suratan perpisahan


Aku bukannya insan yang gemar menceritakan kisah hidupku terhadap insan lain dan tidak pernah pula aku ingin tahu akan arah tujumu jikalau engkau hanya mampu untuk hadir seketika didalam mimpiku. Aku tahu erti hidup ini penuh dengan lurah dan resah yang bisa memedihkan luka tetapi aku juga sedar disebalik tragedi yang menimpa ada hikmah yang bertahan untuk kesejahteraan bersama. Aku tidak menginginkan perhatianmu bahkan aku tidak pernah merayu untuk diberikan perhatian; aku hanya mahu engkau tahu bahawa hidupku ini bakal berakhir dan permulaan ini adalah singkat sama sekali. Aku tidak mahu hidupmu leka dangan ceritaku sahaja; segala lakuku adalah demi kamu, insan yang tidak pernah aku kenali selamanya akan tapi aku bisa mengorbankan segalanya untuk dirimu. Aku mengerti saat kita bertemu dan bermesra; segala yang pasti itu akan berakhir tika masalah menjelma. Aku hadir untuk memberikan ketenangan dan apabila engkau sudah dewasa maka aku perlu mengundurkan diri kerana hidupku bukan lagi milikmu. Aku tahu engkau tidak mengerti langkah dan bicaraku, kita tidak mungkin sama dalam pemikiran dan kita tidak mungkin dapat bersama selamanya.

Aku pasrah terhadap dirimu kerana aku cukup mengenalimu. Hidup ini penuh dengan cermin-cermin yang memberikan aku seribu bayangan tentang langkahku dan aku pilih untuk bersendirian kerana aku tahu bahawa engkau akan lebih maju tanpa aku disisi mu. Aku sememangnya akan sentiasa terluka biar pun aku begini tetapi ini adalah kepastian dimana luka aku tidak patut menjadi penghalang dalam memastikan bahawa aku telah memberikan yang terbaik buat dirimu. Kebahagiaan aku tidak bernilai jika aku tidak mahu melebihkan insan lain selain diriku sendiri. Aku tidak bisa kaya dengan harta dan aku tidak pernah cerdik dengan akal kerana aku tahu aku cukup sempurna sebagai manusia yang mampu untuk memberikan kebahagiaan kepada insan-insan lain. Aku tidak rasa aku patut membuktikan kepada dunia siapa diriku sebenarnya kerana dunia ini penuh dengan manusia yang lebih hebat daripadaku dan aku tidak sesekali terasa tercabar dengan mereka. Aku hanya sekerdil bintang di langit yang mampu menyinar tetapi tidak mampu untuk berkata-kata. Aku pasti apa yang terjadi kini adalah satu nikmat yang tidak pernah akan berulang lagi. Aku berjaya melihat angkasa dan menyatakan bahawa aku puas dengan limpahan kurnia yang aku miliki kini. Aku sanggup untuk melepaskan segalanya yang telah aku miliki; semata-mata untuk menikmati apa yang insan biasa miliki.

Engkau tidak perlu hadir sentiasa; engkau tidak perlu yakin dan engkau tidak perlu akan diriku kerana aku adalah milikmu. Aku hanya lakukan yang terbaik untuk dirimu tanpa perlu engkau lakukan apa pun. Segala yang terjadi diantara kita tidak mungkin merugikan sesama sendiri bahkan aku percaya engkau telah menjadi insan yang berjaya walaupun kita tidak pernah bersua seperti dulu. Aku tahu dan aku mahu segalanya tidak berubah. Aku tidak pernah kecewa tetapi aku hanya mampu bersedih diatas segala fitnah yang berlaku. Disebalik semua itu hanya aku sahaja yang mengerti makna sebenar apa yang terjadi. Aku tidak peduli asalkan orang yang memberikan kebahagiaan terhadapmu mampu untuk membuat dirimu tersenyum. Aku hadir hanya seketika kerana aku tidak mampu untuk hadir selamanya. Hanya harapanku terhadapmu adalah satu--- jangan engkau fikirkan diriku ini sebagai insan yang mementingkan diri kerana diriku tidak pernah lebih bernilai lebih daripada dirimu!

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku