Posts

Showing posts from January, 2011

Coretan Politik Pagi

Image
Kebangkitan semula ataupun kelahiran semula sesuatu dasar mahupun sesuatu prinsip haruslah diberikan penekanan kerana ia merupakan teras pembentukan nilai masyarakat yang menjadi bahan terhadap pandangan dunia kepada Negara. Dasar yang ingin dikupas adalah berkaitan dengan konsep 1 Malaysia dan juga pandangan mengenai pengaruh politik dalam dasar itu sendiri. Pembentukan konsep yang memperjuangkan dasar penyatuan rakyat di bawah satu nada dan satu prinsipal yang menegaskan bahawa kecintaan terhadap tanah air itu adalah penting dan perlu dipelihara adalah sesuatu niat yang murni. Akan tetapi penerapan ini bila dizahirkan dalam satu bentuk dasar perlulah diperhatikan kebijaksanaannya kerana dasar seperti ini boleh mengundang ketidakadilan dalam pencoretannya. Cuba perhatikan masyarakat kini yang sudah mula mengadaptasikan slogan 1Malaysia-kebanyakan ahli masyarakat bergerak dan berkelakuan berlandaskan kepada prinsip yang terkandung dalam konteks yang telah digariskan oleh dasar terseb

Pendoman Kehidupan Songsang

Image
Ungkapan yang disebut telah pun membiak di bibik telinga dan bersenda loka di naluri hati. Aku ingin menafikan bahawa bingkisan hatiku tidak pernah berminat akan tetapi nafsu ini tidak pernah mengenal erti salah bahkan ianya memuncak untuk mengenali sesuatu yang baru dan terlarang. Mengorak langkah tanpa kusedari sinarnya dari pancaran yang salah. Aku telah terjebak dan lebih dari itu aku telah menjadi mangsa terhadap keseronokan jiwa. Usia tika muda masih belum mengerti istilah kejam ini. Aku tetap berkelana seperti biasa seolah-olah apa yang berlaku merupakan adalah dosa kecil bak mencuri sebiji jambu di halaman orang. Terus menerus semuanya berlaku, disebalik senyuman dan aktiviti kecilku perkara sebegini terjadi. Mungkin ini akan berakhir sesudah ilmu datang membuktikan perkara yang terjadi adalah salah di sisi Illahi. Salahku disedari tapi langkahku amat berat sekali. Cermin diri mula memaparkan segalanya yang terjadi dan pada masa inilah lurah hati mula bernanah kembali.

masih lagi cuba mengingati

Image
Mungkin kata tidak berguna, atau fikiran menjadi janggal tetapi yang pasti adalah sesuatu itu tidak perlu akan perubahan jika ianya milik individu. Penceritaan kita mungkin tidak sama dan tahap melihat kedalam ilmu juga berjauhan, janganlah kita menjadi kelam dan berfikiran semuanya perlu menurut kehendak dan permintaan semasa. Aku menulis dan mencipta bukannya untuk mengatakan bahawa benar itu sahih mahupun mengatakan suaraku sudah lantang untuk didengari. Seperti asalnya, hakikat penulisan ini adalah untuk pedomanku dan pemilihan kata ini adalah untuk jiwa ini agar ianya tegar memahami apa yang ingat diketahui. Molek sungguh kalau ada jiwa yang menghayati tetapi sungguh salah jika ianya berdambarkan perubahan. Jangan bersalah sangka dan merajuk jiwa, bukannya hati ini berbatu putih untuk menerima teguran tetapi fahamilah bahawa akal ini bukan milik semua dan kebenaran yang terlalu umum itu bukanlah kehendak jiwa. Melampau dan tidak masuk akal jika difikirkan bicara ini adalah untuk j

percubaan untuk mencari cinta abadi

Image
Pada suatu hari, aku berjalan dan berjalan mencari sebuah hati untuk dicintai. Aku tidak mengerti bagaimana untuk memikat jiwa dikala ramai insan yang hidup disekitarku. Perlukah ku mendekati dan memperkenalkan diri ataupun aku hanya menunggu untuk seseorang berkata terhadap diriku? Aku begitu keliru dan dengan itu aku pun cuba untuk tidak menarik perhatian ramai dengan berpura-pura sebagai seseorang yang hidupnya sudah cukup masalah untuk dihayati. Aku kemudiannya meneroka alam siber, dunia yang ku rasa bebas untuk menjadi diriku sendiri, dunia dimana aku menjadi berani untuk mendekati jiwa-jiwa yang harmoni denganku. Kebebasan inilah yang ku nanti selama nie; aku pun berkenalan dengan beberapa watak dari website yang ku minati. Hari dikira, saat terindah dinanti-hari bertemunya iaitu insan yang berjaya mengamit kata dengan penuh bermaknaterhadap diriku di dalam alam siber akhirnya tiba. Mulanya aku kurang yakin kerana aksinya kurang memberikan gambaran bahawa cintaku berbalas akan