pendapatku berbeza!

Semua orang mempunyai kenangan dan aku melalui segalanya dalam masa yang agak singkat, aku dulu bukanlah budak yang baik dan aku bukanlah budak yang suka memberikan apa yang diharapkan oleh persekitaran ku. Aku bangun untuk bermain setiap hari dan hari-hari ku tidak pernah lebih indah dari yang terdahulu kerana aku telah belajar untuk menikmati setiap saat yang bahagia dalam keperitan hidup. Aku mengakui wujud ruang kekosongan dalam fikiranku dan hatiku dan aku jua sedar apakah yang kurang tapi kedegilanku dan kegilaanku telah melarang serta menghalang kewarasan hati dan akal ku untuk meneruskan perjuangan mengisi kekosongan itu sebaliknya nafsu dan nikmat duniawi yang merosakkan akal dan hati menguasai diri.

Kamu yang membaca mungkin lali dengan setiap penulisan yang berpanjangan dan tidak membawa seribu erti kerana seperti teguran yang pernah dilemparkan kepada ku oleh seorang pensyarah “ Your ideas and all this talk is nonsense unless you are someone with a Master or you make something that make you recognizable by the world”.. dalam hatiku, terdetik sebentar pendapat sendiri bahawa aku adalah aku dan apa nilai tingginya pendidikan ku jika bahan akal fikiran ku hanyalah buah fikiran insan lain dan aku sendiri tidak mampu mempercayai kemampuan ku.

Kita semua mempunyai cerita hidup yang merencanakan siapa diri kita. Tipu lah aku tidak malu untuk menulis setiap perkara yang berlaku dalam hidupku. Aku ini hina, tuli dan buta kerana setelah banyak perkara yang aku lakukan dan berlaku dipersekitaran aku, tetapi entah kenapa diri ini masih lagi gigih bangun dan melawan ketetapan Tuhan dengan membuat keputusan yang tidak mendapat perkenan Tuhan yang Maha Esa. Setiap dosa yang ditanggung aku adalah pegangan aku dari hidup ini sehingga lah tamatnya duniawi yang telah membawa kejahilan terhadap hati dan minda ku. Aku tidak pernah berbangga dengan pahala yang tercatit untuk diriku kerana selayaknya itu adalah sedekahku kepada yang lebih berhak.

Kepada diriku atas pengalamanku, kebaikan itu adalah teras yang berterusan yang perlu dilakukan tanpa mengharapkan suatu anugerah yang menegaskan keberkatannya. Mungkin aku melampaui pandangan agama tapi ini adalah diriku. Syurga itu tercipta begitu indah dengan kesempurnaan yang tidak dibayangi oleh mata manusia, tapi aku tidak layak memandangnya kerana terlalu banyak dosa-dosa manusia dan diriku yang tidak terhad kejahilannya untuk membenarkan kesucian syurga dicemari. Mungkin siapa yang membaca terguris akan kenyataan diriku yang menyatakan sebegini rupa akan pasti bagi diriku, selagi semua manusia tidak mampu menyentuh kesempurnaan syurga maka tiada gunanya untuk aku menghidu harumannya, dan ini adalah pendapat peribadiku dan tidak menghina mana-mana pihak.

Kamu semua layak untuk memiliki sesuatu yang baik dan sempurna dan tidak salah untuk orang yang beramal soleh memperolehi apa yang telah dijanjikan dan kepada yang lalai, pastinya hukuman yang telah dizahirkan. Kita jangan mempersoalkan logik akal agama dan aturan hati untuk menerima setiap kata-serta ayat yang menenangkan. Manusia tanpa agama adalah lumpuh akal dan hatinya kerana gagal melihat kedalam diri untuk berdiri terhadap kuasa yang lebih kuat dari kemampuan dirinya dan itulah penyokong kepada kekuatan kecekalannya dalam kehidupan. Kita adalah kosong jika tiada pendoman dalaman yang menyelinap dalam diri untuk mempercayai kuasa yang terulung bukanlah di tangan sendiri.

Manusia kini walaupun bertuhan tapi masih lagi mencari diri untuk memberi jawapan kepada setakat mana ketetapan Tuhan mampu untuk membawa diri dan kesempurnaan ke tahap yang diinginkan. Kita hanya mampu melihat ke awan dan di ruangan yang luas untuk mencari sinaran yang tidak wujud diatas kepala kita walau dimana pun diri kita mendongak.

Awak, saya, kita, dan kami adalah masyarakat yang menyaksikan kelahiran generasi akhir zaman dimana nyata dan ilusi bergabung untuk mewujudkan delusi kehidupan yang akan membawa dimensi baru kepada penilaian realiti. Mungkin tiada siapa yang boleh merungkai makna ayat ini tapi siapa dapat merungkai DNA kehidupan dengan hanya melihatnya dengan sekali pandangan.

Agama memberikan kita jawapan berdasarkan kepada kenangan silam serta penerangan terhadap kejadian alam pada masa-masa yang tiada mata didunia ini mampu melihatnya. Semua itu adalah jawapan yang nyata tapi kita tidak pernah bertanyakan soalan yang tepat untuk memahami patah ayat yang diterangkan.

Buddha tidak melihat kejadian dan perilaku manusia dan menilainya dengan ketepatan yang memberikan jawapan untuk hanya masa ia berlaku tapi dia berjaya melihat melampaui ketetapan masa silam untuk merungkai pendoman masa hadapan.Moses tidak membelah Lautan Merah semata-mata untuk menunjukkan perjuangan kaum itu direstui alam tetapi untuk membuktikan hak setiap bangsa itu sewajarnya tidak perlu dinafikan. Jesus Chris tidak berbicara untuk membawa keluar masyarakatnya dari kebuntuan hidup tapi untuk menrencanakan semangat dan perjuangan yang membawa lebih banyak keberkatan atas apa itu nilai kehidupan. Taoisme tidak pula bercanggah dengan alam untuk membenarkan setiap kesilapan yang berlaku patut dihukum tapi cuba memahami setiap detik kehidupan itu bernilai dan mempunyai erti.. Nabi Muhammad S.A.W. tidak pernah memaksa dunia menerima ajarannya kerana dengan kuasa Tuhan yang Satu, seluruh alam yakin apabila dunia bersedia untuk menerima tiada ayat yang boleh dinafikan kebenarannya. Dan alam tidak pernah leka untuk menunjukkan kepada manusia kekuatannya sehingga manusia takut akan kelakuanya yang berkuasa menundukkan makhluk berakal sehinggalah mereka menyerah terhadap kuasa-kuasa yang sukar diterangkan dan itulah lahirnya Hinduism dan lain-lain.

Kita tidak patut melihat agama dalam perbezaannya dan sejajarnya kejadian kita adalah aset yang menegaskan kebenaran dan sebaliknya kerana dalam agama itulah lumrah kita selayaknya manusia. Jika ada yang berdiri dan menafikan bingkisan agama seumpama berdiri dan menafikan kewujudan dirinya yang sedang bersuara dan tidak pula terlihat ucapan mulutnya untuk dibaca dan difahami. Kita mungkin benar dan ikhlas dalam setiap kelakuan kehidupan ini. Dan setakat itulah kita. Tuhan melihat dan menilai bukan satu bangsa, bukan satu agama, bukan satu suara dan bukan satu doa...Tuhan melihat alam tanpa sebarang rahsia tersembunyi walaupun didalam hati. Itulah dia kuasa Tuhan yang hanya insan yang menerima kebenaran faham akan gambaran kebesaran itu.

Kita berdiri, berbaris, bersuara dan menyatakan kita adalah benar; tapi setiap kebenaran itu apabila dinafikan kebenarannya oleh Tuhan maka tidak wujudlah bukti yang akan membawa perubahan. Sedarlah manusia, beribu apple jatuh ke bumi tapi hanya seorang yang mampu memandang dan menerangkan dengan megahnya hukum graviti dan itulah kekuatan kuasa Tuhan.

Jangan kita bergaduh dengan berdirinya tiang-tiang agama, semata-mata untuk membuktikan di antara kita yang bersama beragama adalah dari golongan yang benar. Kita tidak perlu membuktikan kepada Tuhan yang Maha Melihat kerana telah kita terima hukum ketuhanan yang ditetapkan dalam agama.

Semua penulisan ini ditujukan kepada seluruh masyarakat dunia yang beragama dan berpegang kepada kekuatan Tuhan yang sentiasa bersama untuk mengatur kehidupan ini! Kembalilah kepada kebenaran agama dan titik-titik yang menyatukan kita sebagai satu masyarakat dunia.

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku