Posts

Showing posts from 2019

Kisah Remaja - Remaja S (siri 2)

Kisah ini menceritakan tentang penghijrahan Salman ke kota raya.  Setelah mendengar berita tentang kematian Siti (rujuk siri pertama cerita ini),  Salman berhasrat untuk meneruskan cita-cita sebagai usahawan burger yang berjaya.  Dengan ini Salman berhijrah ke kota raya bagi mempelajari perkembangan semasa dunia perniagaan.  Salman berkawan dengan seorang lagi orang kampung tersebut yang bernama Shah.  Shah dan Salman bersama-sama tiba di kota dan kini mereka menyewa rumah bersama.  Shah telah lebih awal mendapat pekerjaan sebagai kerani di salah satu syarikat swasta di bandar ini.  Salman dijangka akan mula beroperasi perniagaan burgernya dalam bulan pertama setelah berpindah ke kota. Setelah sebulan maka perniagaan Salman pun berjaya.  Shah dan Salman merupakan kawan yang baik.  Tetapi semua itu berubah apabila Salman sudah mula beroperasi untuk bulan yang pertama.  Shah mula bermalasan untuk membayar sewa rumah dan terpaksa Salman untuk menjelaskan sewa rumah.  Salman yang baru tib

Ketua..Ohhh Ketua!!

Lets face it. In today world, working with the wrong people can make us demotivated to work hard. People can channel positive environment to the overall aspect of your works. Tapi walaupun kita ada team yg bagus, ketua memainkan peranan penting. Ketua haruslah seorang yang faham bidang tugas, tahu pembahagian tanggungjawab dan bersedia menerima individu-individu yang membina persekitaran kerja yg harmoni. Jika kita mempunyai bos yang boleh melihat kepada kepelbagaian dan menilai aspek kerja berdasarkan kualiti dan keberkesanaan  kerja, itu adalah seorang ketua yang perlu kita hormati. Kalau pula kita ada ketua yang bersifat pecah belah, memberi tekanan kepada hal yang tidak sepatutnya, melihat kepada ketrampilan dan self-image mengatasi kualiti kerja, menilai aspek perbualan orang luar mengatasi prestasi semasa dan yang lebih teruk adalah membenarkan yang salah dan mendiamkan yang berguna. Maka rasanya ketua itu bukanlah mudah untuk diterima. Sebagai seorang yang bergelar ketua, kes

Pendidikan Malaysia : Impian Seorang Penjawat Awam

Pendidikan. Sesuatu yg dekat pada hati saya. Pernah seketika dahulu, pendidikan merupakan isu yang saya rasa hanya perlu difahami dari segi pencapaian dan kualiti ilmu. Tapi sejak dewasa ini, pendidikan merupakan aspek penting yang perlu dilihat utk diperkukuhkan. Kebanyakan isu yang berlaku dan dibincangkan dalam komuniti masyarakat kini adalah hasil daripada kualiti ilmu dan nilai pendidikan yg telah mereka zahirkan. Isu flat earth, vaksin dan doula cthnya merupakan aspek kepada pendidikan. Tunjang perbalahan bukan pada siapa betul ataupun salah. Perbalahan berlaku disebabkan faktor siapa faham ataupun tidak. Ini terjadi apabila ilmu yang dimiliki adalah tidak berlandaskan kepada satu prinsip keterimaan yang sama. Logikal akan membawa dimensi dan perspektif yang berbeza dan hanya mereka yang memahami nilai ilmu, kefahaman dan pencambahan pengetahuan bisa membezakan antara keterimaan umum dan fakta naratif logikal akal. Harus kita faham inilah pendidikan. Asasnya penting dan harus te