Posts

Showing posts from April, 2013

Aku Memangkah Tikus!

Image
Tikus, dimana sahaja disekitar ku, engkau penuh bersemangat. Mereka ini seakan-akan makhluk yang menjadikan ruangan rumah ini permainan tika kegelapan muncul dan bila manusia tidak lagi berbicara. Dahulunya aku hanya mendengar keluhan dan perbuatan mereka di bilik-bilik lain akan tetapi entah kenapa nasibku kini telah tiba untuk bersandiwara bersama si tikus yang sungguh licik dan nakal ini. Tikus, berlari-lari anda di dinding bilikku-dengan pantas dan dengan penuh ritma yang menyusahkan anak mataku untuk lelap disaat mimpi mahu menyandang tiba. Engkau sengaja bersenam untuk merimaskan mindaku supaya setiap suluhan ku itu merupakan detik masa untuk dirimu lari bersembunyi dari insan yang hampir gila ingin tahu siapakah dirimu yang berekor berlari-lari di malam hari. Tikus, jika dahulu larian mu menjadi buruan tidur ku, kini kenapa engkau bermusuhan dengan diriku. Adakah engkau kecewa aku menutup setiap lubang yang engkau gigih tebukkan di dinding pink ku ataupun engkau

Pilihan Raya ke13 bertemakan "PINK"----anda berani menghadapinya?

Image
Parlimen sudah dibubarkan dan kini janji-janji akan mula berkumandang dan rentak lagu untuk permainan minda rakyat akan dinyanyikan bersama-sama dengan segala kekuatan untuk menjamin satu persetujuan. Kita sudah terlalu dewasa untuk memahami bahawa segala keputusan yang bakal dijalurkan dari Pilihan Raya yang menjelang adalah satu garapan kearah Malaysia yang lebih utuh dan terjamin. Bukannya tiada salah Barisan Nasional dan tidaklah sempurna Pakatan Rakyat tetapi yang penting adalah rasa bertanggung jawab setiap yang mengambil keputusan untuk menjuarai pilihan raya kali ini. Pilihan Raya ke 13 mungkin tidaklah semudah dan seindah yang lalu dan ia bakal menjadi Pilihan Raya dimana seluruh masyarakat menjadi penentu utama dalam membuat keputusan maka jagalah perilaku hakiki kita. Dunia sudah terlalu hodoh dan masyarakat luar dah kian rosak dengan segala macam permasalahan dan kita sememang tidak mungkin akan tegar melarikan diri dari terserap dalam kumpulan yang sama; jadi kita