~pengganas kita~


mendongak kepala ke langit dan mengenali nama-nama yang tidak pernah penting pada masa tetapi pentingnya adalah pada ketika masa itu dilukis, ditulis, dibentuk, dicipta,diluahkan, dizahirkan, diperjuangkan, dibentuk, diolah, dinanti, dijalankan, di lahirkan dan diakhiri. itulah kita bila berbicara tentang sesuatu yang penting; kita adalah entiti yang bercita-cita dan segala kejayaan dan olahan adalah berlandaskan kepentingan yang membina teras kepada pembentukan kita.

kita tidak pernah lupa akan kesengsaraan dan tidak pernah alpa dengan setiap kejadian yang berlaku tapi kita seakan-akan menjadi rebutan terhadap setiap jiran yang melihat pencapaian kita. apa yang kita miliki dilihat sebagai satu bentuk kepunyaan dunia luar yang tidak pernah menerima kewujudan kita. mungkinkah kita alpa untuk memberitahu bahawa kita sudah dewasa dan tidak mampu untuk ditindaskan lagi.

ataupun mungkinkah kita adalah penyebab kepada permasalahan kita sendiri, akibat kata-kata dan keinginan kita-tindakan kita mengundang bencana yang kita tidak pernah bayangkan. jika benar, adalah bodohlah untuk kita bersandiwara menyatakan diri ini benar dan lebih baik kerna diri itu sendiri tidak pernah berubah seperti mana yang diluahkan. 

kita sepatutnya faham bahawa kepunyaan kita tidak sepatutnya dihina dan dicaci seperti ianya tidak pernah penting kepada semua yang berada dalam kelompok kita—kenapa kita perlu tunduk begitu rendah untuk menyuarakan ketidak puasan hati kita.? belajarlah untuk menjadi dewasa supaya kita tidak diperlakukan seperti golongan yang tidak layak memiliki.
jangan mengadaikan maruah, nama dan segala yang melambangkan siapa kita di mata dunia. apabila hilang semuanya maka tiada apa lagi untuk kita banggakan. jika segala pencapaian kita itu penipuan dan semua yang berlaku itu adalah satu dosa maka tidakkah kita semua yang berdiri sujud memohon berkat Pencipta itu berdosa juga. 

hentikanlah permainan yang merosakkan negara, nilailah tahap kematangan kita, bukannya kejayaan yang patut dipandang tinggi dan bukannya pengaruh dan nama ditunjangkan perjuangan. kita adalah kita dan kita seharusnya berjaya dalam membawa diri ini kearah dimensi yang baru.

jika benar peperangan itu dizahirkan oleh kita yang bercita-cita; hentikanlah-tidak guna memerintah negara yang rosak dan tidak wujud negara jika kerosakan itulah alasan untuk menjadi perjuangan. jangan hinakan diri dengan berlagak seperti adiwira terhadap sandiwara yang mengambil nyawa insan yang tidak berdosa. kita tidak pernah berhak mengambil nyawa, dan kita tidak mampu untuk mengembalikan nyawa yang hilang diatas kesilapan kita.

lihatlah terhadap masa yang telah dilukis, ditulis, dibentuk, dicipta,diluahkan, dizahirkan, diperjuangkan, dibentuk, diolah, dinanti, dijalankan, di lahirkan dan diakhiri kerana pada masa itu kita tidak mampu lagi untuk menafikan ia. 

marilah kita berdoa dan mendongak ke langit, melihat disebalik mendung awan bagi mencari jawapan terhadap keinginan kita tanpa melihat pada wajah-wajah yang madah berkata-kata. jangan tersalah erti, perjuangan kita akan mati jika kita sendiri tidak pernah mengabadikan diri mencari identiti sendiri. 

tibalah masanya untuk kita, warganegara bangun dan berkata-kata terhadap kebenaran dimana tiada tanah yang lebih bermakna dari tanah yang menjadi tapak berdirinya nyawa ini. kita tidak perlu takut akan kedatangan mereka, kerana kita tahu kenapa kita sentiasa menjadi rebutan mereka. marilah kita bersama-sama berdiri dan memandang mata setiap yang bernyawa dan memberikan erti terhadap kehidupan mereka. kita masih lagi belum terlambat dan masih lagi mampu untuk melihat!

Comments

Popular posts from this blog

keluarga!

ImAzih nisutAM

Pengalaman "BLUE MOON" ku