleh seorang penulis Barat bernama Graham E.Fuller. Jika terdapat kesempatan yang mendalam cubalah fahami penulisan beliau yang agak matang dan sememangnya membawa dimensi baru dalam penjernihan idealisme. Kita perlu faham  permasalahan dunia sekarang bukanlah disebabkan Islam semata-mata. Islam bukan penyebab kenapa terdapatnya pemberontakan di Syria mahupun kemelut Afghanistan bahkan jika diteliti kebanyakan kemelut Negara-negara Islam; bukanlah agama yang menjadi penggerak permusuhan. Tidak tertulis di dalam Al-Quran mengertikan bahawa saudara sesama Islam itu adalah musuh yang nyata. Sebaliknya kitalah yang menterjemahkan bahawa  kita memandang satu sama lain sebagai  musuh untuk diri sendiri—penulis ini berjaya menegaskan bahawa kemelut Islam dengan Barat bukanlah kemelut agama kerana jika sekalipun tidak wujud Isla