Posts

Showing posts from December, 2015

UMNO DI PENGHUJUNG REALITI

Image
Betul ke tanggapan umum sekarang nie yang mengatakan corak pemerintahan Barisan Nasional dan jugak UMNO secara umumnya makin mundur ke belakang dan menghampiri gaung sebelum jatuh berderai. Sebenarnya para sahabat dan pembaca yang setia, UMNO telah lama berada pada landasan ini dan kini yang menjadi nyata adalah apabila tiada lagi ruang dan peluang untuk mereka mengaburi mata masyarakat dengan permainan politik ini. Beberapa peristiwa lepas dari seawal kemunculan parti ini, drama politik dan kepincangan pemimpinnya menjadi wadah untuk semua tetapi kita tetap terpaksa akur dengan parti ini dengan alasan tiada lagi calon yang berkelayakan untuk memimpin. Dunia telah berubah dan aliran pemahaman juga turut berubah dan kini ternyata sudah pemimpin lama yang masih tegar berlegar dalam parti UMNO adalah tidak lagi relevant dan tidak mungkin dapat menggariskan kehendak masyarakat yang selari dengan tuntutan semasa. Saya sebagai pengundi dan juga sebagai rakyat Malaysia be