Posts

Showing posts from 2012

i love you dad!

Image
Banyak perkara yang berlaku pada tahun ini, 2012 yang sepatutnya menjadi pembawa kepada perubahan dunia dan pengakhiran zaman telah meletakkan gelarannya dengan sewajarnya dimana terlalu pilu perjalanan pada tahun ini. Bermulanya tahun ini adalah dengan penuh rasa gembira seumpama bunga yang mekar seawal ketibaan hujan di padang yang gusar dengan kemarau yang lalu. Tetapi keindahan bunga tidak menjanjikan kegembiraan berpanjangan. Seumpama senyuman yang tidak boleh terukir indah di wajah seorang gadis buat selamanya. Perbuatan orang tidak mungkin kita dapat menduga dan pemergian orang yang tersayang tidak mungkin dapat diceritakan dengan penuh keindahan.   Aku kehilangan seorang yang hebat dalam hidupku, seorang sahabat, seorang yang mempermudahkan segala kepayahanku, seorang yang tidak pernah lupa akan keceriaan di dalam kehidupannya. Beliaulah yang membuatkan diriku ini dekat pada alam yang menjadi keindahan dunia ini. Ayah, bapak, papa, daddy dan abah- walau apa pun pan

jawapan diriku!

Image
Aku selalu berlagak pandai, seumpama tiada siapa didalam dunia ini yang boleh berfikir seagung fikiranku dan tiada masa di dunia ini yang tidak tercipta untuk diriku robekkan menjadi masa yang berjalan dengan penuh makna. Aku membayangkan diriku sebagai penyelamat dunia dimana segala jawapan untuk perbagai masalah dunia berada dalam lubuk fikiranku. Dan masanya kini dan aku akan menyinar sebaik sahaja sesuatu terjadi kepada diriku. Akulah jawapannya dunia… World Peace!! Disinilah keamanan dunia!!!! Hahahahahahx…. Sedihnya!   Diriku merupakan insan yang pemalas di dalam dunia. Aku keji disisi penciptaku dan aku lali dengan permainan kemewahan dunia. Tidak pernah ada seorang manusia yang mempunyai sebanyak mana peluang seumpama diriku yang telah membazirkan setiap detik yang dianugerahkan untuk memperbaiki kehidupan tetapi dipersiakan. Aku mampu menjadi sempurna dan berjalan dengan bangga bersama-sama jawapan ku. Malah aku boleh memerintah dunia dan senada suara. A

mimpi!

Jangan takut menduga mimpi kerana setiap mimpi itu merupakan ingatan yang belum pernah terjadi. Aku selalu bermimpi dan mimpi-mimpiku tidak pernah mengaibkan realiti. Percayalah kepada mimpi yang indah dan abadikanlah mimpi ngerimu sebagai suatu kutukan terhadap perkara yang keji. Tidak semua mimpi berzahirkan jalan yang permai dan tiada siapa didunia ini mungkin mentafsirkan mimpi kerana tiada makna dalam sebuah mimpi. Aku bermimpikan diri seorang ayah duduk bertongkat memberikan peringatan tentang bila peninggalan mu dan dimanakah terdapatnya peringatan. Akan tetapi itulah mimpi yang memejamkan mataku. Terbuka sudah mataku memandang cahaya dan tiada apa yang boleh aku perindahkan. Aku bermimpi diriku ini sakit dengan penuh kehinaan yang teramat kuat sehinggakan nafasku berbau bangkai dan nasiku telan menjadi ulat-ulat yang berdarahkan nanah. Tetapi peringatannya jelas seumpama memberi kenyataan penderitaan itu adalah hasil perbuatanku dan tiada siapa yang akan menyinari hari

coretanku 2012

Titah akal adalah pada kata, titah hati pada lakunya. Cerdik akal kerana fikirannya dan indah hati pada kelakuannya. Semua itu sepatutnya menjadi ikutan tetapi akhiran ini kata seribu dosa, ayat sepatah fitnah dan ilmu sejengkil lidah menjadi ikutan dan pendoman semua. Boleh dikatakan tiada yang mampu untuk melahirkan idea dengan penuh ketepatan dan tiada pulak yang mampu mencorak perubahan dengan berpandukan kepelbagaian. Inilah trend pada zaman ini, tika dunia menzahirkan hakikat ini adalah masa kecemerlangan sains dan ketamadunan moden. Saya bangun dan meluahkan ini adalah zaman kejahilan akal dan kedegilan hati. Sebanyak manakah kita telah merubah tamadun? Tidakkah dunia sedar hakikatnya luka makin berdarah… jika inilah zaman kebangkitan tamadun dan kemajuan maka kenapakah peperangan menjadi ikutan semasa…fikirkanlah bila sewaktunya dizaman dahulu sains jahil menjadi kepercayaan dan peperangan menjadi ikutan..  Ya! Kalau anda boleh meneka; ianya sejajar dengan zaman kegela

jiwa merdeka anak malaysia

Merdeka-merdeka-merdeka! Ntah bila ler kemerdekaan ini akan disambut dengan aman- terasa segalanya berubah apabila kebebasan telah disalah dengan ertikan. Pada mulanya aku pun berasa seperti tidak adil apabila ada sahaja yang  mempolitikkan kemerdekaan   ini akan tetapi apabila tiada siapa pun bangun mengatakan hal ini adalah salah maka tersemat sudah hakikinya negara ku ini bakal menjadi medan politik manusia semata. Cuba bayangkan bukan sahaja tiada satu logo yang menarik minat  malah slogan juga menjadi terbelah kepada beberapa kepercayaan propaganda politik. Sudah-sudahlah membelah masyarakat; tidakkah kamu semua malu memperjuangkan   perpecahan. Tidakkah pernah kamu melihat bahawa tiada apa yang lebih baik daripada memperbaiki diri sendiri. Memang semua orang melalui buaian nafsu dan penipuan. Tidak pernah  sesiapa dapat lari dari dugaan kehidupan didunia ini tetapi jika kita hendak membogelkan semua kutukan manusia; seribu tahun pun tidak mencukupi untuk kita menghakimi