Posts

Showing posts from 2011

cerita cintaku!

Image
Sudah lama kita tidak bercerita. Bukannya cerita itu sudah tiada tetapi kerana selama kita tidak bersua maka cerita itu diam membisu seribu duka. Banyak cerita yang boleh diungkapkan dan banyak cerita yang boleh dileraikan tetapi cerita tentang bicara hati tetap menjadi nukilan zaman. Cerita tentang kasih tercinta dan pendoman hidup sering kali menjadi warna terindah hakiki alam. Ceritaku mengenai kekasih hati tidak mungkin menjadi wadah cemburu insan si pembaca. Cerita ini mengenai sahabat dan rakan yang bercinta tanpa mengenal rupa dan suara. Cerita cinta yang terbentuk di alam maya berkongsi cerita dan madah luka. Sahabat dan rakan tidak pernah menyangka hati berdua sering terpaut kerana persahabatan itu indah terperi tanpa cacat cela. Kata bicara sering memahami, erti nasihat sering menyeri dan senyuman indah mengungkap di hati. Ini cerita indah, cerita tentang permulaan cinta yang mengubah wajah mereka. Cerita ini tidak akan berakhir dengan luka kerana terbedah hati meliha

kecewa diriku kecewa

Image
Menarik tentang diri ini adalah kasih sayang yang diberikan oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana Dia tidak pernah alpa kepada diri ini. Dia mengetahui segalanya, mampu memberi limpah kasih yang teramat banyak malah tidak pernah mengecewakan diri ini tetapi lembah hati seorang insan ini tidak pernah tahu erti puas dan tidak pernah mampu. Aku pernah dikasihi oleh seorang insan yang teramat suci, dia adalah yang terbaik dalam hidupku. Tetapi bagai duri yang menemani bunga, bagai cahaya yang tidak bermakna tanpa kegelapan; kami terpisah. Bukan diatas takdir, tetapi kerana kehendak permintaan yang merungkai hati supaya nada nyawa didahulukan. Aku punah, aku musnah dan yang lebih penting aku bahagia. Aku berjaya menyulam akal dengan ilmu, aku berjaya berkata-kata dengan makna bahkan aku mampu membinasakan garisan kepada lukisan. Aku lengkap dengan segala kemahuan dunia, aku sempurna di mata rakan, aku warisan kepada keluarga dan aku adalah tunjang kepada diriku. Seeloknya aku tidak le

matinya akal bila bernyawa nafsu

Image
Sejujurnya aku telah banyak membaca cacatan sejarah, dan bukannya mudah untuk memahami gambaran sebenar tentang apa yang berlaku. Sejarah bukannya kisah kecil dan terpencil dimana ia patut dibahagi-bahagikan. Sejarah bukannya cacatan diari setiap individu yang hidup merentasi zaman. Dan sejarah bukannya satu garis panduan untuk memacu perubahan. Sejarah adalah rujukan kejadian yang sepatutnya menjadi tulang belakang kearah kehidupan yang lebih memberi keamanan. Dan dalam lipatan sejarah semua yang terjadi mempunyai sebab dan alasan yang munasabah. Alasan itu mungkin lapuk dan mungkin bercanggah tetapi ianya patut dihormati kerana diatas alasan itu kita mampu membaca sejarah seperti mana yang kita lakukan kini. Ramai yang lupa; tidak pernah sesiapa pun dalam dunia ini berjaya mengubah sejarah tetapi mereka hanya mampu hidup dalam ratapan sejarah. Apa yang berlaku pada masa silam tidak mampu diubah malah tidak patut menjadi satu dendam yang akan mengakibatkan kita asyik melupakan diri,

bencinya hidup ini! MANISNYA HIDUP INI!

