Posts

Showing posts from March, 2013

guru yang lemah!

bila seorang guru tidak menunaikan tanggungjawabnya terasa seperti kehilangan sesuatu yang penuh bermakna di dalam diri. apabila aku membuat keputusan untuk menyendirikan diri dan berada dikawasan yang selamat dari segala kancah yang berlaku diluar sana. diri ini terasa kehilangan sesuatu yang sungguh bermakna. rindunya mengajar walaupun tidaklah ada apa yang perlu dibanggakan atas apa yang dididik oleh guru ini. rindu untuk melihat wajah-wajah murid yang selalunya sungguh ceria untuk menyambut ketibaan ku di kelas. semangat mereka yang ingin belajar tetapi masih lagi mentah untuk mengetahui bahawa pendidikan itu penting bagi membezakan mereka suatu masa kelak. alangkah malangnya bagi guru ini untuk tidak melaksanakan tanggung jawabnya; guru yang sepatutnya berkorban segala kepentingan demi untuk menjamin murid itu mendapat didikan yang terbaik walau dalam apa pun keaadaan. mungkin kita berfikir tentang hal kita sendiri dan kita berfikir bahawa kita patut diutamakan tetapi hakik

ketakutan dan ketidak prihatinan Sabah

ketakutan dan juga ketidak prihatinan- terdapat beza yang nyata diantara keduanya dan kita jarang dapat berasa dalam situasi yang menekankan aspek keduanya dalam konteks yang sama tapi entah bagaimana konflik di Sabah berjaya membuatkan keduanya bersatu dalam nada yang berbeza. dikatakan diri ini takut dengan pencerobohan yang berlaku di Sabah adalah tidak sekali kerana disebalik semua yang terjadi pasukan pertahanan kita masih lagi mampu untuk berjuang memastikan terdapat keamanan dalam pertaruhan. mereka adalah yang terhebat dan terbaik di dalam dunia kerana tindakan mereka membayangkan bahawa setiap nyawa itu masih lagi berharga. kenapa kita perlu berbicara sedangkan kita sebenarnya diserang-kerana kita adalah manusia yang mengetahui adalah salah untuk membunuh manusia yang lain tanpa sebarang alasan yang membenarkan. ketakutan itu adalah kekuatan bagi insan yang tahu setiap detik dalam ketakutan itu dapat membina pendoman yang menguatkan jiwa. kita semua sentiasa takut

~pengganas kita~

Image
mendongak kepala ke langit dan mengenali nama-nama yang tidak pernah penting pada masa tetapi pentingnya adalah pada ketika masa itu dilukis, ditulis, dibentuk, dicipta,diluahkan, dizahirkan, diperjuangkan, dibentuk, diolah, dinanti, dijalankan, di lahirkan dan diakhiri. itulah kita bila berbicara tentang sesuatu yang penting; kita adalah entiti yang bercita-cita dan segala kejayaan dan olahan adalah berlandaskan kepentingan yang membina teras kepada pembentukan kita. kita tidak pernah lupa akan kesengsaraan dan tidak pernah alpa dengan setiap kejadian yang berlaku tapi kita seakan-akan menjadi rebutan terhadap setiap jiran yang melihat pencapaian kita. apa yang kita miliki dilihat sebagai satu bentuk kepunyaan dunia luar yang tidak pernah menerima kewujudan kita. mungkinkah kita alpa untuk memberitahu bahawa kita sudah dewasa dan tidak mampu untuk ditindaskan lagi. ataupun mungkinkah kita adalah penyebab kepada permasalahan kita sendiri, akibat kata-kata dan keinginan ki