Pilihan Raya ke13 bertemakan "PINK"----anda berani menghadapinya?

  • Parlimen sudah dibubarkan dan kini janji-janji akan mula berkumandang dan rentak lagu untuk permainan minda rakyat akan dinyanyikan bersama-sama dengan segala kekuatan untuk menjamin satu persetujuan.
  • Kita sudah terlalu dewasa untuk memahami bahawa segala keputusan yang bakal dijalurkan dari Pilihan Raya yang menjelang adalah satu garapan kearah Malaysia yang lebih utuh dan terjamin.
  • Bukannya tiada salah Barisan Nasional dan tidaklah sempurna Pakatan Rakyat tetapi yang penting adalah rasa bertanggung jawab setiap yang mengambil keputusan untuk menjuarai pilihan raya kali ini.
  • Pilihan Raya ke 13 mungkin tidaklah semudah dan seindah yang lalu dan ia bakal menjadi Pilihan Raya dimana seluruh masyarakat menjadi penentu utama dalam membuat keputusan maka jagalah perilaku hakiki kita.
  • Dunia sudah terlalu hodoh dan masyarakat luar dah kian rosak dengan segala macam permasalahan dan kita sememang tidak mungkin akan tegar melarikan diri dari terserap dalam kumpulan yang sama; jadi kita hendaklah selalu berpesan diantara satu sama lain- walau apa yang berlaku jangan sesekali kita berdiri berpanjikan pegangan yang merosakkan masyarakat secara keseluruhannya.
  • Berdirilah kita selaras dengan Perlembagaan dan hidup ini lebih indah jika rasa hormat terhadap jati diri bangsa kita dihargai.
  • Pilihan Raya ke13 bakal menyaksikan sekumpulan minda dan watak baru bangkit berbicara dan firasat hati mengatakan terlalu banyak mutiara kata yang akan diperdagangkan untuk halwa minda dan hati- kita janganlah terpedaya semudah alkisah “anjing dan bayang-bayangnya!” kerana apa yang ditangan belum menjanjikan kejayaan dan yang diceritakan belum tentu kewujudannya.
  • Tidak perlu diulas mengenai kemungkinan topik besar yang akan diperkatakan sepanjang Pilihan Raya pada kali ini kerana apa pun topiknya; hakikat yang nyata- kita akan sentiasa disajikan dengan semua jenis fakta dan tiada yang dapat ditulenkan kesaksiannya!
  • Hanya satu pengulasan yang dapat direncanakan pada penulisan kali ini adalah-kemegahan wanita tidak mungkin tercalar dalam Pilihan Raya kali ini.
  • Kemungkinan besar kita bakal menyaksikan satu Pilihan Raya berwajah “PINK” kerana dalam diam wanita-wanita telah bangkit untuk menjadi perkasa utama kearah warna sebenar pilihan masyarakat ; dua dominasi kuasa yang terbesar adalah Wan Azizah dan Rosmah Mansor...entiti ini bakal menyumbang kepada hampir separuh topik panas sepanjang pilihan raya pada kali ini.
  • Limpahan topik mengenai kedua-dua inidividu diatas akan disokong pula dengan topik-topik yang berkaitan dengan kebebasan yang telah lama bersemadi dalam keinginan setiap rakyat Malaysia.
  • Inilah dokma asas Pilihan Raya ke13; kekalahan dan kemenangan daripada semua ini menjanjikan satu corak baru kearah pentadbiran negara.
  • Dan jangan alpa- kemungkinan kita untuk tidak berjaya untuk membentuk satu kerajaan yang idealis dengan penetapan teras moral masyarakat juga bakal terjadi.
  • Apa yang mungkin diperkatakan sekarang adalah tidak pernah dalam sejarah penulisan Malaysia terlalu banyak kemungkinan untuk dituliskan bagi merungkai sejauh mana kita sedang melangkah sekarang ini.
Malaysiaku; Bangsaku; Masyarakatku!
Sedarlah tidak diubah nasib dan ketentuan kita jika tiada usaha yang diterjemahkan kearah itu; semua orang boleh bercakap dan semua perancangan boleh dilakukan untuk menjanjikan syurga di atas bumi tapi hakikatnya tiada syurga yang lengkap jika manusia yang menciptanya! Renungkanlah dan semoga anda membuat keputusan yang penuh adil tanpa disulami kebencian dan dendam!...

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku