Pendoman Kehidupan Songsang



Ungkapan yang disebut telah pun membiak di bibik telinga dan bersenda loka di naluri hati. Aku ingin menafikan bahawa bingkisan hatiku tidak pernah berminat akan tetapi nafsu ini tidak pernah mengenal erti salah bahkan ianya memuncak untuk mengenali sesuatu yang baru dan terlarang. Mengorak langkah tanpa kusedari sinarnya dari pancaran yang salah. Aku telah terjebak dan lebih dari itu aku telah menjadi mangsa terhadap keseronokan jiwa. Usia tika muda masih belum mengerti istilah kejam ini. Aku tetap berkelana seperti biasa seolah-olah apa yang berlaku merupakan adalah dosa kecil bak mencuri sebiji jambu di halaman orang. Terus menerus semuanya berlaku, disebalik senyuman dan aktiviti kecilku perkara sebegini terjadi. Mungkin ini akan berakhir sesudah ilmu datang membuktikan perkara yang terjadi adalah salah di sisi Illahi.

Salahku disedari tapi langkahku amat berat sekali. Cermin diri mula memaparkan segalanya yang terjadi dan pada masa inilah lurah hati mula bernanah kembali. Kusedari apa yang terungkap pada masa silam merupakan satu pendoman hakiki yang aku terpaksa hidup sepanjang perjalanan ini. Aku mula mengasingkan diri dari keindahan hidup dan pergaulan ku dihadkan kerana aku sedar betapa kotornya diriku ini. Kesedaranku membawa kepada anjakan diri yang baru, kepada azam yang jitu iaitu menjadi insan biasa dan tiada lagi hawa nafsu yang luka. Perkara pertama yang harus dilakukan ialah menjauhkan masa silam dengan masa hadapan. Membuang segala yang menjadikan nadiku kotor, membuang hampir keseluruhan keseronokan dan keistimewaan yang ku miliki kerana aku sedar kalau diri ini tetap berpaut pada penzahiran silam maka tiada perubahan yang bakal menjelang. Azamku tercapai dan lebih baik dari segalanya yang aku pernah impikan. Cuma ada satu kehilangan, ada satu kekosongan iaitu mencari erti kasih yang memberi kepuasan kepada diri ini. Hatiku telah berubah batu semasa aku gagal membaca kata-kata MU.

Kegagalanku bukan disebabkan oleh nafsu mahupun persekitaranku tetapi kegagalan ini disebabkan oleh naluri manusia yang telah tertulis akan sentiasa cetek dari segalanya. Penafianku tidak berguna kala akal dan hatiku masih lagi bersuarakan kehendak yang sama. Aku mencari kepuasan dijiwa tetapi aku masih lagi kecundang di bumi yang nyata. Aku sedar akan malapetaka yang menimpa dan aku begitu arif terhadap surah-surah yang mengandungi segalanya. Anehnya naluri manusia bila disoal tahu sahaja jawapannya, tahu sahaja dalih untuk tidak melihat akan kebenarannya. Ada sebab mengapa sesuatu itu terlarang dan aku tahu sebabnya. Aku hidup didalam dunia si pemusnah yang hanya berkehendak hawa nafsu semata. Kepuasan tidak pernah menjelma, hanya keindahan dan kecantikan yang menjadi pencarian di mata. Akal mereka begitu leka, hati mereka begitu alpa dan jiwanya sentiasa disulami helah disebabkan kehendak nyata adalah larangan dunia.

Larangan dunia penuh dengan bukti yang utuh dan keseimbangan alam perlu menjadi alasan yang kukuh. Jangan sesekali meminta diterima kerana diriNya tidak pernah menjadikan kita sebegitu rupa. Ingatilah bahawa manusia jauh berbeza dengan hiawan dan sejarah hanyalah nukilan lama yang ingin membuktikan tetapi kita tetap manusia yang hidup sezaman, manusia yang tahu membezakan. Oleh yang demikian pintaku hanya satu pendamkan segala impian, jauhilah kehidupan yang memusnahkan dan ciptalah keindahan jika yang dilafazkan itu adalah kebenaran nescaya Tuhan itu Maha Mencintai, diriNya bisa memahami kehendak diri individu yang janggal itu di kemudian hari.

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku