Ucapanku Yang Terakhir Untuk PRU-13

Pada akhir-akhir saat ketika masa kian hampir untuk kita menentukan masa hadapan negara kita--- kita makin nampak dengan jelas keinginan semua pihak untuk menguasai negara yang indah dan permai ini. Negara yang kita semua sayangi ini sebenarnya berhak untuk mendapatkan pentadbiran yang terbaik dan selayaknya diperindahkan dengan pembangunan yang membina ekonomi semua penduduknya untuk berjaya dalam kehidupan di dunia ini.

Kita yang bakal membuat pilihan hendaklah sedar di mana kita berada sekarang. Mungkin benar lagu-lagu yang berkumandang di stesen televisen tempatan yang mengatakan kita patut Pilih Malaysia dan Terima Kasih Malaysia kerana semua ini tidak mampu tercapai kerana jasa pemerintah yang telah mewarnai carta politik kita. Dari gelagat Sammy Vellu sehingga kepada segala scandal-scandal liar yang pernah dilaporkan semuanya berjaya membawa kita ke tahap ini yang telah membuktikan disebalik kekalutan itu—kita berjaya dan terima kasih diucapkan untuk semua itu!.\

Kita pastinya telah bersedia untuk sesuatu yang baru; janganlah lagu lama yang indah ditukarkan dengan seni kata yang baru lantas merosakkan keindahan lagu ( kesian lagu “Anak Kampung”). Oleh itu kita perlu lah UBAH—semudah kata dan seikhlas niat- tapi kenapa agaknya mudah sangat untuk kita berubah? Kita telah seimbang dan lengkap. Apa yang mahu diubah? Negara ini adalah negara Islam yang mempraktikkan undang-undang berteraskan Islam serta memberikan ruang keadilan terhadap mereka yang bukan beragama Islam. Memang kita agak ketara perbezaannya dengan negara Islam lain di serata dunia tapi kitalah negara yang tidak pernah bermusuhan sesama muslim dan tidak pula kita bergaduh dan berperang atas dendam yang tidak membawa perubahan. Bukan ubah yang perlu kita laksanankan tapi keteguhan itulah yang perlu kita beri perhatian.

Kalau Anwar sering bercakap tentang pemerintahan yang tidak adil, kotor dan kurang memuaskan hati setiap insan di Malaysia; kenapa agaknya suatu masa dahulu dia pernah berdiri bersama semua pengotor, pengkhianat dan penipu negara yang dia sendiri sedang katakan ini. Agaknya dia berharap apabila dia memerintah, maka semua itu dapat diperbetulkan dan apabila dia sendiri di bawa jatuh maka terbangkit hatinya untuk menjadi pengotor, pengkhianat dan penipu negara semata-mata untuk membalas dendam. Kita tidak perlu berubah demi pemerintah yang bertulangkan dendam dalam lidahnya, kerana kata-katanya tidak akan membawa keuntungan terhadap setiap individu yang berdiri dibelakangnya. Saya tahu, dia telah dihina dan di caci dengan segala bagai perkara; tapi dia tidak layak diumpamakan Aung San Suu Ki mahupun Dalai Lama yang berdiri teguh melawan penindasan. Kita semua tidak pernah ditindas, cuma ada diantara kita yang malas berusaha, tidak mahu berubah serta bernasib malang. Ingatlah Malaysia- negara ini tidaklah seteruk negara lain—berhentilah bermimpi buruk terhadap mimpi indahmu!

Jangan pula bangga dengan semua dihadapan mu. Tiada pihak yang lengkap dan sempurna; kesan pilihan raya kali ini amatlah penting untuk memastikan kemandiran negara ini. Dahulu waktu kita mula-mula merdeka; para penjajah tidak mempercayai kebolehan negara ini untuk bangun dan memerintah dengan adil bagi semua pihak walaupun keadilan itu tidak sempurna bagi semua, tapi kita berjaya. Undang-Undang dan Perlembagaan kita lengkap untuk kita cari jalan penyelesaian terhadap segala permasalahan kita yang tersangat berbeza. Kita tidak perlu akan perubahan yang akan menggangu siapa kita.

Kamu rasa bangga bila kamu berjaya menguasai negara ini!!!!! Wahai Barisan Nasional, Pakatan Pembangkang, sesiapa sahaja yang berpegang kepada teras bahawa negara ini adalah negara Islam pasti akan menghadapi cabaran yang paling hebat diluar sana. Kebanyakan negara Islam sudah tidak bebas dan dikuasai oleh kuasa luar dan pemerintah nya pula hanyalah boneka terhadap kuasa yang menguasai dalam senyap.

Saya ingin berpesan; janganlah membiarkan nasib negara jatuh sebegitu rupa. Penjajahan moden telah bermula dan semuanya bermula dengan perjuangan perubahan dan transformasi. Dunia Barat mahu kita berubah setidaknya seperti mereka yang memperjuangkan hak kebebasan dan hak-hak duniawi. Kita negara ketimuran dan negara yang beragama dan kitalah satu-satunya sasaran yang amat susah untuk ditembusi kerana rakyat kita masih ada kesedaran terhadap nilai keamanan dalam perjuangan. Janganlah sehingga kita mati akal dan hati untuk melihat kitalah kuasa yang memerintah negara ini.

Siapa Anwar dan siapa Najib jika bukan kita yang tentukan; biarlah mereka mahu berbicara tentang apa sekali pun, kita sesudah membuat keputusan harus akur dan berdiri teguh bersama-sama pemimpin kita, kerana selayaknya kita perlu kuat untuk menunjukkan kepada dunia; negara ini adalah negara Islam yang kehebatannya adalah penyatuan semua golongan dan tiada siapa dapat memperlekehkan kita sebagai mana negara-negara lain telah diperlekehkan.

Lindungilah Malaysia dengan kekuatan doa terhadap Tuhanmu tanpa ada dendam dan hasrat dengki di dalam hati. Tadahkan tangan berdoa untuk keamanan semua yang bernyawa dan sayangilah jiran-jiran kita walaupun hijau, biru, roket dan sebagainya menghiasi pintu-pintu mereka. Ingatlah kita berjuang bukan untuk masa hadapan kita, kita berjuang adalah untuk masa hadapan generasi akan datang. Hidup kita sudah tiada masa hadapan, kerana kita sentiasa hidup bersama keputusan yang kita buat, akibat keputusan kita akan dinilai oleh generasi masa hadapan. Janganlah kelak mereka hina kita atas keputusan kita, sebagai mana kita sedang lakukan pada generasi lepas,sebab  mungkin keputusan yang terbaik suatu ketika dahulu yang mereka rasakan terbaik bagi kita sekarang ini; dan ia sebenarnya adalah benar!.

Wahai rakan-rakan ku yang bersemangat bangun dan berjuang dalam semua parti politik, ingatlah “world peace” bukanlah jawapan seorang ratu cantik apabila ditanya keinginannya; keamanan dunia adalah keinginan semua, maka bangunlah dan sedar kamu sedang membencikan saudara-saudara mu dan itu adalah perkara yang sia-sia.

Mungkin tiada siapa yang membaca nukilan ini, tapi setidaknya saya telah berpesan-kepada kebaikan.

~I vote for a leader to lead not for a  leader to proof his right!~

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku