Aku Memangkah Tikus!

Tikus, dimana sahaja disekitar ku, engkau penuh bersemangat. Mereka ini seakan-akan makhluk yang menjadikan ruangan rumah ini permainan tika kegelapan muncul dan bila manusia tidak lagi berbicara. Dahulunya aku hanya mendengar keluhan dan perbuatan mereka di bilik-bilik lain akan tetapi entah kenapa nasibku kini telah tiba untuk bersandiwara bersama si tikus yang sungguh licik dan nakal ini.

Tikus, berlari-lari anda di dinding bilikku-dengan pantas dan dengan penuh ritma yang menyusahkan anak mataku untuk lelap disaat mimpi mahu menyandang tiba. Engkau sengaja bersenam untuk merimaskan mindaku supaya setiap suluhan ku itu merupakan detik masa untuk dirimu lari bersembunyi dari insan yang hampir gila ingin tahu siapakah dirimu yang berekor berlari-lari di malam hari.

Tikus, jika dahulu larian mu menjadi buruan tidur ku, kini kenapa engkau bermusuhan dengan diriku. Adakah engkau kecewa aku menutup setiap lubang yang engkau gigih tebukkan di dinding pink ku ataupun engkau kecewa kerana aku semburkan racun perosak disetiap landasan larian mu. Engkau sangat pandai mencari laluan baru untuk terus berlari dan menganggu tidurku. Tapi kini bila aku menyuluh, si berekor ini melemparkan plastik makanan ke arah aku. Plastik yang berisi makanan dilepaskan diatas kepalaku tanpa sebarang kesan gigitan yang menandakan engkau berniat untuk memakannya. Apakah engkau berniat untuk mencederakan aku, kenapa engkau bersungguh mencuri bungkusan makanan di bilik lain dan melepaskannya diatas kepalaku sedang aku tidur dengan nyenyaknya! Jangan membenci diriku kerana aku juga manusia!.

Tikus, cukuplah dengan balingan makanan kearahku! Kenapa engkau kian bertambah kejam..baru semalam engkau balas dendam terhadap diriku ini-tidak perlulah engkau meracun katilku dengan najismu itu dan tidak pula perlu engkau khayalkan tidurku dengan air kencingmu di bantal-bantal ku!.aku sungguh kecewa kepada dirimu yang setelah sekian lama kita wujud bersama, kini kita seakan-akan bermasalah berdua. Dimana kehidupan kita sebelum ini.. dimana dirimu yang hanya menggunakan ruangan peribadi ku untuk melintas sahaja dengan perlahan..kenapa perlu engkau zalim terhadap diriku ini...

Tikus, aku rayu padamu-hentikanlah perbuatan mu ini sesungguhnya aku mengakui kewujudan mu dan aku mengerti setiap laku mu, janganlah engkau berniat merosakkan aku kerana kelak engkau juga yang akan sengsara.

Tikus, aku cukup matang untuk mengerti dimana garisan penamat terhadap permainan mu. Kelak akan tiba masanya aku bangun dan membalas dendam untuk setiap larian, untuk setiap balingan plastik makanan dan untuk setiap butir najis yang kau taburi diatas katilku bersama-sama kencingmu—akan ku pendam semua ini dan saatnya pasti tiba untuk dirimu bersiap sedia seandainya aku membalas dendam!

Tikus, matilah engkau lepas ini tikus!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku