keluarga!

Keluarga! Ditelan mati emak; diluah mati ayah—eh betul ke begitu? Sebenarnya saya pun kurang pasti hakikat bila kita sudah berkeluarga cuma harapan saya pada yang telah berkeluarga itu berpeganglah kepada pencarian kasih sayang dalam kehidupan. Tak kiralah kasih sayang kepada apa bentuk sekali pun tetapi pastikan ianya suatu yang padu dan membentuk satu sifat yang harmoni untuk diterima masyarakat.

Jangan jadi keluarga yang diluar norma penerimaan masyarakat. Seumpama keluarga yang syok sendiri- bayangkan hakikatnya semua benda dimiliki keluarga tersebut dan kemegahannya tiada tandingan tapi yang sedihnya adalah apabila semua itu cuma bayangan yang tidak mampu memberikan kepuasan kepada setiap ahli keluarga tersebut. Mereka seakan-akan berada dalam dunia dimana tiada siapa yang selawaknya berada setaraf dengan diri mereka sendiri. Di dirikan  tiang dan benteng penghalang dari masyarakat untuk menjadi satu bersama mereka kerana masyarakat itulah yang sepatutnya tunduk kepada kemegahan mereka dan bukan sebaliknya. 

Itu diluar norma masyarakat wahai kawanku. Jangan didik keluarga untuk menjadi identiti yang tidak tahu menghargai nilai kehidupan yang harmoni. Amat penting untuk mengejar cita-cita berlandaskan prinsip keadilan dalam bentuk perjuangan yang menegakkan hak dengan memberikan hak kepada yang sepatutnya memiliki hak dengan berlandaskan prinsip moraliti masyarakat dengan pandangan majoriti keseluruhan unit masyarakat. Dengan erti kata pendeknya jadilah keluarga yang tidak kekok bila hidup bersama orang lain disampingnya.

Kita sentiasa akan mencari golongan yang mampu menerima kita dan membentuk satu komuniti yang memahami luahan hati kita tapi sayangnya kita tidak pernah cuba untuk membuka luahan hati sendiri dalam menerima golongan yang mampu membentuk kepelbagaian yang boleh mencorakkan kestabilan dan keseimbangan yang aman dan harmoni.

Jika hidup bermasyarakat itu adalah satu pilihan warna maka tidak logiklah jika kita katakan bahawa satu warna itu mampu mewakili keseluruhan aspek masyarakat. Dan jika kita tidak pandai maka kita selalu lupa bahawa alam membuktikan kepada kita satu warna itu mampu menzahirkan sejuta imbangan warna yang pelbagai dalam mencipta keharmonian yang seimbangan dan lengkap.

Alam tidak pernah cetek akalnya; bayangkan cahaya pelangi yang pelbagai jenis biasannya dan semua itu dari satu sinar cahaya putih yang seimbang cirinya. Walaupun untuk melihat kejadian ini kita memerlukan keadaan yang sempurna tetapi hakikat keharmonian seumpamanya boleh dibentuk jika susunan dan aturannya adalah dalam keadaan yang tertib dan betul.

Dimanakah salah manusia yang berakal bila melihat setiap komponen yang berbeza dalam masyarakat itu tidak mampu disatukan untuk menjadi satu unit yang kuat sehinggakan jika ingin dipecahkan ia memerlukan keadaan yang cukup sempurna bagi melihat kepelbagaian penyatuannya/ seperti konsep pelangi di waktu gerimis pagi.

Keluarga adalah spektrum halus warna-warna kehidupan bermasyarakat dan kita hendak sendiri mencari warna yang harmoni untuk menyumbang terhadap pembentukan masyarakat yang putih sifatnya bila di satukan.

Saya mungkin sering kali menulis nukilan perlambangan dan idealisme yang kurang menyerlah tetapi sekurang-kurangnya saya tidak pernah kekok mencari erti kehidupan dalam manifestasi alam.

Comments

Popular posts from this blog

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku