perubahan



Apakah makna perubahan jika yang terjadi nyata satu pengulangan? Perbuatan yang kita percaya merupakan satu detik perubahan terhadap masa hadapan kita ialah satu bentuk manifestasi kejadian yang kerap berulang-ulang yang tidak disedari malah tidak sekali terlindas di hati kita untuk mengerti bahawa setiap yang berlaku tidak pernah menunjukkan sesuatu yang baru. Kita leka! Mungkin itulah akibatnya jika semua bagi kita adalah perjuangan, jika semua yang kita miliki adalah kekayaan, jika ilmu didada terlalu penuh sehinggakan kita tidak mengerti makna kejadian. Bukannya susah untuk melihat dan mengerti tetapi ianya payah untuk melakukan perubahan yang sepatutnya. Kita terlalu lalai dengan impian dan hasrat dihati, cita-cita yang diwujudkan untuk kepuasan diri. Keagungan yang kita mahukan sentiasa menjadi nafsu yang cuba menguasai setiap erti kehidupan ini. Bukahkah kita telah berjaya dalam mengecapi kegemilangan zaman, kita telah merubah masa dan mengawal kelajuan malangnya bagi kita itu semua barulah satu permulaan. Kita terlalu tamak untuk memahami dan menguasai mengikut kemahuan kita sendiri. Walau pun kita tidak merasai apa itu perubahan tetapi itulah yang kita sering lakukan. Kita cuba membentuk dunia mengikut keinginan yang kita lihat melalui buah fikiran, kita hanya mampu mengambarkan kesempurnaan di penghujung jalan. Bagi untuk mencapai impian ini, kita membinasakan antara satu dan yang lain kerana hanya yang kuat dan betul adalah yang layak memiliki kesempurnaan impian hati! Kita tidak sesekali memahami bahawa tiada siapa yang lebih kuat dan betul jika semua yang kita ada kini sudah jauh salah dan lemah. Kita membinasakan satu dan yang lain kerana satu perkara yang sia-sia. Satu cita yang tidak akan menjadi reality, kita bersuara terhadap dinding yang tidak mungkin berkata-kata. Walaupun begitu telah termaktub dalam sejarah kita bahawa satu perubahan akan berlaku, tetapi tidak diberikan gambaran yang jelas sejauh mana perubahan itu akan berlaku, kini gambaran perubahan sering diperjelaskan dengan kemusnahan dan kematian. Mungkin itulah lumrah alam, siapa yang gagal memahami alam akan meninggalkan alam kini. Perubahan yang diperkatakan mungkin pernah juga berlaku, sebelum alam tercipta tiada makhluk yang mampu menahan kuasanya tetapi kini telah dizahirkan kuasa itu ditangan kita. Kuasa yang kita alpa dan tidak pernah untuk mengambil berat kerana kita hanyalah penghuni sementara alam ini. Cita-cita kita melebihi alam ini, kuasa yang kita inginkan mencapai syurga kerana kita layak memilikinya. Kita sekali lagi alpa kerana kita pernah memiliki semuanya sebelum ini dan kita masih disini. Kita harus memulakan perubahan, menggawal alam dan mentadbirnya dengan penuh kemaafan dan keikhlasan. Jangan mimpikan menyentuh langit jika langkah kita dibumi pun kita tidak pernah hargai. Terlalu banyak masa yang kita luang untuk menilai harga diri kita, sepatutnya kita telah sedar bahawa tiada tempat lain yang akan berjaya memberikan harga diri yang tinggi melainkan bumi ini. Kita harus sedar bahawa perjalanan kita bermula disini dan disinilah segalanya akan berakhir! Janganlah kita asyik berfikir bahawa kita tidak mempunyai masa untuk melakukan sesuatu, janganlah kita terlalu ego untuk mengenang kembali peredaran masa. Janganlah kita melakukan peperangan yang sia-sia kerana kita terlalu mengejar kesempurnaan cita-cita. Kita semua percaya akan dunia ini, kita semua wujud dan masih boleh merasai dunia ini, kenapa selalu kita terabai daripada memahami bahawa tiada yang lebih penting melainkan dunia ini. Susahkah untuk kita berfikiran tentang kepentingan yang sama sedangkan kita memiliki akal yang sempurna. Susahkah kita untuk melupakan dendam dan memaafkan kebencian sedangkan kita sendiri selalu sahaja inginkan keamanan dan keharmonian bersama. Kita semua telah terlalu jauh melupakan setiap yang berlaku malah kita semua telah terlalu dikaburi oleh keinginan melihat kebenaran hakiki , kita akan membinasakan setiap yang wujud kini semata-mata untuk mengerti erti kehidupan yang sebenar. Sedih sekali jika erti kehidupan itu telah lama wujud bersama kita dan apa yang kita kejar merupakan satu impian yang menyedihkan.

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku