Posts

Showing posts from September, 2014

Surat Untuk Pendidik

Pada hari ini ramai yang berkata-kata tentang guru. Sebelum kita menunjuk jari kepada guru, adalah lebih baik kita bertanya pada guru apakah tugas guru sebenarnya. Guru melakukan banyak pekerjaan sebagai bidang tugasnya malah tidak keterlaluan mengatakan tugas guru merangkumi segala aspek yang terdapat di sekolah, dari segi pentadbiran,kewangan, disiplin, moral dan sebagainya. Itulah tugas guru dan kebanyakan guru tidak hanya berpegang kepada satu tanggungjawab. Yang menjadi laranya hati seorang guru adalah apabila bidang-bidang tugas tambahan ini bukanlah menjadi tiang ukur kehebatan guru itu. Akan tetapi ianya merupakan pencapaian murid; hebatnya murid adalah hebatnya guru. Disebalik itu ada juga guru yang hebat tetapi dikatakan biasa-biasa sahaja kerana muridnya biasa sahaja. Hebatnya sesebuah sekolah pun kerana muridnya..bukanlah guru-gurunya yang bertugas melakukan itu dan ini. Kerana apa ini semua terjadi kerana lumrah hakiki bidang tugas guru. Seorang guru tidak boleh m