jawapan diriku!

Aku selalu berlagak pandai, seumpama tiada siapa didalam dunia ini yang boleh berfikir seagung fikiranku dan tiada masa di dunia ini yang tidak tercipta untuk diriku robekkan menjadi masa yang berjalan dengan penuh makna. Aku membayangkan diriku sebagai penyelamat dunia dimana segala jawapan untuk perbagai masalah dunia berada dalam lubuk fikiranku. Dan masanya kini dan aku akan menyinar sebaik sahaja sesuatu terjadi kepada diriku.

Akulah jawapannya dunia… World Peace!! Disinilah keamanan dunia!!!! Hahahahahahx….

Sedihnya!  Diriku merupakan insan yang pemalas di dalam dunia. Aku keji disisi penciptaku dan aku lali dengan permainan kemewahan dunia. Tidak pernah ada seorang manusia yang mempunyai sebanyak mana peluang seumpama diriku yang telah membazirkan setiap detik yang dianugerahkan untuk memperbaiki kehidupan tetapi dipersiakan.

Aku mampu menjadi sempurna dan berjalan dengan bangga bersama-sama jawapan ku. Malah aku boleh memerintah dunia dan senada suara.

Aku ini cacat akalnya. Fikiranku tidak pernah lupa untuk berfikir dan aku sendiri tidak pernah tahu kepada siapa aku berfikir dan bagaimanakah diriku ini untuk melupakan bayangan nyata terhadap dunia yang tidak pernah berubah didepan mataku. Aku tidak pernah bermalasan tetapi malas itu menjadi-jadi untuk diriku lari dari tanggungjawab yang boleh mengubah bukan sahaja segala erti tetapi memberikan perubahan yang tidak berhenti.

Mungkin aku paranoid terhadap realiti dan aku menafikan kedewasaan diriku ini. Jangan salahkan diriku yang membesar berbicara kepada sebatang pohon yang memberikan mu ketenangan. Ingatilah permintaanmu terhadap alam dan sejauh mana janji-janjimu telah merubah siapakah engkau keseluruhannya.

Tidak ada siapa diantara yang membaca selain dirimu faham akan semua ini, sebab itulah aku mengatakan diriku sungguh sempurna dan jawapannya dilubuk diriku jua.

Jika engkau mahu bangun, jangan lupa malam akan menjelma dan tidurmu tetap akan dibayangi kegelapan. Engkaulah insan yang dilahirkan dengan perjanjian yang tidak akan diingati mu kerana aku adalah dirimu yang tidak pernah muncul dalam kehidupan yang sempurna. 

Jawapannya adalah dirimu!

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku