undianku jangan disalah erti

Seketika masa berlalu; entah kemana hasrat ingin dituju. Jangan dianggap pelawaan ini undangan kosong dan jangan pula dijawab dengan nadi hati palsu. Yang pergi bukannya badut jenaka, dan yang datang bukannya adik siti nurhaliza tetapi hakiki kini semuanya mahu bercanda; semuanya bermain dengan indah kata-kata. Kita melihat hakiki dunia-suatu ketika kita berdagang-amalan kita zaman berzaman. Dagangan besar lumrah kehidupan tetapi apa terjadi bila dagangan kita diperdagangkan. Rakyat hidup penuh berbeza seperti beruk mendapat bunga. Hanya indah dimata tapi dihati penuh berduri, semuanya jelas apabila yang dimiliki bukan untuk kegunaan peribadi. Semua harta perlu dikongsi, semua milik utk dijual beli dan terpautlah sudah janji keramat-tergadai tanah untuk yg menjajah. Kata Hang Tuah “melayu tak punah di bumi melayu” ertinya mendalam bukan hanya pada hakiki jumlah. Pahlawan melayu memahami atau tidak tetapi katanya penuh hikmah-melayu tetap melayu-segan bersatu tapi selalu begitu! Kita bukannya bangsa pendatang-kita bukannya dilahirkan gemilang bahkan perlu diingatkan kita agak dibelakang! Jangan gundah-jangan risau kerana kita maju dimata melayu! Tiada apa yang berbeza dunia dahulu dengan sekarang. Apa yang terjadi sungguh mencerminkan bangsa kita yang cemerlang. Indah khabar dari rupa-indah bahasa dari lakunya. Tidak pernah terlewat untuk kita ingat akan siapa kita. Tidak pernah tersesat untuk kita tahu akan siapa musuh kita. Bukannya untuk menyemai benci mahupun untuk mengolah tradisi tetapi apa yang dihati perlulah didengari. Inilah kita! Sahut cabaran ini wahai kita sekalian-hapuskan noda-noda keinginan, basmi segala perbezaan dan menyatu dibawah panji Ke-Esaan! Ini bukanlah panggilan hijau dan bukannya biru yang melemaskan! Ini tidak bersangkut dengan roket di angkasa mahupun lelaki dua serupa tetapi siapa sebenarnya kita di mata dunia? Adakah bangsa yang penuh celaka? Yang dikeji sesama serupa kerana yang busuk semuanya sekali-jangan terlupa pepatah melayu berkata kerana nila setitik rosaklah susu sebelanga.

Akan tetapi tiada siapa yang ingin membaca; tiada siapa yang ingin mendahului kata dengan tindakan yang berbeza. Semuanya kerana ini bukanlah akademi fantasia mahupun ini bukanlah seindah imam muda! Ini hanya penulisan remaja yang hanya tahu berbahasa dalam erti kata pujangga dimana indahnya tidak mahupun fahamnya pun tidak. Kelakar sungguh setiap rangkai kata yang terpapar-seperti lawak setiap raja yang berjenaka-tetapi ini semua tidak selicik tarian sehati berdansa kerana semuanya bercerai entah kemana. Bukannya hati tidak leka dengan tom tom bak tetapi hati terpaut dengan mentor serta karyawan tempatan. Sungguh pandai mereka berkarya kerana hanya jauhari mengenal menikam. Disinilah kita alpa-apa yang kita rasa indah tersangatlah jauh bezanya. Bakat ada tetapi rasa itu hilang. Rasa ada tetapi bakatnya ibarat membakar api didalam kolam! Walaupun begitu ianya bukan satu kehilangan yang besar dan bukannya membawa erti perjuangan itu tiada. Semuanya masih jelas –semuanya seperti nyata—yang diperlukan sekarang adalah golongan seperti kita. Kita yang berbeza-kita yang tidak mudah leka dengan janji-janji keindahan! Jangan terpaut pada perjuangan silap yang tidak membuktikan nadi, terpautlah pada perjuangan yang telah memberikan erti! Jangan percaya kata-kata yang kerap menafi tetapi percayalah kepada hati rohani diri sendiri. Keputusan anda hak peribadi siapa yang disokong itu tanggung jawab sendiri. Ingatlah dalam erti bahawa semua ini bakal terhenti dan apabila itu terjadi pandai-pandailah jawab sendiri!


Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku