Posts

Showing posts from March, 2015

Kemunculan Hudud adalah tuntutan Penyatuan Ummah!

Kenapa orang bukan Islam menentang Hudud..bukankah undang-undang itu untuk orang Islam sahaja dan mengapakah mereka perlu berlebih-lebih? Adakah benar Hudud hanya untuk orang Islam sahaja; dan jikalau begitu dimanakah ertinya mewujudkan sebuah Negara jika dalam perlaksanaan perundangan kita mempunyai pecah yang hakiki tentang hukuman dan sesetengah pihak akan melihat hal ini sebagai ketidak adilan. Cuba bayangkan.. hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah Islam adalah berbeza dengan pesalah bukan Islam…bukan sahaja cara hukuman tetapi kaedah keadilan dan perhakiman juga berbeza.. ini adalah ketidak seimbangan dari segi perlaksanaan perundangan…dan kemungkinan besar komuniti Islam tidak akan menjalinkan kerjasama dengan komuniti bukan islam disebabkan terdapat pecahan dalam perundangan.. Implikasi perlaksanaan undang-undang Hudud jika tidak dilakukan secara menyeluruh adalah perpecahan mengikut agama dan hal ini akan membawa dimensi baru terhadap kefahaman kehidupan beragama

GST : Tunjukkan bukti anda cintakan Negara!

Image
GST dan salah siapa? Sebenarnya untuk menyalahkan kerajaan dalam gagal merancang dalam memperbaiki sistem percukaian sebelum ini supaya perlaksanaan GST tidak dilaksanakan. Dan menghentikan niat untuk tidak melakukan GST adalah sesuatu yang diluar kemampuan. Negara mempunyai cita-cita dan kemajuan ekonomi kita adalah berdasarkan kemampuan Negara dalam mengolah sumber pendapatannya bagi menyokong dasar-dasar ekonomi yang dilaksanakannya. Dalam hal GST—ianya bukan 100% salah Kerajaan. Mahu mengatakan terdapat pembaziran yang dilakukan selepas beberapa tahun oleh kerajaan merupakan penyebab kepada terjadinya GST adalah seperti lagu bangau oh bangau! Malaysia yang ku sayangi! Sedarkah anda! Anda menentang segalanya! Anwar ditangkap—ramai diantara anda bangun dan menentang, Altantuya dibom-wow! Ada juga yang menentang.. Tun Abdullah berdiam diri pun ditentang, MH370 dan MH17 hilang jatuh turut menjadi tentangan anda… Malunya saya, seumpama peratusan rakyat Malaysi

hudud bukan sekadar hijab di kepala

Kita bercakap tentang hudud….. kita rasa itulah undang-undang yang mampu kita laksanakan tetapi kesempurnaan undang-undang itu telah tertulis cuma adakah kita benar-benar bersedia. Kenapa ada golongan sanggup membuat ugutan terhadap mereka yang menentang hudud dan menjatuh hukum kepada mereka yang bersalah dengan sepenuh kekejaman.. adakah itu tanda-tanda masyarakat yang bersedia untuk melaksanakan undang-undang yg ditulis dan di olah oleh Tuhannya sedangkan undang-undang yang dirungkai oleh nenek moyangnya masih lagi dia gagal untuk praktikkan sepenuhnya. Kita mungkin telah bersedia untuk melihat hudud sebagai undang-undang rasmi tetapi berbicara tentang kita-siapakah kita sebenarnya dalam konteks sekarang ini? Hudud itu sempurna dan kecacatannya adalah kita; jangan disebabkan kecacatan kita—hukum Tuhan ini akan dipandang hina dan dicaci sebagai satu bentuk penindasan. Dunia sudah cukup melihat Islam sebagai komuniti yang lemah kerana tidak berjaya bersatu hati, Dunia sudah mel