Image
Pernahkah anda terjaga dari tidur anda dan terfikir adakah ini kehidupan yang aku mahukan dalam hidupku? Adakah aku perlu menjadi insan seperti ini dan membuat keputusan sedemikian bagi membentuk siapa aku? Tidak pernah kita hidup dengan tanggapan bahawa kita adalah kita yang mampu untuk mengubah segala. Kita hidup dengan aturan dan juga dengan andaian bahawa apa yang penting adalah kehidupan kita. Sejauh mana gunung kita langkah sedalam mana lautan kita renangi kita masih lagi berjaya mewarnakan kehidupan. Bukan ini yang patut kita bincangkan tetapi kita patut cuba merungkai erti kehidupan. Apa yang anda mahukan di dalam kehidupan ini? Saya mahukan sahabat yang mampu untuk memberikan ketenangan kepada jiwa dan memahami hati naluri diri supaya segala permasalahan dapat di atasi dengan mudah. Saya memiliki sahabat itu dan saya bangga denganya. Bagaimana pula anda? Apakah makna kehidupan anda? Mencapai cita-cita yang telah dicipta sejak dahulu lagi. Kini saya telah berjaya mencapai cita

suratan perpisahan

Image
Aku bukannya insan yang gemar menceritakan kisah hidupku terhadap insan lain dan tidak pernah pula aku ingin tahu akan arah tujumu jikalau engkau hanya mampu untuk hadir seketika didalam mimpiku. Aku tahu erti hidup ini penuh dengan lurah dan resah yang bisa memedihkan luka tetapi aku juga sedar disebalik tragedi yang menimpa ada hikmah yang bertahan untuk kesejahteraan bersama. Aku tidak menginginkan perhatianmu bahkan aku tidak pernah merayu untuk diberikan perhatian; aku hanya mahu engkau tahu bahawa hidupku ini bakal berakhir dan permulaan ini adalah singkat sama sekali. Aku tidak mahu hidupmu leka dangan ceritaku sahaja; segala lakuku adalah demi kamu, insan yang tidak pernah aku kenali selamanya akan tapi aku bisa mengorbankan segalanya untuk dirimu. Aku mengerti saat kita bertemu dan bermesra; segala yang pasti itu akan berakhir tika masalah menjelma. Aku hadir untuk memberikan ketenangan dan apabila engkau sudah dewasa maka aku perlu mengundurkan diri kerana hidupku bukan lagi

Suaka Keadilan

Image
Kumpulan minda telah mula bergerak menghampiri sasaran dimana ketepatan hasrat telah mula bersatu. Apabila direncanakan perancangan untuk memperbetulkan keadaan maka semuanya itu telah dipersetuju. Tetapi dimanakah silapnya dan dimanakah kekurangannya apabila yang dinyata tidak pula diendah dan yang dipertutur tidak pula diperlaku. Ini madah yang sama; ini suara yang serupa dan mungkin ini juga merupakan penulisan yang meloyakan minda. Apa berbeza kini adalah dimana ianya menjadi tonggak kepada perbincangan kita. Merungkai kepada hak dan tanggungjawab dan merungkai kepada keadilan dan perjuangan. Rungkaian ini mungkin tidak boleh diurai dan tidak gemar untuk diselesai kerana ia merupakan langkah yang kurang bernas kearah penyatuan tujuan. Maka dengan ini satu bentuk dokma baru perlu diwujudkan bagi membawa dimensi fokus yang lebih jelas supaya keadilan sentiasa disalah ertikan dan hak pula menjadi cabang untuk dicantas. Berpandukan keadilan semuanya bermula; keadilan dimana yang berha

undianku jangan disalah erti

Image
Seketika masa berlalu; entah kemana hasrat ingin dituju. Jangan dianggap pelawaan ini undangan kosong dan jangan pula dijawab dengan nadi hati palsu. Yang pergi bukannya badut jenaka, dan yang datang bukannya adik siti nurhaliza tetapi hakiki kini semuanya mahu bercanda; semuanya bermain dengan indah kata-kata. Kita melihat hakiki dunia-suatu ketika kita berdagang-amalan kita zaman berzaman. Dagangan besar lumrah kehidupan tetapi apa terjadi bila dagangan kita diperdagangkan. Rakyat hidup penuh berbeza seperti beruk mendapat bunga. Hanya indah dimata tapi dihati penuh berduri, semuanya jelas apabila yang dimiliki bukan untuk kegunaan peribadi. Semua harta perlu dikongsi, semua milik utk dijual beli dan terpautlah sudah janji keramat-tergadai tanah untuk yg menjajah. Kata Hang Tuah “melayu tak punah di bumi melayu” ertinya mendalam bukan hanya pada hakiki jumlah. Pahlawan melayu memahami atau tidak tetapi katanya penuh hikmah-melayu tetap melayu-segan bersatu tapi selalu begitu! Kita