Suaka Keadilan


Kumpulan minda telah mula bergerak menghampiri sasaran dimana ketepatan hasrat telah mula bersatu. Apabila direncanakan perancangan untuk memperbetulkan keadaan maka semuanya itu telah dipersetuju. Tetapi dimanakah silapnya dan dimanakah kekurangannya apabila yang dinyata tidak pula diendah dan yang dipertutur tidak pula diperlaku. Ini madah yang sama; ini suara yang serupa dan mungkin ini juga merupakan penulisan yang meloyakan minda. Apa berbeza kini adalah dimana ianya menjadi tonggak kepada perbincangan kita. Merungkai kepada hak dan tanggungjawab dan merungkai kepada keadilan dan perjuangan. Rungkaian ini mungkin tidak boleh diurai dan tidak gemar untuk diselesai kerana ia merupakan langkah yang kurang bernas kearah penyatuan tujuan. Maka dengan ini satu bentuk dokma baru perlu diwujudkan bagi membawa dimensi fokus yang lebih jelas supaya keadilan sentiasa disalah ertikan dan hak pula menjadi cabang untuk dicantas. Berpandukan keadilan semuanya bermula; keadilan dimana yang berhak patut dihormati dan harus diberikan haknya. Haknya telah diterima akan tetapi kepuasan untuk membuktikan hak itu masih lagi bernoda dijiwa. Diperjuangkannya satu bentuk identiti baru—satu bentuk perjuangan yang akan membawa perubahan yang mutlak. Kepada yang bosan dan kepada yang membenci inilah nikmat perubahan yang mahu disuarakan dan kepada yang leka inilah jalan keluar kea rah sesuatu yang lebih memberi makna. Sesungguhnya kepada yang sentiasa tahu ; inilah satu lagi layar lakon yang membawa makna yang sama dan jika salah lakunya maka rosaklah segalanya. Keadilan itu tidak wujud dan tidak pernah akan kekal kerana keadilan itu hanyalah diminda insan yang bersalah. Mereka mahukan keadilan kerana mereka tidak mahu akan hukuman. Dan kepada yang tidak berdosa pula bukanlah keadilan yang mereka cari tetapi keterbukaan hati untuk dinilai suaka hak mereka dan juga keterbukaan mereka untuk memaafkan perbuatan. Persoalannya bukan ini perjuangan keadilan sekarang- hasrat dihati ingin mengubah segala yang telah memberi erti; membawa erti kata baru kepada pembaharuan dan melakukannya dengan penuh keadilan. Keadilan yang tidak pernah puas kerana hampir segalanya serba kekurangan. Lihat sahaja lagak tuannya pasti kita dapat melihat bahawa seperti citanya itulah juga lakunya. Pokok tidak mungkin bergoyang jika tiada angin yang bertiup tetapi kini hakikatnya bukan angin dipersalahkan tetapi manusia yang pandai untuk mentafsirkannya.

Pentafsiran itu sungguh mudah. Apa yang diperlukan adalah akal dan juga kata-kata yang menyakinkan. Dalam sejarah seribu pentafsiran mampu dibuat dan seribu penipuan mampu dicipta tetapi sejarah tidak mungkin dapat membentuk apa yang terjadi kini. Apa yang melekakan akal? Apa yang sering kita lihat berbeza tetapi kerap kali tidak diendahkan? Itulah yang menghantui kita; sejenak kita tidak pernah sedar bahawa semua yang dijanji dan semua yang patut diberi sememangnya sudah diperolehi. Kita tidak berhak untuk menuntut demi perjuangan nenek moyang kita kerana perjuaangan kita berbeza. Kita tidak berhak memperkatakan tentang tuntutan dan juga kepandaian kita kerana mungkin semuanya yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya. Jika kita mempunyai semangat kenegaraan yang tinggi; kita tidak mungkin melihat Negara ini musnah sebelum kita merencana untuk membangunkannya. Kita tidak mungkin akan cuba menjatuhkan asas kenegaraaan demi untuk membuktikan perjuangan kita itu benar semata. Kita tidak mungkin mampu untuk menyemai bibik-bibik kebencian sesama sendiri hanya untuk memperjuangankan penyatuan dimasa hadapan. Kita sendiri tidak pernah adil terhadap diri sendiri maka tidak perlulah kita memperkatakan tentang keadilan terhadap duniawi. Mengakulah kesilapan sendiri; maafilah insan dihati dan berjuanglah dengan penuh keinsafan didalam diri!

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku