Posts

Showing posts from February, 2011

~kisah remaja-remaja S~

Image
Ini adalah kisah percutian yang akan menggamit jiwa yang memahami sejauh mana makna kehidupan itu mampu bersemi di hati naluri seorang insan. Ini adalah kisah percutian Suria--- Suria ialah seroang gadis pendiam yang suka berseorangan dan tidak pernah mempunyai masalah dengan rakan-rakan disekitarnya. Jika ditanya kepada rakannya mengenai Suria, kebanyakan mereka akan berkata : Rakan A : “Suria!--- dia ok jea. Pemalu kot-suka lepak sorang-sorang. Mcm pelik pun ada!” Rakan B : “oh minah yg dok kat belakang kelas tu ke? Nama dia Suria? Tak tahu plak-apa hal ko nak tahu tentang dia! Aku tak kenal ar dia-sorry ar!” Itulah pendapat rakan-rakannya mengenai Suria. Tetapi bukan ini yang akan menjadi bahan penceritaan pada hari ini. Pada musim cuti yang lepas (cuti akhir tahun bulan disember!) Suria membuat keputusan untuk pulang ke kampung. Hasrat Suria adalah untuk menjadi insan yang baru dan meneroka identiti yang lebih ceria dan periang. Dengan keyakinan dan matlamat untuk berubah S

SEKS-KEBEBASAN DAN KEPUASAN

Image
“aku masih ingin bercinta”! terdetik hati seorang wanita untuk mencari pasangan dalam kehidupan ini. Aturan langkah sudah dilakukan, segala kelengkapan untuk memperdagangkan tubuh bagi menarik mata sang jejaka sudah pun direncana. Pakaian yang singkat, tawa yang mengoda sehinggalah tutur langkah yang penuh berahi. Semua ini telah pun dirancang, seakan-akan cinta itu perlu untuk kehidupan yang lebih baik. Penjenamaan semula diri si wanita telah berjaya, sang jejaka mula mendekati dan cuba untuk mengenali. Pada mulanya semuanya seolah-olah apungan dalam alam yang penuh dengan kegembiraan. Masa makin berlalu, cinta mula berputik dan kasih mula terlerai kepada sentuhan-sentuhan yang penuh dengan kenikmatan. Nadi seorang wanita berdetik kegembiraan apabila perhatian yang diberikan sang jejaka penuh dengan rasa kasih dan setia. Kenikmatan yang mereka miliki kini telah pun melonjak kepada keintiman yang mendalam. Bermula dengan lafaz kata-kata yang penuh bernafsu dan beralih kepada sentuh

Di mata lelaki-erti cintA

Image
Ini satu kisah yang menyedihkan hati-membuatkan kita berfikir sejauh mana kita betul-betul jujur dengan diri sendiri dan jujur dalam mencari erti cinta. Kisah yang terjadi diantara si jejaka ,si wanita dan si gadis. Jejaka ini mengatakan dirinya pasrah terhadap dugaan cinta dan tidak mungkin dapat bercinta lagi kerana dia sudah tidak percaya akan makna cinta. Cinta itu hanya membawa kepada penderitaan dan juga duka yang dalam. Dengan itu dia pun mulakan langkahnya dengan mencari hiburan dan teman untuk berhibur semata. Dalam pencariannya ditemui satu insan yang mempercayai cinta dan yakin akan cinta itu mampu berputik dan malah bagi insan ini, cinta itu tidak pernah mendukakan cuma penuh dengan dugaan semata! Mereka bertemu dan serasi bersama bak kata pepatah bagai pinang dibelah dua. Tetapi apabila si wanita ini cuba untuk bertanyakan tentang status perhubungan mereka maka dengan penuh keyakinan dan tanpa rasa bersalah si jejaka menjawab “cinta itu bukannya milik kita dan saya tidak

DIALAH PEREMPUAN BERKUASA

Image
Ada seorang perempuan mahu berkuasa di dunia tetapi dasarnya ia adalah seorang perempuan maka kelakuannya perlulah sebagai seorang perempuan. Perempuan ini tidak pernah menjadikan nadi jantungnya sebagai halangan malah itulah yang memberikan dorongan untuknya menggalak dalam kelakuannya. Dasar perempuan untuk berkuasa ialah seorang lelaki perlu dikemudi untuk menuju kearah yang lebih menyenangkan. Godaan dan juga pujukan menjadi tunjang untuknya mengorak langkah. Jangan terpedaya kerana perempuan ini bukannya jahat lakunya cuma dia sanggup untuk melakukan kejahatan bagi melihat impiannya tercapai. Perempuan berkuasa itulah matlamatnya cuma masyarakat tidak pernah mahu melihat impian ini menjadi realiti. Lelaki pada mulanya digunakan kini telah di tinggalkan untuk seorang lelaki yang mampu memberikan perbezaan dalam kehidupannya. Lelaki yang telah dinikahi perlu melepaskan perempuan ini kerana padanya impian untuk menguasai dunia tidak mungkin tercapai jika dia tidak mengorak langkah