Posts

Showing posts from January, 2010

perubahan

Image
Apakah makna perubahan jika yang terjadi nyata satu pengulangan? Perbuatan yang kita percaya merupakan satu detik perubahan terhadap masa hadapan kita ialah satu bentuk manifestasi kejadian yang kerap berulang-ulang yang tidak disedari malah tidak sekali terlindas di hati kita untuk mengerti bahawa setiap yang berlaku tidak pernah menunjukkan sesuatu yang baru. Kita leka! Mungkin itulah akibatnya jika semua bagi kita adalah perjuangan, jika semua yang kita miliki adalah kekayaan, jika ilmu didada terlalu penuh sehinggakan kita tidak mengerti makna kejadian. Bukannya susah untuk melihat dan mengerti tetapi ianya payah untuk melakukan perubahan yang sepatutnya. Kita terlalu lalai dengan impian dan hasrat dihati, cita-cita yang diwujudkan untuk kepuasan diri. Keagungan yang kita mahukan sentiasa menjadi nafsu yang cuba menguasai setiap erti kehidupan ini. Bukahkah kita telah berjaya dalam mengecapi kegemilangan zaman, kita telah merubah masa dan mengawal kelajuan malangnya bagi kita itu s