Posts

Showing posts from 2016

Berlabuh Pergi 2016, Bahtera bermula 2017

Melabuh tirainya pergi 2016, duka lara dan sandiwara dunia berakhir sekali lagi dengan pengiraan hari satu putaran lengkap mengelilingi matahari. Suatu ketika dahulu, sejarah manusia menitik beratkan matahari sebagai ikutan, pegangan dan kepercayaan. Semua itu berlalu tetapi masa tetap ditentukan dengan matahari; kepercayaan yang dicipta oleh yang mencipta. Begitu juga pengakhiran 2016, sejarah memperlihatkan betapa mudahnya kepercayaan yang dicipta berubah oleh mereka yang mencipta. Bersegi, bukannya bulat. Dramatis, bukannya seni. Tersungkur, bukannya dikejar. Sesuatu yang kita semua terlepas pandang ; bermula dengan kejatuhan ekonomi dunia; bermula dengan suapan rasuah; bermula dengan pengkhianatan bangsa. 3 perkara yang perlu diketengahkan untuk difahami pada penghujung 2016. Bersegi, bukannya bulat. Itulah sepatutnya diterima oleh semua bila melihat kepada pergerakan ringgit dan komoditi entiti ekonomi seperti minyak, gas dan sawit. Kita tidak boleh menyangkal prestasi ke

Pelaburan Dunia

Tika masa sedang rancak beredar dan semasa zaman berganti zaman, ramai yang sedang melaburkan diri untuk berada pada kedudukan yang lebih tinggi dari orang lain. Sekarang ini sedang trending skim-skim pelaburan yang memberikan pulangan yang baik dari segi masa, wang, kebaikan dan jugak politik. Ada yang memilih untuk melabur wang. ASB, ZEnith, TH, FELCRA , 1MDB dan sepertinya rancak bergerak serta malar segar dalam ingatan seperti mimpi - mimpi indah untuk setiap insan yang punyai kemampuan. Semuanya berlandaskan cita-cita dan impian yang sama - mewujudkan keuntungan bagi yang merelakan harta dan wang dilaburkan untuk sekubis rezeki. Ada yang mengatakan anda salah bila berada di landasan kiri dan ada yang menjerit bising bila anda mula membelok ke kanan. Landasan pelaburan mungkin bercabang dan ada yang bernilai emas mengatasi berlian, tetapi setiap yang menguntungkan pasti akan kerugian. Inilah hakikat wang, hakikat dunia persempadanan yang direka oleh manusia, tiada kesudaha

Najib In Vein

Who is Najib Razak? Cover TIME Magazine punya tajuk kot untuk tahun hadapan. Let’s be serious. It’s not about who he is but rather who he will be remembered as. Bapak Transformasi. Kalau saya ditanya apakah sumbangan terbesar yang dilakukan oleh Najib Razak sebagai Perdana Menteri ke-6 Malaysia, jawapan saya adalah….. Semasa era Najib, banyak polimik – banyak kerenah – banyak ragam. Tapi dalam banyak kekalutan ini, kita mula menyaksikan kebangkitan usahawan Melayu, kita mula melihat rakyat bersatu untuk pembangunan sosial seperti kos sara hidup serta kemudahan asas dan buat pertama kali nya UMNO berdepan dengan bayang kegelapannya dan terpaksa merungkai masalah untuk membina penjenamaan baru. Sesetengah rakyat Malaysia ingin tidur dan lupakan zaman Najib; terlalu banyak korupsi ataupun penipuan, terlalu banyak noktah hitam dalam sejarah – kematian dan peperangan. Saya memilih untuk berjaga dan membuka mata. Najib bangun dan berkata transformasi; dia mahukan per

20 Sikap Perempuan yang Annoying

Secara peribadi, ini adalah 20 sikap perempuan yang “annoying” bagi aku…   Lambat/lewat (actually untuk lelaki pun kalau lewat aku rasa annoying) Very judgemental – sikap suka bandingkan sesuatu Terlalu malu Gelak ketawa yang nyaring Terlalu banyak memakai warna neon.. Berambut panjang Narrow minded Suara terlalu halus Pemalas tapi tak nak mengaku Terlalu family oriented Everything is about married (mindset) Tak tahu beza antara jenaka dan perkara yang double meaning  Terlalu mesra/peramah Tak tahu diam Expect lelaki untuk jadi matang Terlalu matang Berbau ( terlalu wangi pun masalah gak) Phone freak! Mudah mempercayai apa-apa Tak suka makan!  Ini adalah hanya pandangan peribadi dan mungkin ini boleh berubah mengikut tahap penerimaan dan kematangan saya sendiri! At the need of the day, don’t put a label on someone cause people can change so do you!