kecina cinta kamal untuk sariah

Kamal dan Kecina telah mula berbibik cinta sejak saat mereka belajar dimana percintaan mereka adalah cinta yang tulus dan indah. Mungkin merpati berdua ini ditakdirkan untuk mengabadikan kisah mereka dalam bingkai cinta-cinta yang kekal abadi. Tetapi perjalanan alam menceritakan kisah yang penuh dongengan.

Kamal dan Kecina pernah terlibat dalam aktiviti amal dimana mereka berjumpa dan berkumpul dengan pelbagai jenis kelompok masyarakat dan secara tidak sengaja disitulah Sariah pertama kali memandang si Kamal dan telah menulis dalam diari peribadinya bahawa pria Kamal adalah dambaannya dan tiada siapa yang dapat menyangkal jika jodoh mereka berpeluang terikat tanpa halangan di masa hadapan.

Ajaibnya itulah yang berlaku setelah 5 tahun berlalu. Kamal dan Sariah diperjodohkan untuk bertugas dalam bangunan yang sama. Cita-cita lama berputik kembali dan harapan lama bersinar sejenak di mata Sariah, tatkala hati menunjukkan jalan dan minda mula memulakan perancangan.

Langkah pertama adalah untuk mendekatkan diri kepada si Kamal. Cara yang terpaling mudah adalah berbaik dengan sahabat terdekat Kamal. Hati kawan-kawan baik Kamal telah pun berjaya diperoleh walaupun dengan sedikit kepercayaan tapi itulah titik permulaan yang diperlukan. Setelah berjaya merapatkan diri dengan si Kamal bermulalah langkah seterusnya.

Langkah kedua adalah untuk menarik minat Kamal bagi mempersoalkan siapakah si Sariah. Rancangan dirancang supaya setiap masa Kamal hanya tahu Sariah hadir dalam hidupnya untuk membawa kebaikan. Bekalan makanan dihantar setiap hari, permasalahan peribadi dilontarkan tanpa peduli kerana perhatian itu penting untuk membentuk kepercayaan yang tidak kurang pastinya.

Langkah ketiga adalah untuk bersandiwara supaya rakan menyokong dan rakan menjadi pendokong terhadap cita-cita. Plot konflik dimulakan untuk memastikan segala perancangan dipermudahkan. Tibalah masanya untuk menyebarkan fitnah dan memulakan cerita-cerita anasir luar yang akhirnya adalah rekaan sendiri supaya ramai yang menduga keikhlasan hati Sariah terhadap cintanya yang tiada berbelah bahagi.

Setelah Kamal tegar mempertahankan dirinya dari serangan semua pihak dan setelah hati yang didampakan menjadi milikan dirinya, masanya tiba untuk menarik Kamal dalam pelukan supaya kecantikan Kecina pun tidak mampu memberahikan malam-malam dingin Kamal.

Dari usapan tangan, pelukan badan sehinggalah ciuman yang memberikan nafsu,semuanya diperhalusi supaya kekal abadi pemilikan cinta berahi ini. Kamal mabuk di alam cinta, Sariah berjaya menulis rangkap baru dalam diarinya dan Kecina kecundang tetap terluka.

Kecina menafikan kejadian dengan sentiasa menyokong kebenaran bahawa hati Kamal adalah tetap dan dia telah melalui pelbagai dugaan seperti ini dan selalunya Kamal hanya hanyut sementara. Tapi kini setelah Kamal tidak mampu lagi berdalih, setelah Sariah makin berani untuk menampilkan diri tanpa sebarang kesalahan- Kecina mencari jalan akhir.

Berjumpa, berbicara, berlari, menangis dan akhirnya pasrah dengan ketentuan dan membawa diri sendiri. Kecina akur bebas dengan cinta dan berjalan mencari nafas baru. Nafas cinta yang telah hilang setelah 6 tahun bermudik dengan cinta yang hanya ada pada Kamal.

Kecina mungkin tampak sedia dan berlari pantas mencari pengganti tapi hati perempuan bukanlah berlian teguh selamanya. Berkaca hatinya untuk melihat Kamal, bernanah jasadnya terpaksa melayan sandiwara drama Sariah yang tidak pernah kenal erti penamatnya.

Walaupun telah berpisah; Kamal tetap bertemu mesra bersama Kecina dan luahan rasanya yang hanya mahu bersahabat membuatkan Kecina muak, asalkan cinta kita tidak menjadi kenapa perlu kini aku disajikan pula dengan kisah cintamu yang mencurangi diriku.

Kamal tidak pernah rasa bersalah. Tiada kesalahan untuk dirinya yang hilang rasa cinta terhadap seorang perempuan yang setia bersamanya selama 6 tahun. Tiada rasa bersalah berbohong dengan pasangannya sebelum kebenaran itu keluar menerjahnya dari belakang. Tidak bersalah memihak kepada kekasih barunya sedangkan dunia yang bersamanya selama bertahun-tahun diperlekehkan seperti dunia itu tersalah erti dan dialah Kamal yang membenarkan segalanya.

Kamal jarang berfikir panjang walaupun hakikat dirinya sedang melangkah maju menjadi seorang yang dewasa. Sariah mengaburi pandangannya dengan dunia kecil yang penuh dengan kenikmatan yang sementara. Cinta mereka merupakan perangkap yang gelap dan tiada nada yang mampu melihatkan kepada mereka betapa kecilnya cinta mereka itu.

Dari bibik-bibik kecil percutian sehinggalah setiap saat janggal yang terpaksa ditanggung oleh seluruh dunia keliling mereka. Kamal – Sariah hanya tahu mencintai saat mereka bersama. Dan itulah keindahan yang mereka ciptakan, setakat melarikan diri dari realiti dan berada dalam kesempurnaan mimpi.   


Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku