masih lagi cuba mengingati

Mungkin kata tidak berguna, atau fikiran menjadi janggal tetapi yang pasti adalah sesuatu itu tidak perlu akan perubahan jika ianya milik individu. Penceritaan kita mungkin tidak sama dan tahap melihat kedalam ilmu juga berjauhan, janganlah kita menjadi kelam dan berfikiran semuanya perlu menurut kehendak dan permintaan semasa. Aku menulis dan mencipta bukannya untuk mengatakan bahawa benar itu sahih mahupun mengatakan suaraku sudah lantang untuk didengari. Seperti asalnya, hakikat penulisan ini adalah untuk pedomanku dan pemilihan kata ini adalah untuk jiwa ini agar ianya tegar memahami apa yang ingat diketahui. Molek sungguh kalau ada jiwa yang menghayati tetapi sungguh salah jika ianya berdambarkan perubahan. Jangan bersalah sangka dan merajuk jiwa, bukannya hati ini berbatu putih untuk menerima teguran tetapi fahamilah bahawa akal ini bukan milik semua dan kebenaran yang terlalu umum itu bukanlah kehendak jiwa. Melampau dan tidak masuk akal jika difikirkan bicara ini adalah untuk jiwa-jiwa yang kasar, ini bukanlah bacaan untuk kesukaan dan bukannya bacaan untuk penilaian. Ini adalah bahan yang tercipta dari insan yang masih mentah dan masih lagi belum cukup mencari hakiki dalam realiti. Aku menyeru kepada akal-akal yang hendak mentafsir sesuatu, janganlah mentafsirnya berlandaskan kesukaan. Kerana kesukaan kita itulah yang selalu mengkhayalkan.

Kita tahu akan kesukaran, kita tahu akan keseronokan dan kita juga sedia maklum terhadap perjuangan dan apa yang kita sering hilang adalah keupayaan untuk melihat lebih dari apa yang ternyata. Sukar dan payah bukannya alasan untuk kita memudahkan segalanya, ia merupakan langkah untuk kita berusaha dengan lebih gigih dan gitu lagi. Dan aku bukannya memilih untuk menjadikannya sebegini rupa tanpa sebab. Aku terlalu faham kehendak semua, oleh itu aku memilih cara yang paling kurang sesuai untuk menyampaikan kerana aku pasti jika ianya mudah maka lebih senang untuknya alpa. Aku mahukan sesuatu yang dihayati itu padu, aku mahukan insan yang mahu mengerti itu jujur dan tidak berada disini kerana atas sebab yang lain. Ingat ilmu itu memang menarik tetapi ianya tidak pernah terbatas maka janganlah kita membatasi peluang untuk menerokanya hanya disebabkan ianya berbeza. Akal kita tidak sama malah semuanya tentang kita teramat berbeza akan tetapi tahukah semuanya bahawa kita masih bisa menyatu dan bersuarakan hasrat serta keinginan yang serupa. Jangan alpa kerana kerap hari ini ramai yang leka, leka akan perkara yang terjadi, gagal dalam mengerti kemana arah tuju kita. Bacalah dari mula, semua ini saling berkait dan saling bersangkut. Aku telah menerangkannya dari awal, oleh yang demikian janganlah perlu diriku kerap berpesan pada yang malas untuk berfikiran!

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku