Posts

Showing posts from September, 2015

Merah Jua Darah Melayu Ku

Menjelang 16 September-kearah pembentukan Malaysia marilah kita mengimbas kembali 4 sifat Melayu yang tercatit dalam sejarah rakyat/ masyarakat Melayu. 1)       Mahsuri -  Berlaku di sebuah pulau di kawasan pmerintahan kesultanan Melayu Kedah ( Langkawi ). Kisah bagaimana seorang perempuan yang telah pun bersuami difitnah dan dibunuh oleh penduduk kampong dan akhirnya sumpahannya menjadi keramat yang menghukum keturunan dan segala penduduk yang terlibat. ·          Fitnah , bukan perkara baru dalam hidup orang Melayu dan itulah makanan racun yang merosakkan bukan hanya masyarakat, tetapi seluruh ketamadunan Melayu tetapi kita kini lebih suka melayari bahtera fitnah daripada menunggu kepada cahaya kebenaran. Terjadi kepada Mahsuri, di ceritakan sejak berzaman dahulu tetapi dimana kita sekarang ini… masih lagi berfitnah dan tuduh menuduh… 2) Puteri Gunung Ledang - Berlaku semasa zaman kemuncak kegemilangan empayar Kesultanan Melaka. Puteri Jawa yang mempunyai intelek dan k