Posts

Showing posts from February, 2019

Pendidikan Malaysia : Impian Seorang Penjawat Awam

Pendidikan. Sesuatu yg dekat pada hati saya. Pernah seketika dahulu, pendidikan merupakan isu yang saya rasa hanya perlu difahami dari segi pencapaian dan kualiti ilmu. Tapi sejak dewasa ini, pendidikan merupakan aspek penting yang perlu dilihat utk diperkukuhkan. Kebanyakan isu yang berlaku dan dibincangkan dalam komuniti masyarakat kini adalah hasil daripada kualiti ilmu dan nilai pendidikan yg telah mereka zahirkan. Isu flat earth, vaksin dan doula cthnya merupakan aspek kepada pendidikan. Tunjang perbalahan bukan pada siapa betul ataupun salah. Perbalahan berlaku disebabkan faktor siapa faham ataupun tidak. Ini terjadi apabila ilmu yang dimiliki adalah tidak berlandaskan kepada satu prinsip keterimaan yang sama. Logikal akan membawa dimensi dan perspektif yang berbeza dan hanya mereka yang memahami nilai ilmu, kefahaman dan pencambahan pengetahuan bisa membezakan antara keterimaan umum dan fakta naratif logikal akal. Harus kita faham inilah pendidikan. Asasnya penting dan harus te