syok sendiri!

Aku ingin bercinta; hahahx! Bro… relax ini bukanlah statement berani mati dan terdesak cuma semenjak jadi dewasa ini ramai jea orang yang mencari cinta. Tak boleh blah ar kalau dulu cinta pun aku tak tahu maknanya.  Bayangkanlah dulu makan-tidur atas pokok jea, lepak pun dalam longkang sekarang dah jadi agak berlagak bila lepak pun kat mall. Haish bila ler gua nak serius dalam bercinta nie. Whatever bro- chill out dulu kot- lagipun dah ada jea yg menanti! Tapi sampai bila plak kan—haish! Anyway bercakap tentang pokok dan longkang, gua tak boleh blah melihat jenis cinta yang terpapar di hadapan mata. Kalau dulu ada seorang mamat nie sound gua untuk jauhi family dia takut tercemar ar kononnya tapi kini tanpa aku sendiri terlibat pun memang tercemar. Bahahahx! Memang jahat ar aku gelak dalam hati tapi kesian pun ada gak sebab dah jadi macam tu. Bukannya gua tak boleh terima si lelaki jadi gay tapi hakikatnya bila si perempuan pun berkepit dengan pengkid buatkan gua rasa mcm bersalah jea. Haish itu ler dulu kata lagi gua bawa bau busuk la, ada niat jahat ler macam-macam jea. Mak gua selalu cakap lately- Tuhan bayar cash! Well tengokkan keadaan sekarang-memang cash pun dia bayar. Biarlah kat diaorang asalkan diaorang still bahagia bersama. By the way gua pun ada mess up banyak jugak. Lebih kurang jea so memang patut pun dulu kena halau dan maki-hamun. Hahahx- bayangkan kalau semua tu tak berlaku memang tahap legend ar jenayah gua nie!
Tersentuh plak pasal halau dan maki-hamun, gua teringat plak waktu kerja membersih kereta tolak meniaga sayur dan buat kerja membersih laman orang. Giler doh bila ingat balik dulu pernah gua bersihkan kereta tolak orang meniaga untuk rm2-rm5 dan pernah gaduh sehingga menangis sebab uncle tu tak nak bayar lepas gua penat buat kerja. Damn betul rasa kat uncle tu tapi dia baik ar-kerja memain jea pun tapi dia still nak bayar gua—happy jea tengok anak-anak dia dah besar dan jadi baik orangnya. Uncle tu pun dah tiada lagi. Hurm. Even aunty yang selalu bayar gua untuk bersihkan laman dia pun dah tiada, baik giler aunty tu-dapat duit dan makan cookies dia yang sedap giler. Lepas dia bercerai, entah kemana ler aunty yang baik dan cantik giler tu pergi. Arghhhh tak boleh blah betul, aunty yang baik mcm tu pun ada orang nak ceraikan. Tragik kot waktu gua tahu, tapi memang dah tahu pun dari riak wajah aunty tu tiap-taip hari. Wah bagus gak waktu kecik-kecik gua dah peka dengan semua nie.damn! tapi bebudak sekarang nie ada ke yang masih buat benda-benda mcm nie-rasanya kalau ada pun mesti kat area kampung-kampung.
Sebenarnya tak payah ler cari sangat makna kehidupan dan apa itu cinta, lihat jea sekeliling dan ini sudah cukup untuk member bahagia. (tertiba masuk balik topik nie-doh) Bagi gua, saat paling best dan tak boleh blah adalah bila gua duduki exam untuk paper add math SPM… itulah pengalaman yang memang gua rasa saat paling down yang Tuhan perindahkan dengan perkara yang tersaat kecik dan kesannya sehingga kini. Banyak gak saat ketika yang memberikan bahagia seperti bau pepohon kat tempat parking kereta di UUM—perghhhhh; gua cakap lu hanya disitu sahaja ada bau yang mcm tu. Damn! Dah tak boleh dah bau pepohon tu pepagi waktu dia berbunga. Kalau kat maktab yang paling best adalah saat buat tai chi dan terasa angin menolak badan ditengah-tengah puncak bukit-giler doh rasa macam master kungfu! Cis terlalu banyak ar benda yang indah dalam dunia nie- fikirkan jea dah buat gua tersenyum sesorang. Manisnya! I’m in love with myself arghhh!       

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku