Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor


Banyak cerita yang kita dengar dan kita sedia maklum tentang Datin Sri Rosmah Mansur tapi kita sendiri ada yang kenal diatas nama dan ada yang hanya mendengar bibik penceritaan orang lain. Oh no! saya tak akan bercerita tentang siapakah sebenarnya wanita besi ini dan kenapa kita patut memberikan penjanaan positif keatas imej beliau. Dia punya cerita biarlah dia yang bercerita. Apa yang saya ingin tarik perhatian kepada sesiapa yang membaca penulisan kali ini adalah tentang bagaimana imej seorang wanita itu dipersundalkan ataupun dalam bahasa ringkasnya “dilacurkan” sebagai entiti murahan dan keji sedangkan kelakuannya tidaklah sehina yang diperakui oleh dunia.

Datin Sri Rosmah Mansor – scandal tidak mahu bertudung disuarakan dan ini telah menjadi satu wajah hina yang patut diludah kerana dia adalah wanita pertama dan dia menunjukkan aurat! Bukan ingin back up this person tapi ramai lagi kot yang tidak bertudung dan kita selamba jea menerima dan agaknya kenapa sebelum ini pun kita tiada masalah dengan wanita yang tidak bertudung. Bukan menjadi masalah saya kalau ada pihak ingin menegur, bukan menjadi masalah Negara kalau kita ingin bercerita tapi itu semua menjadi kutukan dan maksiat yang nyata. Dia dah berdosa tidak bertudung-kita plak seangkatan dengan mengutuk dan bercerita kemungkaran dan keburukan orang lain. Hentikan!

Datin Sri Rosmah Mansor – menghabiskan duit rakyat dengan bersosial atas nama kebajikan. Perkara ini pun hakikatnya sama juga seperti yang diatas cumanya bagi pihak Datin sendiri la jika dah memang berkemampuan patutnya tidak payah la naik jet persendirian kerajaan, beli jea tiket MAS tentu sudah first class and free.. masalahnya dua-dua pihak macam sama jea. Baik pihak Datin dan juga yang bercerita. Dalam apa jua perkara jika ada kebajikan dan kebaikan kita mulakan dulu dengan yang betul dan baik. Kalau Datin dah rosak, kita cuba perbetulkan tapi hakikatnya yang menasihat pun seakan mahu melihat kerosakan itu memakan diri. Hentikan!

Datin Sri Rosmah Mansor – suka shopping dan beli barangan yang mahal dan berbentuk pembaziran. Bila Neelofa upload gambar shopping, bila Che Ta’ bercerita gaun ribuan ringgit macam biasa jea-macam biasa jea… tak mungkin wanita pertama mahu tewas dengan selebriti. Fikirla, she is a rich person. Her ways of life demand her to be in such attitude and that is her for now and forever. Kekadang yang mengulas isu-isu nie ada juga nada cemburu tu, memang betul la- baik dia derma jea duit tu dari dia pi beli rantai berjuta dollar tapi apa makna kalau dia derma semata-mata nak tunjukkan imej baik. Sekurang-kurangnya kita tahu dia suka shopping and spending so lets her shop until she drop. Jangan dok kisah, harta dunia hanya memberatkan bahu yang memikul belum tentu akhirat ringan setiap sisinya itu. Hentikan!

Datin Sri Rosmah  Mansor – pembunuh dan perosak suasana politik Negara. Untuk dalam hal ini, soal jawabnya ada pada akhir zaman, kita yang ditakdirkan untuk mendengar dn mengetahui hal ini patutnya pohon kepada Illahi walau apa pun yang terjadi hakikatnya kita harus memaafkan. Bukan maafkan dosa yang dilakukan tapi maafkan diri kerana kita harus berprasangka baik. Benar atau tidak jangan kita adili kerana kebenaran yang nyata telah pun tertulis dan jangan kita plak dipersaksikan atas sebarang keburukan yang bakal menjelang. Hentikan!

Saya menulis ini bagi mengingatikan diri saya dan sesiapa yang membaca sesungguhnya Ketua Negara kita dan seluruh keluarganya walaupun sekejam dan sehina mana mereka, kita yang menjadi penduduknya haruslah tahu batas-batas yang harus kita hormati. Kita bersistemkan demokrasi, kita berteraskan Islam dan kita mempupuk perpaduan seharusnya kita memihak kepada pihak yang tahu erti menyembunyikan daif-daif keburukan orang daripada pihak-pihak yang membenarkan segala maksiat yang nyata dengan hanya lidah berbicara. Ingatilah jika kalau kini kita berkata; orang itu hina esok kemudiannya bila kita berkuasa belum tentu kehinaan kita boleh diperdiamkan.

Saya dengan nyata seorang yang hina tapi untuk saya memburukkan lagi Datin Sri Rosmah Mansur dengan nyata mahupun tidak adalah tidak sepatutnya kerana dosa dan pahala beliau adalah haknya dan saya tidak mampu untuk terus dibelenggu dengan dosa-dosa kecil akibat dari kata-kata saya yang belum tentu dari mana benar dan salahnya. Hentikanlah kita memuja yang indah, hentikanlah kita menghina yang cerca kerana apa yang kita kata adalah doa yang nyata dan apabila berkali-kali kita menyebutnya takdir itu menjadi ketentuan ciptaanNya.


Kepada Datin Sri Rosmah Mansor – Terima Kasih. Anda adalah insan yang mempunyai semangat yang istimewa, anda adalah insan yang mengukir nama untuk sebaik-baiknya dan anda akan menjadi nukilan sejarah walau sejauh mana kisah perjalanan Malaysia di mata dunia. We are adoring you, my lady!  

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku