Pelaburan Dunia

Tika masa sedang rancak beredar dan semasa zaman berganti zaman, ramai yang sedang melaburkan diri untuk berada pada kedudukan yang lebih tinggi dari orang lain.

Sekarang ini sedang trending skim-skim pelaburan yang memberikan pulangan yang baik dari segi masa, wang, kebaikan dan jugak politik.

Ada yang memilih untuk melabur wang. ASB, ZEnith, TH, FELCRA , 1MDB dan sepertinya rancak bergerak serta malar segar dalam ingatan seperti mimpi - mimpi indah untuk setiap insan yang punyai kemampuan. Semuanya berlandaskan cita-cita dan impian yang sama - mewujudkan keuntungan bagi yang merelakan harta dan wang dilaburkan untuk sekubis rezeki. Ada yang mengatakan anda salah bila berada di landasan kiri dan ada yang menjerit bising bila anda mula membelok ke kanan. Landasan pelaburan mungkin bercabang dan ada yang bernilai emas mengatasi berlian, tetapi setiap yang menguntungkan pasti akan kerugian. Inilah hakikat wang, hakikat dunia persempadanan yang direka oleh manusia, tiada kesudahan dan penuh cacat cela. Anda boleh menasihati saya, anda boleh memberi saya contoh tapi ingatlah anda sedang melabur dan jika anda tidak mahu kerugian - jangan bermimpi untuk menjadi seperti mereka yang rela rugi untuk sekumit kejayaan.

Ada yang memilih melabur masa. Lumrah manusia untuk merontai masa dalam setiap langkah. Lumrah manusia untuk melihat sejarah dan berpaksikan masa untuk berubah. Dan dengan masa kita berjanji untuk melaksana dan terlaksana. Pelaburan masa memerlukan lebih dari kesabaran, memerlukan jati diri dan keinginan kerana masa sangat durjana yakni sentiasa pergi tanpa perbatasan. Ada yang tidak mahu lupa, maka semua ditangkapnya dan ada yang tidak mahu mamah dibaluti usia maka ditegangkan rupanya untuk melabur pada masa. Yang pasti ramai masih tidak tahu pelaburan masa dan hanya tunggu untuk masa menunjukkan kesannya. Masa bukan nyata dan nyata bukannya ada untuk kita melihatnya maka melabur untuk masa adalah seperti menabur air pada matahari, menunggu detik ketika sinar itu terpadam supaya dapat dipegang.

Ada yang memilih melabur politik. Polemik masyarakat mewujudkan peluang untuk sesiapa sahaja yang mampu berkata - kata bangun bagi mewakili suara ketidak puasan hati dan itulah permulaan politik. Politik tidak wujud untuk keseragaman dan tidak pernah mahu terkesan kearah penerimaan dan penyatuan. Akan tetapi politik adalah modal perlaburan bangsa, negara dan agama. Ramai yang memilih politik sebagai sumber usaha dan medan perjuangan, demi siapa? Untuk kita kerana hasil politik adalah masyarakat yang beracuan dan berpaksikan kepercayaan sedangkan masyarakat itu unit entiti yang sudah wujud dalam acuan dan kepercayaan. Delima perlaburan politik adalah ilusi, yang nampak nyata tetapi jauh sumbang dari kebenaran. Sesiapa yang bermain dengan pelaburan politik tahu, suatu ketika kopi itu cuka dan darah itu madu ; sentiasa perlu ditelan tanpa diluah, sentiasa perlu dibalah tanpa dikesah. Sejauh mana untungnya politik tidak pernah dinikmati oleh sesiapa yang berada diluarnya, kerana hasil politik adalah dalaman dan untuk yang berdiri sedang yang duduk merangkak itulah dasar penggerak.

Ada yang memilih melabur kebaikan. Setelah semuanya nampak seperti sia-sia maka wujudlah pula kebaikan. Sejenak terfikir mungkin ini adalah pulangan yang menjanjikan keseimbangan dan keharmonian disebalik semua kecacatan yang dilontar dunia. Melabur pada kebaikan, tidak perlu diwartakan, tidak perlu diusahakan, tidak perlu diperjuangkan dan tidak seharusnya diceritakan. Sebaliknya sekarang ini semua badan kebaikan ada sejenis pewartaan, perlu diusahakan, sentiasa diperjuangkan dan semestinya diceritakan untuk penerimaan semua. Kebaikan yang berlaku kini tidak jelas untuk siapa dan tidak kurangnya sering berpaksikan kelompok, kumpulan dan kaum malah ada yang berpegang pada agama untuk bergerak. Sesiapa yang memberi lebih dari 10 akan bangun dan cakap merekalah pejuang kebaikan dan pelaburan mereka penuh dengan niat yang perlu diketengahkan. Jangan perlekeh kebaikan tetapi jangan jadikan kebaikan sumber pelaburan. Hakikatnya kebaikan adalah keperluan yang tidak perlu ditagih dan hendaklah sentiasa diusahakan dengan seikhlas dan semurah mana rezeki itu mendatang.

Melaburlah anda pada dunia akhir zaman ini kerana ketika inilah sahajalah nukilan pelaburan memainkan peranannya. Semasa pergerakan dunia ke pengakhirannya, pelaburan akan menjadi tunjang untuk semua berpegang, ianya adalah penggerak dan ianya konsep jati ciptaan manusia untuk mengawal apa yang sepatutnya menjadi usaha dan rezeki serta aturan alam. Anda mungkin terlalu leka untuk faham dan saya mungkin terlalu alpa untuk permudahkan bingkisan tetapi kita dalam kancah pergerakan untuk menuju ke zaman pelaburan yang kelak menjadi rencah dunia. Dan disitulah semuanya bermula bila tiada insan yang terlari dari memberi tanpa kepastian. Tika agama mengatakan amalan adalah pelaburan syurga dan Tuhan hanya menunggu jatuh bangunnya bangsa. Dan disinilah manusia mencipta tangan yang akan memusnahkan manusia! 

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku