Posts

Showing posts from June, 2018

UMNO : LEGASI MELAYU

Adakah BN masih wujud kini? Pada pilihanraya ke-13, kita melihat dua komponen parti MIC dan MCA telah mula hilang pengaruhnya kepada masyarakat dan sewaktu pilihanraya 14, kedua- dua parti ini tidak berdaya memberikan impak yang kuat kepada UMNO untuk meneruskan legasi BN memerintah negara. Kini BN perlu mencari iltizam baru kerana kepincangan yang berlaku dalam UMNO tidak boleh memacu fokus yang kuat dalam perjuangan BN. Kekalahan yang berlaku merupakan tindak balas rakyat terhadap ketirisan dan pembaziran yang telah dilakukan oleh pengemudi utama BN pada ketika itu iaitu Najib Razak. Najib Razak yang merupakan Perdana Menteri telah mengambil pendekatan untuk menggunakan pengaruh dan kekuatan legasi UMNO sebagai tunjang berkempen pada pilihan raya tersebut. Kekalahan yang diperolehi telah membuktikan bahawa konsep berhutang budi kepada perjuangan BN terhadap Kemerdekaan dan pembangunan negara tidak berjaya meraih perhatian umum. Kelemahan BN bukannya pada satu parti sahaj