Di mata lelaki-erti cintA

Ini satu kisah yang menyedihkan hati-membuatkan kita berfikir sejauh mana kita betul-betul jujur dengan diri sendiri dan jujur dalam mencari erti cinta. Kisah yang terjadi diantara si jejaka ,si wanita dan si gadis. Jejaka ini mengatakan dirinya pasrah terhadap dugaan cinta dan tidak mungkin dapat bercinta lagi kerana dia sudah tidak percaya akan makna cinta. Cinta itu hanya membawa kepada penderitaan dan juga duka yang dalam. Dengan itu dia pun mulakan langkahnya dengan mencari hiburan dan teman untuk berhibur semata. Dalam pencariannya ditemui satu insan yang mempercayai cinta dan yakin akan cinta itu mampu berputik dan malah bagi insan ini, cinta itu tidak pernah mendukakan cuma penuh dengan dugaan semata! Mereka bertemu dan serasi bersama bak kata pepatah bagai pinang dibelah dua. Tetapi apabila si wanita ini cuba untuk bertanyakan tentang status perhubungan mereka maka dengan penuh keyakinan dan tanpa rasa bersalah si jejaka menjawab “cinta itu bukannya milik kita dan saya tidak mempercayai cinta cukuplah kita hanya berkawan”. Si wanita tahu perasaan itu susah untuk dipaksa. Maka si wanita pun mula mengorakkan langkah mencari dan cuba untuk melupakan jejaka yang tidak percaya akan cinta itu. Akan tetapi jejaka itu kerap menganggu dan selalu melafazkan kata rindu yang tidak pernah lupus! Si wanita berpendapat bahawa mungkin ada cinta dihatinya bagiku cuma aku perlu berusaha untuk menyedarkannya akan kenyataan ini! Maka si wanita itu pun berusaha dengan gigihnya sehinggalah dia berasa semua itu sia-sia. Pengorbanannya tidak dipeduli dan dia berasa seperti hanya dipergunakan sahaja. Si jejaka itu seorang yang penyayang dan teramat baik cuma tidak pernah mencintainya! Dengan itu si wanita mengundur diri dari berusaha dan membiarkan semuanya seperti biasa. Si wanita membiarkan si jejaka sedar kalau dirinya dirindui dan diingini selalu maka itulah cinta dan si jejaka hendaklah sedar hal ini dengan sendirinya. Masa berlalu dan hubungan mereka seperti biasa. Kata rindu dan ungkapan mesra masih dilafazkan jejaka tersebut.

Si wanita membiarkan sahaja kerana tahu si jejaka hanya bermain kata dan tidak akan mengatakan dirinya telah pun dibuai cinta.

Pada suatu ketika-si wanita merasakan sesuatu telah berubah pada diri si jejaka. Kurangnya message kerinduan, kurangnya permintaan untuk ketemu mengundang persoalan mungkinkah si jejaka telah sedar bahawa inilah erti sebenar persahabatan. Si wanita pun tidak mempedulikannya dan bergerak dengan kebebasannya yang tersendiri. Secara tiba-tiba si jejaka bertanya khabar dan mengajak untuk bertemu, si wanita tahu bahawa semua ini masih lagi serupa dan tiada yang berubah. Tetapi sejauh manakah itu benar-benar terjadi, dengan nada seorang sahabat yang cuma ingin mengetahui, si wanita bertanyakan khabar dan juga dengan nada berjenaka bertanya adakah sudah ada yang bertahta di hati si jejaka. Si jejaka menjawab dia sudah menjumpai cinta! Cinta? Cinta yang tidak pernah dipercayakan dulu, cinta yang dikatakan punah dan hanya membawa kepada penderitaan. Si wanita terpesona dan ingin mengetahui berapa lamakah perasaan cinta ini telah mula menguasai diri si jejaka. Si jejaka berkata cinta ini berputik sejak sebulan yang lalu. Si gadis ini muncul dalam kehidupannya dan dia terus rasa gembira dan ingin bercinta. Si wanita dalam hatinya berkata “sebulan? Dalam sebulan dia boleh merasai cinta sedangkan hampir setahun dia dan aku bersama—segala luahan dam masalahnya aku mengerti dan dengan tiba-tiba dia cintakan si gadis ini!”

Si wanita hanya mampu menarik nafas dan berkata mungkin jodohku bukan dengan orang yang tidak sedar akan perasaannya sendiri. Setelah diteliti maka sedarlah si wanita bahawa si gadis yang dicintai adalah lebih cantik dan menawan dari dirinya sendiri. Si jejaka hanya mengejar rupa dan bukannya hati serta perasaan! Patutlah dirinya selalu dilukai kerana cinta yang terzahir di luaran sahaja tidak mampu bertahan selama cinta yang mekar didalam jiwa! Si wanita hanya berharap si jejaka sedar akan tindakannya dan agar si gadis tahu sejauh mana kebenaran cinta si jejaka. Dengan nada kesyukuran dan dengan perasaan gembira si wanita berkata kepada si jejaka “hey you got a GF already-please take care of her and stop coming to me. Pity your Gf,please!”.

Pengajaran dari kisah in adalah lelaki memang mengejar rupa dalam percintaan. Percayalah!

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku