Posts

Showing posts from May, 2013

pendapatku berbeza!

Semua orang mempunyai kenangan dan aku melalui segalanya dalam masa yang agak singkat, aku dulu bukanlah budak yang baik dan aku bukanlah budak yang suka memberikan apa yang diharapkan oleh persekitaran ku. Aku bangun untuk bermain setiap hari dan hari-hari ku tidak pernah lebih indah dari yang terdahulu kerana aku telah belajar untuk menikmati setiap saat yang bahagia dalam keperitan hidup. Aku mengakui wujud ruang kekosongan dalam fikiranku dan hatiku dan aku jua sedar apakah yang kurang tapi kedegilanku dan kegilaanku telah melarang serta menghalang kewarasan hati dan akal ku untuk meneruskan perjuangan mengisi kekosongan itu sebaliknya nafsu dan nikmat duniawi yang merosakkan akal dan hati menguasai diri. Kamu yang membaca mungkin lali dengan setiap penulisan yang berpanjangan dan tidak membawa seribu erti kerana seperti teguran yang pernah dilemparkan kepada ku oleh seorang pensyarah “ Your ideas and all this talk is nonsense unless you are someone with a Master or you mak

Ucapanku Yang Terakhir Untuk PRU-13

Pada akhir-akhir saat ketika masa kian hampir untuk kita menentukan masa hadapan negara kita--- kita makin nampak dengan jelas keinginan semua pihak untuk menguasai negara yang indah dan permai ini. Negara yang kita semua sayangi ini sebenarnya berhak untuk mendapatkan pentadbiran yang terbaik dan selayaknya diperindahkan dengan pembangunan yang membina ekonomi semua penduduknya untuk berjaya dalam kehidupan di dunia ini. Kita yang bakal membuat pilihan hendaklah sedar di mana kita berada sekarang. Mungkin benar lagu-lagu yang berkumandang di stesen televisen tempatan yang mengatakan kita patut Pilih Malaysia dan Terima Kasih Malaysia kerana semua ini tidak mampu tercapai kerana jasa pemerintah yang telah mewarnai carta politik kita. Dari gelagat Sammy Vellu sehingga kepada segala scandal-scandal liar yang pernah dilaporkan semuanya berjaya membawa kita ke tahap ini yang telah membuktikan disebalik kekalutan itu—kita berjaya dan terima kasih diucapkan untuk semua itu!.\ K