Posts

Showing posts from January, 2013

PRU KE 13—KEMENANGAN DAN KEGAGALAN

Image
Semua penduduk Malaysia sedar akan kehadirannya dan menantikan detik dimana perjuangan untuk memastikan kemandiran hidup lestari dalam negara ini berjalan dengan penuh keamanan dan seimbang. Persoalannya adakah BN akan menjadi pilihan sekali lagi ataukah populariti idealisme pembangkang menjadi taruhan terbaru yang bakal mewarnai perjuangan negara ini? Jika BN mahu menang dalam pilihan raya untuk kali ini, banyak perubahan yang terpaksa dilakukan. Dasar “TRANSFORMASI” yang telah direncanakan dilihat sebagai satu bentuk retorik yang memperkatakan tentang perubahan yang digariskan sebagai “keperluan” tetapi ianya lebih kepada satu bentuk tarikan terhadap perhatian rakyat tentang apakah yang sedang dilakukan kerajaan. Para pemimpin BN perlu lebih telus dan teratur dalam merencanakan pembangunan dan pembentukan negara ini dimana segala perkara yang mengaitkan BN dengan delima-delima lama perlu dihapuskan. Satu cabaran terbesar BN adalah bukan membuktikan apa yang diperka

keluarga!

Keluarga! Ditelan mati emak; diluah mati ayah—eh betul ke begitu? Sebenarnya saya pun kurang pasti hakikat bila kita sudah berkeluarga cuma harapan saya pada yang telah berkeluarga itu berpeganglah kepada pencarian kasih sayang dalam kehidupan. Tak kiralah kasih sayang kepada apa bentuk sekali pun tetapi pastikan ianya suatu yang padu dan membentuk satu sifat yang harmoni untuk diterima masyarakat. Jangan jadi keluarga yang diluar norma penerimaan masyarakat. Seumpama keluarga yang syok sendiri- bayangkan hakikatnya semua benda dimiliki keluarga tersebut dan kemegahannya tiada tandingan tapi yang sedihnya adalah apabila semua itu cuma bayangan yang tidak mampu memberikan kepuasan kepada setiap ahli keluarga tersebut. Mereka seakan-akan berada dalam dunia dimana tiada siapa yang selawaknya berada setaraf dengan diri mereka sendiri. Di dirikan   tiang dan benteng penghalang dari masyarakat untuk menjadi satu bersama mereka kerana masyarakat itulah yang sepatutnya tunduk kepada k

5 sahabat!

Lima orang sahabat yang terbaik pernah hadir dalam kehidupan ku! Sahabat pertama muncul apabila keluarganya baru berpindah ke dalam kawasan kampungku. Banyak perit yang aku lalui tanpa pengetahuannya tetapi permulaan persahabatan kami adalah sesuatu yang unik. Aku tidak ingin berkawan dengan dia tetapi akibat desakan rakan yang mengatakan bahawa kemewahan keluarganya akan dapat memberikan nilai tambahan terhadap persabahatan yang terukir maka aku pun mula menerima dia sebagai sahabat. Tetapi semakin lama aku kenali si dia semakin jauh hatiku terhanyut dengan tawa kegembiraannya. Sungguh mesra dan ramah hatinya tidak seperti insan yang aku pernah kenali sebelumnya. Dialah sahabatku yang pertama yang aku anggap sebagai ahli keluargaku sendiri. Kasihku kepadanya melebihi nilai segala harta dan kemewahan didunia dan disebabkan hal inilah kami berjauhan. Sahabatku begitu rapat dengan keluarganya dan kewujudan aku dalam hidupnya umpama sehelai uban diatas kepala puteri yang cantikny

terukir di bintang

Image
Langit gelap dilampiri dengan tikar bintang yang bercahaya membuktikan suatu ketika dahulu terdapat keindahan yang tidak mungkin dapat membayangi puluhan cahaya di atas tanah bumi. Cahaya yang bergerak dengan penuh ketenangan melintasi jajaran ruangan kosong dengan penuh kejituan; dengan hanya niat membuktikan kewujudanNya.   Tidak bertujuan menunjukkan kekuatan dan kemegahan tetapi itulah tujuan penciptaan bintang di angkasa raya. Tujuannya hanyalah untuk memperingati hati-hati yang tidak pernah tahu akan erti bersederhana dan melupakan. Tidak pernah dilupakan kenangan silam maka cahaya bergerak dengan kelajuan yang sangat pantas tetapi sinaran cahaya yang sama akan tiba dengan penuh kelewatan membawa sesuatu dari tempat yang telah banyak berubah. Pernahkah anda terfikir rujukan cahaya bintang dapat dirumuskan sebagai satu falsafah kearah keamanan sejagat? Jika dahulunya arah bintang memberikan kita petunjuk kepada daratan yang nyata tetapi kini apabila bintang tida