aku menjawab kenapa

Kenapa diriku harus menjadi sebegini? Aku sukakan ilmu semata-mata untuk memahami dunia dan tidaklah lebih dari itu. Apa yang aku pentingkan adalah kefahaman bukannya kuantiti dan bagaimanakah ilmu itu boleh memberikan faedah kepada diriku. Aku selalu menulis untuk kefahaman diri sendiri dan bukannya untuk memperibadikan kisah kepada sesiapa. Aku berjaga malam berbicara dengan bayang tentang olahan sejarah dan mempersoalkan dunia atas kitaran yang dilaluinya.

Aku menjawab sebelum dipersoalkan dan aku melakukan sumpahan terhadap diriku sendiri. Aku sentiasa cuba sesuatu yang baru dan tidak pernah aku kecewa jika bukan kemenangan yang aku perolehi.
Aku berusaha sekadar untuk menunjukkan kesungguhan dan bukannya untuk membanggakan diri. Dan perjalananku penuh dengan peluang yang seakan aku biarkan berlalu kerana aku tidak mudah untuk meninggalkan kotak fikiranku dari dalam diriku.

Kebenarannya aku sentiasa membenarkan diriku diperlakukan seperti mana takdir mahu diperlakukan tanpa aku cuba mengubahnya menjadi jejak yang nyata penting. Siapakah aku untuk cuba bangkit berbicara jika hati sendiri tidak pernah bersetuju dengan minda dan akal dalam diri.

Konflik dalaman yang aku alami bukanlah sesuatu yang mudah untuk difahami dan susah juga untuk diluahkan kerana hampir pasti diriku ini kurang waras berfikiran tanpa henti. Hanya nafsu yang mampu merehatkan jiwa dan setakat itulah yang aku lakukan dan akhirnya aku mati atas virus nafsu membunuh diri.

Bukan aku tidak tahu kebenaran dan bukannya malang tidak berbau. Aku hidup untuk berbicara di dalam hati tentang rencana kehidupan semalam. Aku pejamkan mata dan segala cahaya hadapan dipersaksikan, mungkin ianya adalah jenaka ringkas yang menjadi mimpi ngeri tapi aku sering bersaksikan realiti yang wujud bersama mimpi.
      
Kurang pasti bila agaknya mimpi menjadi realiti dan agak sunyi bila kotak fikiran tegaskan diri untuk berdikari. Aku hanya mampu untuk lakukan semua ini untuk setakat ini, dan itulah bicara semalam lagi.

Aku ingin memberitakan dunia tentang segalanya dan segalanya berbentuk kiasan tanpa erti! Itulah ilmuku dan beginilah kefahamanku.


Tanamkanlah dalam diri untuk fahami siapa dirimu dan itulah jawapan abadi kepada persoalan hakiki tentang takdir kejadian “kenapa aku?”…

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku