Posts

Showing posts from August, 2012

jiwa merdeka anak malaysia

Merdeka-merdeka-merdeka! Ntah bila ler kemerdekaan ini akan disambut dengan aman- terasa segalanya berubah apabila kebebasan telah disalah dengan ertikan. Pada mulanya aku pun berasa seperti tidak adil apabila ada sahaja yang  mempolitikkan kemerdekaan   ini akan tetapi apabila tiada siapa pun bangun mengatakan hal ini adalah salah maka tersemat sudah hakikinya negara ku ini bakal menjadi medan politik manusia semata. Cuba bayangkan bukan sahaja tiada satu logo yang menarik minat  malah slogan juga menjadi terbelah kepada beberapa kepercayaan propaganda politik. Sudah-sudahlah membelah masyarakat; tidakkah kamu semua malu memperjuangkan   perpecahan. Tidakkah pernah kamu melihat bahawa tiada apa yang lebih baik daripada memperbaiki diri sendiri. Memang semua orang melalui buaian nafsu dan penipuan. Tidak pernah  sesiapa dapat lari dari dugaan kehidupan didunia ini tetapi jika kita hendak membogelkan semua kutukan manusia; seribu tahun pun tidak mencukupi untuk kita menghakimi

syok sendiri!

Image
Aku ingin bercinta; hahahx! Bro… relax ini bukanlah statement berani mati dan terdesak cuma semenjak jadi dewasa ini ramai jea orang yang mencari cinta. Tak boleh blah ar kalau dulu cinta pun aku tak tahu maknanya.   Bayangkanlah dulu makan-tidur atas pokok jea, lepak pun dalam longkang sekarang dah jadi agak berlagak bila lepak pun kat mall. Haish bila ler gua nak serius dalam bercinta nie. Whatever bro- chill out dulu kot- lagipun dah ada jea yg menanti! Tapi sampai bila plak kan—haish! Anyway bercakap tentang pokok dan longkang, gua tak boleh blah melihat jenis cinta yang terpapar di hadapan mata. Kalau dulu ada seorang mamat nie sound gua untuk jauhi family dia takut tercemar ar kononnya tapi kini tanpa aku sendiri terlibat pun memang tercemar. Bahahahx! Memang jahat ar aku gelak dalam hati tapi kesian pun ada gak sebab dah jadi macam tu. Bukannya gua tak boleh terima si lelaki jadi gay tapi hakikatnya bila si perempuan pun berkepit dengan pengkid buatkan gua rasa mcm bersalah

Yuna nampak Hantu Mak Bijan!

Image
Pada suatu malam yang dingin, berdekatan sekolah usang dipinggir kampung yakni kawasan yang agak terpencil dan jauh dari bandar serta gelap-gelita (yang part lain bayangkan sendiri jea la yea!). kedengaran suara jeritan kuat seorang wanita dari jauh! Wanita misteri : ARGHHHHHHHHHHHHHHH! TOLONG MAK!!! NYAH! ADA HANTU!!! Rupanya ada seorang lelaki separuh wanita ternampak hantu di pinggir kampung berdekatan sekolah usang. Pada keesokkan paginya, dua org mamat kampung pun lepak ar at kedai kopi sambil bermain dam serta berlagak macho. Mamat Aris : hey guys! Semalam punya best gua dok tgk konsert Yuna online tertiba ternampak Miss Yuna kampong kita, si Yusuf tu terlari dengan skirt pendek dia—kemudian pengsan la plak depan rumah gua. Lepas panggil Tok Mat datang, ludah dua tiga-kali, mamat tu pun terjaga-dia cakap dia nampak hantu Mak Bijan yang dok kat atas bukit tu. Member dia pun buat terkejut lantas berkata. Mamat Arus : dude, bukannya ko tak tahu Miss Yuna k

2013 :Politik Khayalan

Dipagi yang indah ini, ku duduk sendiri- berfikir tentang “what next?”= ayahku sering bertanya soalan ini kepadaku. Di sebalik sudut fikiranku terlintas satu memori dimana ternyata tidak ramai yang memperkatakannya. Mungkin kerna sekarang bukanlah masanya untuk mengemukakan persoalan tentang masa hadapan tetapi mungkinkah kita sering kali terlalu alpa dengan kemewahan. Persoalan yang bermain difikiranku adalah wujudkah 2013 bagi kita semua? Bukan persoalan akhir zaman tetapi ini lebih kepada hakiki politik Malaysia pada masa kini. Siapakah bakal menguasai arena politik ciptaan Barat yang berlandaskan kebebasan rakyat.? Apakah yang bakal terjadi sekiranya Sipulan U menang- ataupun Sipulan P menjadi juara tika dunia masih dibayangi penjajahan minda? Melihat kepada sejarah negara, tidak semua sedar bahawa polimik yang berlaku sekarang merupakan titik permulaan kepada satu bentuk revolusi yang baru. Tidak pernah dalam sejarah negara-sejak selepas kemerdekaan, kekuatan perjuangan